“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.”(Hadis Riwayat Muslim, no.1162)
Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata Al-Sarkhasi: –
“Adapun tahun pertama, maka dosa-dosanya akan diampuni. Para ulamak berbeza pendapat mengenai makna penghapusan dosa pada tahun sesudahnya (tahun depan).
Ads
Sebahagian mereka mengatakan, maknanya adalah bila seseorang melakukan maksiat pada tahun itu, Allah S.W.T akan menjadikan puasa pada Hari Arafah yang dilakukan pada tahun lalu itu sebagai penghapus dosanya, sebagaimana ia juga menjadi penghapus dosa pada tahun sebelumnya. Sebahagian ulamak lain mengatakan bahawa maknanya ialah Allah S.W.T menjaganya daripada melakukan dosa pada tahun hadapannya” [Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6/381].
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, hari Arafah juga adalah hari yang sangat mustajab untuk berdoa. Daripada Abdullah bin Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:-
Tidak dinafikan laman sosial Facebook menjadi medium terbaik untuk menyampaikan ilmu dakwah kepada orang ramai.
Apatah lagi di musim PKPB ini ramai yang meghabiskan masa dengan gajet sama ada untuk mendapatkan ilmu, mengaji atau melakukan aktiviti berfaedah lain.
Salan salah satu perkongsian menarik adalah dari Ustazah Huda Yaacob yang berkongsi bagaimana kita untuk mendapat pengakhiran yang baik nanti.
Menurutnya amalan ini diajar oleh baginda Nabi Muhamnmad SAW yang akan menjadi asbab matinya seseorang itu dalam keadaan husnul khatimah sebagai ahli syurga.
Dia menyarankan untuk membaca Sayyidul Istighfar iaitu ucapan keampunan dan boleh dijadikan amalan seharian setiap kali selepas solat Subuh dan solat Asar.
Kita semua ada impian untuk kembali mengadap Allah ta’ala dalam pengakhiran yang baik kan?
Ada satu amalan yang diajarkan oleh baginda Nabi Muhammad ﷺ yang akan menjadi asbab matinya seseorang itu di dalam keadaan husnul khotimah (kematian yang baik sebagai ahli Syurga).
Iaitu SAYYIDUL ISTIGHFAR
Apa itu Sayyidul Istighfar? Ia adalah penghulu kepada ucapan keampunan iaitu ucapan keampunan yang paling terbaik yang diajarkan oleh Nabi ﷺ untuk dijadikan sebagai amalan rutin harian. Hal ini ada dinyatakan oleh Nabi ﷺ di dalam hadith yang sahih :
“Sesiapa yang menyebutnya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum petang, maka dia tergolong dalam penghuni syurga. Sesiapa menyebutnya pada malam hari pula dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum subuh, maka dia juga tergolong dalam penghuni syurga.” (HR. al-Bukhari )
Justeru, marilah bersama kita berusaha untuk baca, hafal dan amalkan setiap kali selepas solat subuh dan selepas solat asar. Usahalah untuk baca dan amal. Jika tidak mampu hafal diperingkat awal tidak mengapa, Insyaa Allah jika hari-hari dibaca PASTI akan terhafal dengan sendirinya.
Moga Allah makbulkan impian kita semua untuk kembali mengadap-Nya dalam keadaan baik, bersih dan suci dari dosa. In shaa Allah. Aamiin.
#ISTIQOMAH_ZIKIR_PAGI
Salam Cinta,
Ustazah Huda.
Syukur Kunci Bahagia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Dianggap putuskan saf dan kurangkan pahala jemaah.’ Begini kedudukan kanak-kanak lelaki dalam saf solat berjemaah.
Menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita, kanak-kanak sedari kecil dibawa ke masjid untuk menyemai dalam diri mereka rasa cintakan masjid dan solat berjemaah selain mengimarahkan masjid.
Tetapi timbul beberapa persoalan dan tanggapan bahawa kanak-kanak yang berada dalam saf orang dewasa ketika solat jemaah dianggap telah memutuskan saf dan mengurangkan pahala jemaah.
Sebenarnya bagaimana kedudukan terbaik bagi kanak-kanak lelaki ketika solat berjemaah. Ikuti perkongsian Dr Syed Shahridzan Ben-Agil ini baik-baik iya.
Soalan:
Saya ada kemusykilan tentang perincian saf kanak-kanak bersama orang dewasa. Semua sedia maklum dalam Mazhab Syafie, bila kanak-kanak mendahului orang dewasa di saf hadapan, orang dewasa tidak boleh tarik keluar kanak-kanak dari saf.
Soalan saya apakah yang dimaksudkan kanak-kanak dalam isu ini menurut Mazhab Syafie? Adakah semua peringkat kanak-kanak walaupun belum mumayyiz?
Kurangkan Pahala Jemaah
Jawapan:
Memang benar di sisi mazhab Syafie, kanak-kanak yang mendahului golongan dewasa yang lewat memenuhi ruang saf di hadapan tidak boleh dikeluarkan daripada saf dan dipindahkan ke saf yang belakang.
Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mughni al-Muhtaj:
لو سبق الصبيان بالحضور لم يؤخروا للرجال اللاحقين كما لو سبقوا إلى الصف الأول فإنهم أحق به على الصحيحء.
Maksudnya:
“Jika kanak-kanak lelaki hadir dahulu, maka kanak-kanak tersebut tidak diundurkan ke belakang untuk (memberi laluan) lelaki-lelaki baligh, sepertimana jika kanak-kanak lelaki mendahului pada saf yang pertama maka mereka berhak (untuk tetap pada saf tersebut) menurut pandangan yang sahih”.
Begini Kedudukan
Namun begitu, seorang kanak-kanak yang mendahului orang dewasa disunatkan beri keutamaan kepada golongan dewasa untuk mengisi ruang saf hadapan.
Ini dijelaskan di dalam rujukan yang sama:
)ويقف) إذا اجتمع الرجال وغيرهم (خلفه الرجال) أي خلف الإمام لفضلهم (ثم الصبيان) لأنهم من جنس الرجال.
Maksudnya:
“Apabila bertembung antara golongan lelaki dewasa dengan selain mereka(seperti kanak²), hendaklah lelaki dewasa berdiri di belakangnya, iaitu imam kerana kelebihan mereka, kemudian disusuli oleh kanak² kerana mereka termasuk dalam golongan lelaki.”
Kanak-Kanak Lelaki
Menurut kitab Bushra al-Karim, disunatkan mengikut susunan tertib yang telah dinyatakan oleh Rasulullah ﷺ, iaitu di belakang imam ialah golongan dewasa kemudian disusuli dengan kanak-kanak jika golongan dewasa tidak lewat.
Namun jika tidak selari dengan susunan ini maka hukumnya makruh yang boleh meluputkan sebahagian fadilat berjemaah:
وذلك لخبر مسلم: “ليليني منكم أولو الأحلام والنهي” أي: البالغون العاقلون، ثم الذين يلونهم ثلاثا، ومتى خولف الترتيب المذكور كره، وكذا كل مندوب يتعلق بالموقف وتفوت به فضيلة الجماعة.
Maksudnya:
“Ini(susunan saf) berdasarkan hadis riwayat Muslim: “Orang yang dewasa dan berakal dalam kalangan kamu hendaklah berada berhampiran di belakangku”, iaitu orang yang sudah baligh dan berakal “kemudian barisan saf yang berikutnya”, Baginda ﷺ menyebutnya sebanyak 3 kali.”
Apabila susunan yang dinyatakan ini diselisihi (daripada susunan yang sebenar) maka hukumnya makruh, begitu juga setiap perkara sunat yang berkaitan dengan kedudukan saf dan fadilat berjemaah luput disebabkannya(perbuatan makruh).”
Dalam Saf
Berbalik kepada soalan di atas, kanak-kanak yang layak mengisi ruang saf sebaris dengan dewasa di sisi ulama Syafi’iyyah ialah kanak-kanak yang sudah mencapai peringkat mumaiyiz.
Ini kerana menurut fuqaha kanak-kanak yang belum mumaiyiz makruh dibawa masuk ke dalam masjid. Perkara ini dinyatakan oleh Sheikhul Islam Zakaria al-Ansari di dalam kitab Asna al-Matolib:
والقول بكراهة دخول الصبيان المسجد ليس على إطلاقه بل يختص بمن لا تمييز له وبحاله لا طاعة فيها ولا حاجة إليها
Maksudnya:
“Kenyataan yang menyebut makruh membawa masuk kanak-kanak di dalam masjid bukanlah secara mutlak, bahkan khusus kanak-kanak yang belum mumaiyiz dengan keadaannya yang tidak sah ketaatan (ibadatnya) serta tiada keperluan(hajat).”
Kitab al-Nukat ‘ala al-Mukhtasarat al-Thalath karya Sheikh al-Iraqi menjelaskan kedudukan lagi bahawa haram membawa masuk kanak-kanak yang menanggung najis yang dikhuatiri mengotori masjid.
Namun jika tidak dikhuatiri mencemarkan masjid hukumnya makruh (ويؤيده أن إدخال الصبيان المسجد حرام مع غلبة التنجيس، ومكروه مع عدمها).
Solat Berjemaah
Kesimpulan, kanak-kanak mumaiyiz disunatkan beri keutamaan kepada orang dewasa untuk mengisi ruang saf di hadapan. Jika ada kekosongan di ruang hadapan maka kanak-kanak mumaiyiz berhak mengisinya sebaris dengan golongan dewasa.
Selain itu jika golongan dewasa lewat, maka kanak-kanak dibolehkan mengisi ruang kekosongan di saf hadapan dan orang dewasa tidak berhak menarik mereka keluar ke saf belakang. Makruh membawa masuk kanak-kanak yang belum mumaiyiz ke dalam masjid.
Kashoorga: Keutamaan saf hadapan tetap kepada lelaki dewasa, tetapi andaian bahawa kanak-kanak memutuskan saf dan mengurangkan pahala jemaah adalah tidak benar.
Seperti yang kita tahu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat begitu cemerlang dalam membendung wabak pandemik COVID-19 hingga diiktiraf dunia luar.
Ternyata KKM dibawah kendalian Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah merangka pelbagai langkah bagi memastikan wabak merbahaya ini dapat diatasi.
Malah usaha dilakukan begitu terkawal dan Dr Noor Hisham juga turut diiktiraf sebagai doktor terbaik dunia dalam menangani masalah ini.
Biarpun penularan COVID-19 menunjukkan sedikit perkembangan positif kembali meningkat, namun usaha yang dilakukan KKM sebelum ini berjaya mengawal
penularan wabak ini dengan lebih cepat mengikut saranan dinyatakan.
Justeru melalui satu perkongsian yang dibuat Dr Noor Hisham di akaun rasmi Facebooknya memaklumkan bahawa kaedah yang digunakan KKM adalah sama dengan dilakukan bapa perubatan terkenal dunia, Ibnu Sina.
Menurutnya walaupun berada pada zaman yang berbeza, namun prinsip asas kesihatan awam kekal dan tidak berubah.
Dalam posting berkenaan, Dr Noor Hisham turut muat naik sekali satu perkongsian video sedutan daripada sebuah filem yang dibuat merujuk kepada langkah yang sama dilakukan oleh Ibun Sina dalam menangani wabak pandemik.
Filem berdurasi tiga minit enam saat itu memaparkan kejadian pada 10 abad yang lalu, ketika mana Ibnu Sina mendedahkan sifat wabak.
Beliau turut membincangkan perkara tersebut dalam buku tulisannya yang bertajuk The Canon of Medicine (Kanun Perubatan).
Dalam video tersebut, Ibnu Sina yang dilahirkan di Bukhara, Asia Tengah meminta supaya penduduk pada zaman tersebut membasuh tangan menggunakan cuka dan menukar kepada pakaian yang bersih.
Beliau juga hanya menyapa individu lain tanpa bersentuhan dan menegaskan langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit berjangkit yang boleh mengakibatkan kematian.
Sebaik di muat naik di laman sosial Facebooknya, warganet turut memuji langkah diambil beliau dalam menjadikan Ibnu Sina sebagai rujukan dalam menghadapi pandemik ini.
Rata-rata warganet menzahirkan ucapan terima kasih kepada KKPM dan mendoakan agar masalah ini selesai dan negara kita tidak mengalami gelombang kedua.
Roz HarounAlhamdulillah… Saintis dan pakar perubatan Islam mmg hebat. Mendahului zaman mereka.
Anizah OmarHebat para Ilmuan Islam dahulu.. Mereka sangat bertaqwa, kaya ilmu dunia dan akhirat
urhaslina Zainol AbidinThank you for the knowledgeable information. Keep on sharing positive and wonderful knowledge for us Malaysian Dr. We are hunger for new normal, new mental, new emotion and new attitude especially me. Noor Hisham Abdullah
Rohanee IsmalReally respect dato…Malaysians are so lucky to have a person like dato. Alhamdulillah..
Kashoorga: Cari keperluan face mask dan hand sanitizer untuk lindungi diri di sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...