‘Walau buta mata, tapi tak buta Al-Quran.’ Aisyah Humairah cancer survivor cekal, tak pernah jadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk berjaya seperti mana yang diimpikan.
Malahan dengan kekurangan yang ada, remaja ini membuktikan kemampuannya melakukan pelbagai perkara yang orang lain normal lain juga tak mampu. Memang hebat!
Dalam masa yang sama, dirinya membuktikan walau buta mata, Aisyah Humairah tidak buta hati. Remaja ini pilih mendekati al-Quran dalam hidupnya
Meskipun hidup dalam ‘dunia gelap’, ia bukan penghalang kepada remaja perempuan kurang upaya cacat penglihatan, Aisya Humairah Mohd Sharizal, 13, untuk mempelajari kalamullah yang kaya dengan pedoman dan isi cerita.
Melihat jari-jemarinya laju menyentuh susunan titik braille al-Quran dan pada masa sama, mengalunkan bait-bait ayat suci dengan lancar pada Majlis Khatam al-Quran 2.0 anjuran Sinar Islam Plus baru-baru ini, membuka mata semua orang.
Ia juga sekali gus memberi tamparan kepada kita yang celik agar turut sama berusaha sepertinya.
Tapi Tak Buta Al-Quran
Anak kelahiran negeri Kedah yang membesar di Bangi, Selangor itu dengan rasa rendah diri mengakui bahawa dia boleh membaca kitabullah dengan baik.
Dirinya juga bergiat aktif dalam menyertai banyak pertandingan tilawah al-Quran sejak dari sekolah rendah lagi.
Ads
“Saya telah banyak kali terpilih untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran dan sudah beberapa tahun berjaya ke peringkat kebangsaan.
“Antara pencapaian terbaik saya adalah memperoleh tempat kedua semasa Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi kategori masalah penglihatan pada tahun 2021,” ujarnya.
Aisyah Humairah
Pelajar tingkatan stu, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur itu memberitahu, dia dilahirkan sebagai bayi normal pada 17 Disember 2010.
Pun demikian, Aisya Humairah disahkan menghidap kanser mata ketika usianya setahun dua bulan.
Rentetan daripada itu, dia terpaksa menjalani rawatan kimoterapi bagi mengelak tumor merebak ke otak. Malah, mata kirinya juga terpaksa dibuang (pada usia tiga tahun).
Cancer Survivor Cekal
Setahun kemudian, remaja itu hilang mata sebelah kanan, sekali gus menjadikannnya orang kurang upaya kategori cacat penglihatan sepenuhnya.
Walaupun perjalanan hidupnya tidak seindah seperti kanak-kanak lain seusianya, Aisya Humairah yang merupakan cancer survivor tidak menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk bergiat aktif dalam aktiviti kerohanian.
Beliau antara lain telah dihantar oleh ibu bapanya untuk belajar al-Quran pada usia lima tahun dan mempelajari kitab suci tersebut dengan beberapa orang guru mengaji.
“Saya mula mengenal huruf al-Quran dengan menggunakan buku Iqra braille sebelum secara berperingkat mengaji menggunakan al-Quran braille yang dibeli ibunya secara second hand saja pada tahun 2019.
“Walaupun huruf al-Quran braille menggunakan abjad a, b, c, namun saya terkeliru kerana ia mempunyai baris untuk membunyikan setiap tanda bacaan pada kitab agung tersebut.
“Jadi, pada peringkat awal mengaji, saya akui memang berdepan kesukaran untuk menghafal baris-baris tersebut,” imbaunya.
Jadikan Kekurangan Diri
Remaja yang manis tersenyum walaupun tidak pernah melihat rupa parasnya sendiri menjelaskan, dia menjadikan guru taranumnya, Ustazah Norsyafirah Jusoh sebagai idola.
Ustazah Norsyafirah ialah Johan Qariah dalam Pertandingan Tilawah dan Hafazan al-Quran 2023 peringkat negeri Perlis.
“Saya mengagumi Ustazah Norsyafirah kerana beliau boleh membaca al-Quran dan bertaranum,” tambahnya.
Sebagai Halangan
Cerita Aisya Humairah, pengalaman manis bagi dirinya sejak aktif menyertai tilawah adalah berkesempatan untuk berdikari sendiri buat pertama kali ketika menyertai Pertandingan Tilawah al Quran Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia pada tahun 2020.
Ads
Menariknya lagi, ketika itu empunya diri menjadi peserta termuda mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.
Sebelum aktif menyertai pertandingan tilawah al-Quran, remaja itu juga pernah mengikuti pertandingan hafazan melibatkan Juz Amma ketika berusia lima tahun sebelum kini lebih fokus untuk mendalami kaedah bacaan al-Quran bertaranum.
Aktif Dalam Banyak Bidang
Dalam pada itu, berkongsi tentang aktiviti hariannya pula, anak kedua daripada empat orang adik beradik itu berka, dia tidak berdepan dengan masalah untuk menguruskan diri ketika berada di asrama.
Sejak kecil, tuan punya badan telah dilatih oleh ibunya mencuci, menjemur dan melipat sendiri pakaian dan menyusunnya di dalam almari.
“Ketika hujung minggu saya akan pergi kelas berenang kerana saya mempunyai impian mahu menjadi atlet renang paralimpik, jadi saya perlu berlatih bermula dari sekarang,” katanya lagi.
Selain itu, anak kepada pasangan jurutera dan suri rumah itu juga aktif bermain catur.
Aisya Humairah pernah terpilih menyertai pertandingan catur peringkat negeri Selangor dan semasa Hari Wilayah Persekutuan.
Kalau diteliti semula, memang hebat portfolio remaja berkenaan dan sememangnya mencetuskan inspirasi. Kesungguhan beliau sesungguhnya menyentuh perasaan.
Kashoorga: Tahniah Aisyah Humaira, semoga dirinya terus melakar kejayaan.
‘Berani dan berhati mulia.’ Demi selamatkan kucing, kanak-kanak perempuan ini hilang sebelah kaki digilis lori. Mulia sungguh hatinya biarpun masih kecil, tindakan beraninya harus dipuji.
Malangnya dirinya kehilangan sebelah kakinya akibat digilis ketika mahu menyelamatkan seekor kucing di jalanan. Daripada perasaan sayang kepada binatang, dirinya sanggup berkorban hingga membahayakan nyawanya sendiri.
Kejadian ini bermula apabila kanak-kanak berusia 13 tahun itu bernama Nabila Febrianti, cuba menyelamatkan kucing miliknya yang sedang bermain atas jalan raya berdekatan rumahnya di Sumatera Utara, baru-baru ini.
Ketika dia melintas jalan dan hendak menyelamatkan kucingnya itu, pada masa yang sama ada sebuah lori sedang melintasi kawasan berkenaan.
Disebabkan tidak sempat mengelak, kaki kanak-kanak itu digilis lori berkenaan menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.
Demi Selamatkan Kucing
Kanak-kanak itu segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, namun terpaksa dirujuk ke pakar susulan daripada kecederaan parah dialaminya.
Menurut ibu Nabila, kecederaan itu terjadi pada bahagian kaki kanan Nabila, manakala kaki kiri hanya luka kecil.
Disebabkan kecederaan parah dan serius pada kaki kanannya, ia terpaksa dipotong oleh pihak hospital.
Kanak-Kanak Perempuan Ini Hilang Sebelah Kaki Digilis Lori
“Akibat digilis lori, kakinya mengalami kecederaan serius dan perlu dipotong,” ujarnya.
Pengorbanan kanak-kanak berkenaan mendapat liputan meluas media tempatan di Indonesia, sehinggakan ketua polis turut melawatnya di hospital bagi memberikan semangat.
Rezeki Nabila juga apabila kisahnya ini turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto yang turut menghulurkan bantuan rawatan kepada anak kecil itu kerana keberaniannya.
Solat adalah satu satu dari Rukun Islam yang wajib kita kerjakan tidak kira dalam apa juga situasi.
Malah dengan mendirikan solat itu diibaratkan sebagai tiang agama kerana dengan mendirikannya lima waktu sehari mampu membentuk diri menjadi insan lebih baik.
Namun adakah kita rasa solat yang didirikan sebanyak lima waktu sehari (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak) itu sudah cukup sempurna mengikut rukun dan tertibnya.
Kita perlu tahu Rukun Solat itu ada 13 perkara dan perlu melakukannnya untuk menjadikan solat kita sempurna. Malah jika tertinggal satu rukun solat ini boleh menjadikan ia tidak sah.
Foto: Google
Bagi memberi tunjuk ajar kepada pembaca, portal Kashoorga dengan kerjasama Ideaktiv Sdn Bhd terpanggil untuk menjayakan satu video Panduan Solat Untuk Wanita.
Panduan solat ini dimulakan secara dari rukun tertibnya dan bertujuan untuk kita sendiri melihat dan memperbaiki cara solat yang sebenarnya.
Bagi memastikan panduan ini menepati cara solat sebenar, ia mendapat kerjasama dari Ustazah Dr. Siti Sarah binti Izham (Jawatankuasa Majlis Perundingan Wanita Rahmah – MAWAR YADIM).
Semoga sepanjang tempoh PKP ini kita ajar orang betulkan solat dan turut mendapat saham akhirat, insyaAllah.
📷 FWOD Mingguan Wanita, Shaifullah Sapian
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
13 RUKUN SOLAT PERLU TAHU
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
Betul ke kalau potong kuku ketika haid, kena simpan dan bawa sekali masa mandi wajib? Sesetengah orang dia rela simpan kuku ketika haid dan nifas kerana keliru boleh potong atau tidak.
Sebaiknya potong atau biarkan kuku panjang ketika haid atau nifas, ikuti perkongsian Husna Ghani bagi menjelaskan isu ini:
Sebenarnya kalau bahagian daripada diri kita contoh potong kuku atau rambut, sunatnya ditanam. Tapi kalau rasa susah, buanglah di tempat yang sepatutnya.
Risau juga orang buat benda tak baik kan. Maklumlah kuku dan rambut ini sensitif, risau dijumpai orang yang bertujuan tak baik ke atas kita.
Ketika Haid
“Betul ke kita tak boleh potong kuku, rambut ketika haid atau nifas. Kalau potong kena bawa sekali kuku dengan rambut tu masa mandi wajib?
‘Tiada dalil jelas yang melarang seseorang wanita untuk potong kuku atau rambut melainkan ketika mereka menunaikan ibadah korban. Itupun hanyalah makruh tanzih bukannya haram,’ kongsinya.
Kena Simpan
Semua daripada kita sedia maklum bahawa sunatnya bila masuk saja 1 Zulhijjah, bagi mereka yang tunaikan ibadat korban, kita tak potong kuku, rambut ataupun bulu yang ada dekat badan sampailah selesai ibadah korban.
Maksudnya:
Sesiapa yang mempunyai haiwan korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zuljhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai melakukan korban.’
Bawa Sekali
Tambah Husna Ghani, jadi boleh ke tak sebenarnya nak potong kuku ataupun rambut ketika haid atau nifas?
‘Boleh tak ada masalah pun. Hukumnya harus, buat tak dosa, tak buat tak apa. Cuma lepas potong itu, buanglah pada tempat yang sepatutnya sebab itu sebahagian daripada diri kita.
Masa Mandi Wajib?
‘Yang wajib bawa mandi sekali itu contohnya kita mandikan mayat, kuku dia tercabut… Kuku yang ini wajib mandikan dan kafankan sekali dengan mayat.
‘Adapun ketika haid ataupun nifas, tak ada masalah pun. Kita dibenarkan potong kuku macam biasa dan tak perlu bawa mandi wajib sekali.’ terangnya panjang lebar.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...