Meminta dicabut nyawa atau mati kepada Allah SWT bukan lah jalan yang baik. Siapa kita mahu menentukan ajal maut kita? “Kau cabutlah nyawaku ya Allah, aku dah tak mampu tanggung derita ini” Siapa kita untuk mengarahkan Allah agar mencabut nyawa kita? Biar seberat mana pun masalah dan dugaan melanda, carilah jalan penyelesaian dan bertaubatlah.
Usia tidak boleh dijual beli atau ditawar ganti. Ikuti kupasan pendakwah terkenal dan disegani iaitu Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkenaan perangai manusia yang selalu meminta mati pada Allah tatkala diuji.
Menurut Habib Ali Zaenal, sebagai hamba Allah SWT, jangan ada antara kita yang meminta mati hanya kerana ada musibah yang menimpa diri. Baginda Rasulullah SAW bersabda: “ Mintalah kamu kepada Allah SWT Husnul Khatimah”
Di dalam hadis yang lain, Nabi SAW juga bersabda: “Kata-kata atau penyesalan yang disampaikan oleh iblis bilamana mendengar ada orang yang minta kepada Allah SWT mati dalam Husnul Khatimah, “Macam ditusuk tulang belakang aku,”kata iblis, bilamana dia mendengar orang meminta kepada Allah Husnul Khatimah.
Husnul Khatimah akan menyebabkan usaha iblis untuk menyesatkan kita menjadi sia-sia, sehingga iblis menjadi sangat geram bilamana orang meninggal dunia dalam Husnul Khatimah.
Seseorang digalakkan mati dalam keadaan Islam atau Husnul Khatimah namun DILARANG
meminta mati kerana tertekan atau stress. DILARANG meminta mati disebabkan berhadapan dengan masalah dalam kehidupan.Artikel berkaitan: Kematian Indah, Ulama Meninggal Dunia Setelah Ucap “Lailahaillallah” Semasa Berceramah
Artikel berkaitan: Muhammad Haziq Meninggal Dunia, Perginya Dalam Keadaan Husnul Khatimah
Kalau pun mesti juga meminta mati, maka berdoalah kepada Allah SWT,” Ya Allah, hidupkan diriku bilamana kehidupan ini memberikan kebaikan kepada diriku, dan matikanlah aku bilamana kematian itu membawa kebaikan untuk diriku”.
Kalau dia orang yang diberikan umur oleh Allah SWT ialah daripada orang yang baik, maka dia boleh menambahkan keberkatan umur yang diberikan dengan kebaikannya semakin bertambah.
Kalau dia orang yang berbuat jahat, tapi masih dikurniakan umur oleh Allah SWT, ini adalah peluang supaya dia boleh insaf dan bertaubat.
Dengan demikian, TIDAK BOLEH meminta mati disebablan apa pun juga sama ada orang itu adalah orang yang baik-baik atau orang tidak baik. Peluang dikurniakan umur yang diberikan oleh Allah SWT adalah untuk menambahkan kebaikan bagi orang yang baik dan peluang untuk bertaubat bagi orang yang berbuat maksiat.
Kashoorga : Mintalah bantuan daripada Allah. Jangan meminta dicabut nyawa walau sekalipun. Sekecil mana pun masalah, ia adalah ujian daripada Allah. Allah menguji kita untuk melihat sejauh mana percayanya kita kepada kekuasaanNya.
Dia yang memberikan masalah kepada kita, maka Dia juga lah yang berkuasa mengangkat masalah itu. Berusaha cari jalan penyelesaian diiringi dengan doa dan tawakal kepadaNya.