asma

Ramai mengagumi keperibadian Pendakwah, Ustazah Asma Harun yang sering berkongsi ilmu di media sosial.

Malah personalitinya yang merupakan isteri dan ibu kepada tujuh cahayamata juga turut memberi inspirasi kepada ramai orang.

Artikel Berkaitan: “Jangan Jadi Isteri Malang Buka Aib Suami, Kerana Dosanya Lebih Besar Dari Dosa Suami Pemalas” – Pesan Ustazah Asma Harun

Dalam satu perkongsian di laman sosial facebook, Ustazah Asma Harun cukup tersentuh dengan catatan suaminya hingga membuatkan dirinya menangis teresak-esak ketika membacanya.

“Walau Penat Atau Sakit, Masakan Istimewa Tetap Terhidang” – Terharu Dipuji Suami, Ustazah Asma Harun Sebak Menangis!

Beliau tahu suaminya itu sangat tetapi tidak pernah sekalipun mulut berkata penat. Malah sanggup berkorban untuk keluarga demi menjalankan tugas menyampaikan dakwah kepada orang ramai.

Malah pujian yang diberikan oleh suami tercinta terhadap dirinya membuatkan dirinya terasa sangat dihargai.

Ayuh, ikuti perkongsiannya yang sangat menyentuh hati.

Suami yang saya muliakan @Tengku Fazli bin Tengku Yahya sangat² jarang menulis panjang, teresak-esak juga saya menangis ketika membacanya. Hakikatnya dialah kekuatan saya, bila ditanya penat tak.. Hampir tidak pernah dia sebut perkataan penat, walaupun saya tahu ketika itu dia sangat penat membawa kereta jauh, menjual dll.

Saya kongsikan semoga ada manfaat untuk sahabat jua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CNP
NILAI SEBUAH SENYUMAN…
“Alhamdulillah, Allah yang Maha Kuat, menguatkan saya untuk terus berdiri hari ini. Kekuatan yang kekadang tidak saya tahu dari mana datangnya. Setelah menjelajah Negeri Kelantan, dan lebih kurang jam 2.30 pagi sampai di Gombak.

Ads

Ikutkan hati mahu terus ke Seremban jumpa anak², tapi bimbang tidak sempat untuk saya berada di sini. Ditahan rasa rindu sebagai Ibu Ayah untuk bertemu si kecil dan semua. Semoga Allah menerima pengorbanan ini sebagai ibadah dalam jalan dakwah. Semoga Allah berikan kami keikhlasan dan taqwa sepanjang jalan ini.

“Walau Penat Atau Sakit, Masakan Istimewa Tetap Terhidang” – Terharu Dipuji Suami, Ustazah Asma Harun Sebak Menangis!

Alhamdulillah, kekadang rasa penat itu hilang dan hadirnya kekuatan apabila melihat senyuman ibu-ibu jemaah sekalian, bila kata-kata yang diilhamkan Allah membantu merawat duka ibu-ibu yang sekian lama terpaku. Saya rasa bahagia bilamana ada yang dapat kekuatan untuk meneruskan perjalanan walaupun sukar dan berliku.

Artikel Berkaitan: “Suami Adalah Anugerah Tercinta & Moga Matiku Dalam Redhamu” – ‘Surat Cinta’ Ustazah Asma Harun Buat Imamnya

Bahagia bila ramai Ibu-ibu boleh berikan kekuatan dan senyuman kepada orang lain pula. Alhamdulillah, semoga senyuman yang diukirkan ibu² sekalian terus menguatkan saya untuk memberikan yang terbaik kepada semua yang memerlukan. Moga saya terus istiqamah selagi Allah mengizinkan dan selagi diperlukan.”

Begitulah UAH memulakan ceramah di Masjid Bandar Baru Sungai Buluh jam 9.00pg dengan bersemangat seperti biasa. Sambil berdiri, lantunan itu seolah-olah tiada kepenatan yang dirasakan. Kekadang tertanya juga, dari mana datangnya semangat beliau untuk menyampaikan walau keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan?

Ads

“Walau Penat Atau Sakit, Masakan Istimewa Tetap Terhidang” – Terharu Dipuji Suami, Ustazah Asma Harun Sebak Menangis!

Tidak dapat tidak, diserahkan sepenuhnya kepada Allah yang Maha Kuat untuk menguatkan dan menghilangkan kepenatan. Yang menguatkan jasad untuk berdiri. Yang menguatkan hati untuk menempuhi hari-hari.

UAH telahpun melalui 7 episod kelahiran anak kami, dan 2 kali keguguran. Dengan kelahiran anak yang ke-7, Fatimah melalui pembedahan. Tenaga perempuan, bukan seperti tenaga lelaki.

Namun, dari satu sudut, sejujurnya tenaga dan kekuatan yang ada pada golongan wanita amat luar biasa, mampu mengalahkan kaum lelaki. mereka masih mampu untuk terus menjalankan tugasan sebagai suri rumah setelah pulang daripada pejabat.

Ketika sakit pening dirasakan, masakan istimewa tetap terhidang. Tetapi, memerhatikan diri sendiri dan mungkin ramai kaum lelaki, ianya berbeza. Apabila diuji dengan sakit pening, kaum lelaki lebih banyak terbaring.

Artikel Berkaitan: Tanpa Secalit Mekap, Tudung Labuh Serta Jubah Longgar Jadi Pilihan, Namun Penampilan Ustazah Asma Harun Tetap Cantik

Ads

Habis semua rancangan tv disaring. Diupdatekan kesakitannya kepada orang sekeliling. Maka, berlalulah masa tanpa ada yang penting. Sakitnya yang sedikit mengalahkan wanita yang melahirkan secara pembedahan. Lemahnya kaum lelaki, di mata isteri-isteri dalam realiti kehidupan.

Alhamdulillah, ceramah sudah berakhir. Semoga UAH terus kuat untuk ke Banting dan menghabiskan satu lagi program sebelum pulang memeluk si bongsu, Fatimah dan anak-anak yang lain. Anak-anak juga sumber kekuatan UAH untuk mengembara. Melihat mereka sangat erat memeluk umminya, terubat kerinduan dan kelelahan yang ada.

“Walau Penat Atau Sakit, Masakan Istimewa Tetap Terhidang” – Terharu Dipuji Suami, Ustazah Asma Harun Sebak Menangis!

Tidak dirasakan berat meninggalkan mereka 2-3 hari seandainya segala pesanan untuk solat di awal waktu, berzikir dan bermathurat diamalkan. Dibacakan Al Quran bersama tafsir secara berjemaah seperti dilakukan kebiasaan, lebih menyejukkan hati dan mendamaikan fikiran.

Selepas ini, ummi boleh berjauhan lagi untuk mengukirkan senyuman kepada semua yang masih memerlukan. Menguatkan lagi senyuman yang sentiasa ternanti-nanti kata-kata yang diilhamkan.

Semoga senyuman yang berseri yang diukirkan akan terus menguatkan UAH untuk sentiasa untuk memberi.

“Walau Penat Atau Sakit, Masakan Istimewa Tetap Terhidang” – Terharu Dipuji Suami, Ustazah Asma Harun Sebak Menangis!

HIDUP HATI DENGAN MEMBERI.
Doakan kami sentiasa saling menguatkan
Catatan dari seorang suami,
Tengku Fazli bin Tengku Yahya.
27.9.2020

Artikel Berkaitan: Mula-Mula Kenal Tanya Bab Agama, Lama-Lama Hati Terpaut. Kisah Cinta Ustazah Asma Harun Ini Memang ‘Bersemut’!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI