Walaupun baru empat tahun peluk islam, wanita ini muncul johan hafazan peringkat kebangsaan. Biarpun baru empat tahun, ianya tidak menjadi penghalang pada mualaf ini membuktikan kemampuan dirinya.

Tahniah anda memang hebat dan telah berjaya mengalahkan peserta-peserta lain.

Artikel Berkaitan : Pilih Islam Sebagai Agama Baru. Gadis Mualaf Syukur Perjalanan Ucap Kalimah Syahadah Dipermudahkan!

Walaupun Baru Empat Tahun

Seorang mualaf membuktikan tempoh singkat bergelar saudara baharu sejak empat tahun lalu tidak menjadi penghalang baginya muncul johan hafazan al-Quran kategori wanita sempena Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M di sini, semalam.

Qaseh Qhatijah Tan, 28, membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 tajaan Lembaga Tabung Haji bagi kejohanan itu yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) Kampus Besut di sini.

Peluk Islam

Menceritakan perjalanan hidupnya sebagai mualaf, Qaseh Qhatijah dari Melaka berkata, dia terdetik untuk memeluk Islam sejak 2017 kerana sering bergaul dengan rakan beragama Islam ketika masih belajar.

“Saya berasal dari Sabah dan agama asal Buddha. Ketika masih belajar, saya ramai kawan Islam dan sering melihat mereka mengaji serta melakukan aktiviti keagamaan yang lain.

Ads

“Kadang kala saya ikut sekali aktiviti mereka. Hati saya rasa tenang dengar orang berselawat dan mengaji,” katanya ketika ditemui pada majlis penutupan kejohanan itu.

Baca Juga Di Sini:

Syawal Paling Bermakna Buat Petinju Austria Wilhelm Ott, Lepas Sebulan Masuk Islam Pilih Mualaf Sebagai isteri

Niat Peluk Islam Sejak 7 Tahun Lalu, Kini Rasmi Bergelar Mualaf & Sanggup Mati Demi Islam

Ads

Wanita Ini Muncul Johan

Menurut Qaseh Qhatijah, meskipun proses penghijrahan sebagai saudara baharu banyak rintangan, dia bersyukur keluarga menerima keputusannya memeluk Islam.

“Pesan saya kepada saudara baharu yang lain, jaga hati dengan baik, kental dan sentiasa pesan pada hati nak ubah kehidupan ke arah lebih baik.

“Sepanjang proses berhijrah kena beri ruang pada diri untuk belajar terlebih dahulu apabila bersedia baru boleh berkumpul semula dengan rakan lama,” katanya.

Ads

Hafazan Peringkat Kebangsaan

Terdahulu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan majlis penutupan kejohanan itu.

Baginda mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Mahrajan Amal Islami Mualaf adalah program dwitahunan disertai semua negeri untuk mencungkil bakat saudara Muslim daripada pelbagai etnik.

Kashoorga : Walaupun baru empat tahun memeluk agama Islam, Qaseh Qhatijah Tan berjaya menghafaz dengan baik berkat kegigihan dan kesabarannya. Salute!

Sumber : myMetro

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI