Penularan wabak COVID-19 kini sudah memasuki gelombang kedua. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengisytiharkan penularan COVID-19 sebagai satu pandemik.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu sidang media di Geneva, Switzerland.
Namun begitu, hukum yang wajib seperti Solat Jumaat akan tetap diteruskan walaupun berhadapan dengan masalah ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia selaras dengan Firman ALLAH SWT dan hukum asal solat Jumaat iaitu wajib.
“Berdasarkan situasi semasa, setakat ini tiada keperluan untuk tiadakan solat Jumaat di masjid,” katanya.
Bagaimanapun katanya, setiap masjid perlu mengambil langkah bagi mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.
“Orang ramai disarankan mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid dan khutbah perlu dipendekkan bagi mengurangkan jemaah terdedah dengan persekitaran,” katanya yang turut menyarankan pihak masjid menyediakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman.
Beliau berkata, sekiranya Covid-19 merebak dan tidak terkawal, dibolehkan solat Jumaat tidak dilakukan dan digantikan solat Zuhur di rumah masing-masing.
“Dalam hal ini beberapa garis panduan akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanatnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.
SUMBER: SINAR HARIAN
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Malaikat Kenal Orang Suka Bersedekah, Nama Selalu Disebut Penghuni Langit
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda dalam satu hadis :-
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” Riwayat Muslim.
Mereka yang suka bersedekah di dunia sangat disukai oleh penghuni langit hingga nama mereka selalu disebut-sebut oleh para malaikat.
Dalam satu kisah diceritakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:-
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan Nabi SAW pernah bersabda: “(Pada suatu hari) ketika seorang lelaki berada di sebuah tanah lapang yang sunyi, dia terdengar satu suara dari awan, “Siramlah air (hujan) kepada kebun si fulan itu!” Awan itu pun bergerak lalu mencurahkan airnya pada sebidang tanah yang berbatu hitam.
Saluran air pada tanah tersebut kemudiannya menampung semua curahan air hujan (dan mengalirkannya ke suatu arah). Lelaki itu pun mengikuti air itu dan menemui seorang petani yang berdiri di kebunnya sedang mengubah aliran air dengan cangkulnya.
Lelaki itu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapa namamu?” Petani itu menjawab, “Nama saya fulan” iaitu nama yang baru didengarnya dari angkasa. Si petani bertanya kepadanya, “Wahai hamba Allah, mengapa anda tanyakan nama saya?”
Kata lelaki itu, “Sebenarnya, sekejap tadi saya dengar satu suara dari awan yang baru menurunkan air ini. Suara itu berkata, “Siramilah air pada kebun si fulan!” menyebut nama anda. Apa yang anda buat dengan kebun ini?”
Petani itu berkata, “Baiklah, kalau anda katakan begitu. Sebenarnya, saya selalu perhatikan apa yang keluar dari kebun ini, lalu saya sedekahkan 1/3 daripadanya, 1/3 berikutnya saya makan bersama keluarga saya, dan 1/3 lagi saya kembalikan (untuk modal cucuk tanam),” – Sahih Muslim.
Berdasarkan hadis itu, amalan yang disukai malaikat di langit adalah sedekah! Pemilik kebun itu dikenali para malaikat kerana sedekahnya.
Dalam hadis lain, orang yang kuat sedekah turut mendapat doa para malaikat. Sabda Rasulullah SAW:
Abu Hurairah r.a. menyebut bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa “Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa “Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan,” – Sahih Bukhari dan Muslim.
Di setiap kesempatan dan waktu serta diberi kelebihan rezeki, sentiasalah bersedekah agar ia memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat kelak.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Rahsia Kalau Nak Sentiasa ‘Dikejar’ Rezeki, Lakukan 4 Amalan Ini Tanpa Jemu
Tak dapat dinafikan bahawa semua orang bekerja keras kerana ingin mendapatkan rezeki yang melimpah seperti wang dan harta yang melimpah. Namun yakinlah bahawa rezeki itu sudah ditentukan Allah.
Walaupun kita sudah berusaha mencarinya dengan cara bekerja keras siang dan malam jika itu bukan rezeki kita maka hasil yang kita dapat hanyalah rezeki yang telah diperuntukkan kepada kita.
Namun jika sudah Allah tetapkan rezeki itu, walaupun kita tidak menginginkannya, maka rezeki ini akan datang sendiri kepada kita dengan tidak disangka-sangka.
Namun ada golongan yang selalu dikejar-kejar rezeki. Yakni golongan orang-orang yang telah dijamin Allah rezekinya. Allah menjamin dan mencukupkan rezekinya melalui berbagai perkara.
Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Dia akan memberikannya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS. Ath-Thalaq [65] : 2-3)
Berikut ini dikongsikan beberapa cara untuk menjemput rezeki agar datang dan mengikuti kita.
1. SEDEKAH
Bersedekah adalah memberikan sebahagian yang kita miliki kepada orang lain. Allah SWT menjanjikan ganjaran yang pasti kepada mereka yang bersedekah untuk orang lain.
Allah menjelaskan hal ini dalam Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 261:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir berisi seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al-Baqarah:261).
Bersedekah pada awalnya mengurangkan harta yang kita miliki, namun Allah SWT akan menggantikannya dengan berlipat ganda.
Akan tetapi, dalam bersedekah sebaiknya kita berharap ganti untuk akhirat dibanding mengharap balasan di dunia.
2. MEMPERBANYAKKAN SYUKUR
Bersyukur merupakan cara untuk mendapatkan lebih. Lihat saja, bagaimana Allah sangat mudah memberikan lebih kepada mereka yang bersyukur. Ada saja jalan rezeki bagi mereka yang tidak mengeluh, meski dalam keadaan yang terbatas dan kekurangan.
Bukankah hal ini juga sudah dijanjikan dalam Allah SWT dalam Al-Quran, bahawa siapa yang bersyukur maka Allah akan menambahkan nikmatNya. Namun mereka yang mendustakan, maka akan mendapat azab yang pedih.
“(Ingatlah) ketika Rabbmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”. QS. Ibrahim: 7.
3. MEMBACA SURAH AL-WAQIAH
Surah Al Waqiah juga dikenal sebagai surah pendatang kekayaan. Surat ke-56 ini berisi kandungan iman dan tauhid, bukti kekuasaan Allah SWT serta adanya hari kebangkitan.
“Ajarkanlah Surat Al Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
4. BANYAK BERISTIGHFAR
Istighfar juga menjadi salah satu amalan penjemput rezeki. Terkadang dosa-dosa yang kita lakukan akan menutup pintu rezeki dalam diri. Meskpun sudah berusaha semaksimumkan mungkin, namun tetap saja rezeki yang diinginkan tidak kunjung tiba.
Istighfar merupakan zikir yang maknanya memohon ampun atas dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Imam Al-Hasan Al-Bashri juga menganjurkan agar manusia beristighfar jika mengalami kefakiran, sedikitnya keturunan dan kekeringan kebun-kebun. Jadi perbanyakkanlah istighfar jika rezeki tidak kunjung hadir.
Allah SWT berjanji akan mencukupkan rezeki bagi siapapun yang bertawakal kepadaNya. Maka tugas kita adalah bertawakal kepadaNya dengan usaha semaksimum mungkin.
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Letak Nota Solat Depan Sejadah, Reaksi Lelaki Baru Peluk Islam Ini Dipuji & Sentuh Hati Netizen
Alangkah beruntung insan yang terpilih oleh Allah untuk menerima hidayah dariNya.
Dan sesungguhnya menjadi tugas kita kemudiannya berusaha menambah dan mendalami ilmu agama di dada agar dapat jadi khalifah Allah yang sejati.
Lebih mudah jika dilahirkan dalam keluarga Islam yang kita juga mudah untuk mempelajari ilmu agama. Namun, nasib setiap orang itu juga berbeza-beza dan yang paling utama hidayah itu tetap milik Allah SWT.
Artikel Berkaitan: Pengantin Perempuan ‘Sporting’ Bertaranum Di Majlis Kahwin, Rupanya Pernah Masuk Pertandingan Peringkat Negeri
Seperti apa yang dilihat berlaku baru-baru ini, sebuah posting di laman Twitter memperlihatkan seorang pemuda Amerika Syarikat sedang belajar menunaikan ibadah solat di dalam sebuah masjid.
Dua keping gambar pemuda berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Abdel Rahman kini tular dan menjadi bahan bualan ramai.
Melalui posting itu kelihatan pemuda tersebut meletakkan sekeping kertas yang dijadikan sebagai nota di hadapan sejadah sebagai panduan serta rujukan dalam menunaikan solat.
“Pemuda Amerika ini mungkin sahaja baru memeluk Islam dan dia sedang berusaha sebaik mungkin belajar menunaikan solat di satu sudut masjid menggunakan sehelai kertas. MasyaAllah semoga Allah SWT berikan ketabahan buatnya dalam mempelajari ilmu Islam,” tulisnya.
Posting berkenaan menerima hampir 70,000 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 23,700 kali serta pelbagai komen diberikan oleh warganet.
Rata-rata dalam kalangan warganet mengucapkan rasa syukur dan gembira atas hidayah yang diterima serta penghijrahan yang dibuat oleh pemuda tersebut.
Artikel Berkaitan: “Solat Tapi Masih Lakukan Maksiat, Tanda Sembahyang Belum Sempurna. Perbaikilah & Bentuk Diri Dengan Akhlak Terpuji ” – Ustaz Firdaus Mokhtar
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI