Walaupun COVID-19 Sudah Diisytihar Pandemik, Tapi Solat Jumaat Tetap Diteruskan Di Masjid – Menteri Agama

Share

Penularan wabak COVID-19 kini sudah memasuki gelombang kedua. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengisytiharkan penularan COVID-19 sebagai satu pandemik.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu sidang media di Geneva, Switzerland.

Gambar dari Google.

Namun begitu, hukum yang wajib seperti Solat Jumaat akan tetap diteruskan walaupun berhadapan dengan masalah ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia selaras dengan Firman ALLAH SWT dan hukum asal solat Jumaat iaitu wajib.

“Berdasarkan situasi semasa, setakat ini tiada keperluan untuk tiadakan solat Jumaat di masjid,” katanya.

Orang ramai disaran ambil wuduk di rumah.

Bagaimanapun katanya, setiap masjid perlu mengambil langkah bagi mengurangkan risiko penyebaran Covid-19.

“Orang ramai disarankan mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid dan khutbah perlu dipendekkan bagi mengurangkan jemaah terdedah dengan persekitaran,” katanya yang turut menyarankan pihak masjid menyediakan topeng muka dan cecair pembasmi kuman.

Beliau berkata, sekiranya Covid-19 merebak dan tidak terkawal, dibolehkan solat Jumaat tidak dilakukan dan digantikan solat Zuhur di rumah masing-masing.

“Dalam hal ini beberapa garis panduan akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanatnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Dr. Zulkifli mengetik kad perakam waktu di pejabatnya hari ini. – Foto Pejabat Menteri

SUMBER: SINAR HARIAN

Published by
Siti Zurina Mat Saman