Setiap orang pastinya menyimpan hajat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Pelbagai pengalaman manis diperolehi sepanjang kita menyempurnakan ibadah menjadi tetamu Allah.

Salah seorang slebriti turut berkongsi pengalaman terindah ketika melakukan ibadah umrah di sana adalah pelakon Rita Rudaini yang pergi ke sana bersama dua anak lelakinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Dalam perkongsian di laman sosial Facebook, Rita memberitahu kenangan yang diperoleh apabila diberi peluang mendekati dan mengucup Hajarul Aswad.

Dia memberitahu dirinya sangat bertuah kerana mempunyai sayap kiri dan kanan sepanjang berada di sana.

Malah Rita juga tidak sabar untuk menunggu kedua-duanya memimpin tangannya  mengelilingi Kaabah satu hari nanti.

Bertuah mommy ada sayap kiri dan kanan…xsabar nak tggu depa plak pimpin tangan mommy keliling kaabah suatu hari nanti…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Ternyata kedua-dua anaknya Airit dan Ryan begitu seronok merasai pengalaman kena lenyek, kena tolak, himpit dan pijak tetapi tetap terus berjalan ke depan
untuk mengelilingi kaabah.

Rita juga berkata untuk umrah kali ini dia dapat mencium Hajarul Aswad sebanyak dua kali. Walaupun berdepan dugaan apabila terpisah dengan salah seorang anaknya ketika mahu mencium hajarul aswad.

seronok depa walaupon kena penyek,kena tolak,kena himpit,kena pijak…mommy kata,itu lah kehidupan….dlm hidup kita ni mcm2 ujian…tp walau mcm mana pon kita tetap kena trus kn ke depan..mcm kita keliling kaabah ni lah,kena sabar org pijak,org tolak..kena jln dah habiskn jugk pusingan….smua tu DIA uji hati kita…bole susah atau tidak….umrah kali ni mommy dpt cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد dgn arjuna… @adikzwan bwk ryan…tp kami terpisah biasa laaa dh di tolak2,di tarik2..mmg seksa DIA sj yg tau..arjuna sampai xbole bernafas…mommy suruh dia dongak ke langit ambik udara…rasa brsalah jugk heret dia masuk situ…tp nk patah balik mmg xboleh…dgn kekuatan hati alhamdulillah arjuna dpt cium…mcm tu jugak ryan,dgn ketabahan @adikzwan sampai kena dukung ryan sbb dia risau takut ryan kena pijak…dpt depa cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد ……..

Biarpun keadaanya sangat menakutkan kerana dia juga turut menjadi mangsa ditarik tudung, jubah tetapi sebagai ibu Rita tetap bertindak mempertahankan anaknya daripada menjadi mangsa asakan jemaah lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Walaubagaimanapun, Rita tetap bersyukur kerana dia dan anak-anaknya berjaya mengharungi dugaan itu dan menjadi satu pengalaman tidak dapat dilupakan sebagai ibu dan ayah kepada kedua-duanya.

Pelakon tinggi lampai ini juga sangat bersyukur kerana ada Allah untuk membantu dia mengharungi semua dugaan.

mmg sgt menakutkan berada di situ ..xtau keadaan di situ xbole di kawal lg…berhimpit laki n perempuan …tp kebanyakkan di situ adalah kaum lelaki…perempuan susah nak lepas….yg lelaki2 ni punya ganas tolak muka mommy,tarik tudung mommy,tarik jubah mommy….mommy pon xtau nk nangis ke nak gelak..tgn mommy xboleh nk defend diri dah sbb tgh pertahan n lindung anak ….xtau jd dosa ka pahala melayang ke mcm mana….sepatutnya kerajaan arab buat waktu asing utk lelaki dan perempuan yg nk cium ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد atau solat di حجر إسماعيل spt di raudhah …insyaallah moga ada nnti…apa2 pon pengalaman kami anak beranak di asak di ٱلْحَجَرُ ٱلْأَسْوَد adalah satu pengalaman yg xdpt mommy lupakan sbgai seorg momdad dan mommy rasa sgt puas dan syukur pd DIA krn membantu mommy….. #theAiritsjourney

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Ternyata perkongsian Rita ini turut mengundang rasa sedih di kalangan warganet.  Ramai yang terharu dengan semangatnya dan mendoakan agar kebahagiaan Allah terus bersama mereka sekeluarga.

cik_yikin Touching lak bca..  momy dia kuat sbb tu anak2 pn kuat.. Syukur alhamdulillah Rzki anak beranak.. Smga d permudahkan urusan momy skluarga

nhhdy semoga satu hari nanti sy dpt jadi kuat macam kak rita n boleh bawak anak sy di depan kaabah

aziela_295 Smoga kebahagiaan Allah pd kamu Rita, beruntung ank ² kamu dpt mommy mcm kamu…

cikredjamboo Ya Allah sebak sungguh baca moga Allah permudahkan urusan sis dan anak2 disana. Moga satu hari Allah bagi kami peluang merasai sendiri pengalaman disana jua. Aamiin.

 

KREDIT FOTO: INSTAGRAM RITA RUDAINI