Setiap orang pastinya menyimpan hajat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Pelbagai pengalaman manis diperolehi sepanjang kita menyempurnakan ibadah menjadi tetamu Allah.
Salah seorang slebriti turut berkongsi pengalaman terindah ketika melakukan ibadah umrah di sana adalah pelakon Rita Rudaini yang pergi ke sana bersama dua anak lelakinya.
Dalam perkongsian di laman sosial Facebook, Rita memberitahu kenangan yang diperoleh apabila diberi peluang mendekati dan mengucup Hajarul Aswad.
Dia memberitahu dirinya sangat bertuah kerana mempunyai sayap kiri dan kanan sepanjang berada di sana.
Malah Rita juga tidak sabar untuk menunggu kedua-duanya memimpin tangannya mengelilingi Kaabah satu hari nanti.
Ternyata kedua-dua anaknya Airit dan Ryan begitu seronok merasai pengalaman kena lenyek, kena tolak, himpit dan pijak tetapi tetap terus berjalan ke depan
untuk mengelilingi kaabah.
Rita juga berkata untuk umrah kali ini dia dapat mencium Hajarul Aswad sebanyak dua kali. Walaupun berdepan dugaan apabila terpisah dengan salah seorang anaknya ketika mahu mencium hajarul aswad.
Biarpun keadaanya sangat menakutkan kerana dia juga turut menjadi mangsa ditarik tudung, jubah tetapi sebagai ibu Rita tetap bertindak mempertahankan anaknya daripada menjadi mangsa asakan jemaah lain.
Walaubagaimanapun, Rita tetap bersyukur kerana dia dan anak-anaknya berjaya mengharungi dugaan itu dan menjadi satu pengalaman tidak dapat dilupakan sebagai ibu dan ayah kepada kedua-duanya.
Pelakon tinggi lampai ini juga sangat bersyukur kerana ada Allah untuk membantu dia mengharungi semua dugaan.
Ternyata perkongsian Rita ini turut mengundang rasa sedih di kalangan warganet. Ramai yang terharu dengan semangatnya dan mendoakan agar kebahagiaan Allah terus bersama mereka sekeluarga.
cik_yikin Touching lak bca.. momy dia kuat sbb tu anak2 pn kuat.. Syukur alhamdulillah Rzki anak beranak.. Smga d permudahkan urusan momy skluarga
nhhdy semoga satu hari nanti sy dpt jadi kuat macam kak rita n boleh bawak anak sy di depan kaabah
aziela_295 Smoga kebahagiaan Allah pd kamu Rita, beruntung ank ² kamu dpt mommy mcm kamu…
cikredjamboo Ya Allah sebak sungguh baca moga Allah permudahkan urusan sis dan anak2 disana. Moga satu hari Allah bagi kami peluang merasai sendiri pengalaman disana jua. Aamiin.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM RITA RUDAINI