‘Walaupun Tutup Aurat Sempurna, Elak Post Gambar Di Media Sosial.’ Tak Salah, Tapi Banyak Datangkan Fitnah

Share

‘Walaupun tutup aurat sempurna, elak post gambar di media sosial.’ Tak salah, tapi banyak datangkan fitnah bila ramai mata-mata lelaki yang bukan mahram memandang.

Kebiasaannya di dunia nyata, memang seorang gadis atau wanita tak selesa bila ada lelaki memandang, tetapi di media sosial sengaja pula berkongsi gambar posing-posing yang menarik perhatian lelaki.

Artikel Berkaitan: Tak Salah Berbeza Agama. ‘Berpeluk Cium, Tak Tutup Aurat Secara Terbuka Itu Membimbangkan’

Walaupun Tutup Aurat Sempurna

Kongsi Ustaz Adnin,

@tarbiahsentapofficial teguran ini tidak khusus kepada perempuan, tetapi juga untuk lelaki. Tanamkan sifat malu kerana itu yang membezakan diri kita ada iman dan takwa. #ustazadnin
#tarbiahsentap #tiktokguru ♬ original sound – Tarbiah Sentap

Lagi satu saya nak tanyalah kepada perempuan perempuan sekalian. Kalau korang tengah berjalan, tiba tiba ada laki pandang korang lama-lama.

Apa korang rasa? Seram tahu tak… Tak selesa betul tak?

Elak Post Gambar Di Media Sosial

Orang yang ada iman,
Perempuan yang ada iman,
Dia tak akan suka bila lelaki pandang-pandang dia. Lagi-lagi strangers.

Tapi kenapa korang tak boleh terapkan perasaan tersebut, sama seperti mana bila kalian post gambar di media sosial.

Lepas itu banyak lelaki yang like, malah banyak juga lelaki-lelaki yang komen, kalian tak rasa pelik ke?

Tak rasa malu ke? Atau kalian rasa selesa dengan benda tu?
Padahal bila anda upload gambar dekat media sosial, lagilah lelaki berpeluang nak pandang kalian lama-lama.

Baca Di Sini: 

Asbab Doa Anak, Wanita Sebak Kongsi Pengalaman. Dulu Seksi Kini Tutup Aurat Mengikut Syariat

Berhenti Like Gambar Tak Tutup Aurat! UAI Jelas Mulanya Dosa Kecil Tapi Dosa Akan Terus Bertambah

Isteri Tak Tutup Aurat Akibatnya Suami Tak Dipandang Allah

Tak Salah

Macam mana anda boleh selesa dengan benda tu? Saya tak kata salah secara mutlak. Tapi benda ni sangat sangat boleh mendatangkan fitnah.

Sebab itulah nasihat saya, kepada wanita sekalian yang lebih dekat dengan takwa, elakkan post gambar di media sosial walaupun menutup aurat sempurna.

Tapi Banyak Datangkan Fitnah

Kalau nak post juga, privatekan Instagram anda untuk perempuan saja tengok. Yes, susah mujahadah. Sebab antara nafsu perempuan adalah ingin dipuji.

Tapi inilah kalau mujahadah…. inilah jalan ke syurga, maka saya doakan moga korang semua diberikan kekuatan. Insyallah, wallahualam.

Kashoorga : Sukar untuk dilakukan, namun insyallah jika kekal berusaha, Allah akan permudahkan.

Sumber : TikTok tarbiahsentapofficial

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat