‘Wang masih belum dikembalikan.’ Rugi RM600K, hasrat 80 bakal jemaah umrah tidak kesampaian. Tiada kata selain perkataan “sabar’ yang terluah.
Namun perkara yang berlaku sudah tentu membuatkan mangsa-mangsa travel agency ini kecewa kerana impian untuk menunaikan umrah tidak kesampaian.
Bayangkan bukan semuanya orang senang, kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan akhirnya perkara ini pula berlaku. Allahuakbar! Berat sungguh ujian.
Hasrat lebih 80 individu untuk menunaikan ibadah umrah pada Disember tahun lalu tidak kesampaian, apabila ditipu sebuah agensi pelancongan.
Lebih menyedihkan, mereka mengalami kerugian lebih RM600,000 susulan bayaran penuh sudah dibuat sejak Oktober tahun lalu, namun sehingga kini wang bakal jemaah tidak dikembalikan.
Mangsa, Noraini Pauzi, 50, dari Machang berkata, dia sepatutnya menunaikan umrah bersama anaknya dan sudah membayar sebanyak RM15,200 memandangkan pakej setiap seorang adalah RM7,600.
Ads
Rugi RM600K
“Kami sepatutnya berlepas pada 14 Disember tahun lalu namun seminggu sebelum berlepas, kami dimaklumkan oleh agensi berkenaan, umrah kami ditangguhkan susulan ketika itu berlangsung Piala Dunia di Qatar.
“Kami kemudiannya dijanjikan akan berlepas pada Februari, namun sekali lagi gagal kerana memaklumkan terdapat masalah di Makkah, sebelum dijanjikan penerbangan seterusnya pada Mac.
“Namun, janji tinggal janji dan hasrat kami untuk menunaikan umrah tidak kesampaian. Apabila kami mendesak untuk mendapatkan semula wang kami, pelbagai alasan diberikan dan sehingga kini masih masih menunggu wang dikembalikan,” katanya.
Hasrat 80 Orang
Noraini menjelaskan perkara tersebut selepas membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, di sini, hari ini, yang turut disertai lebih 20 bakal jemaah yang lain.
Seperti mana orang lain, dia juga begitu teruja untuk menunaikan umrah memandangkan pertama kali mahu menunaikan ibadat berkenaan, namun akhirnya kecewa dengan insiden yang berlaku ini.
“Justeru, kami berharap wang kami dikembalikan semula kerana kami bukan orang senang. Itu duit hasil kerja keras kami untuk menunaikan umrah.
Ads
“Saya juga bertanyakan agensi pelancongan lain, mereka tidak berdepan sebarang masalah pun membawa jemaah umrah, namun agensi pelancongan kami memberi pelbagai alasan,” katanya.
Bakal Jemaah Umrah
Mangsa, Hasliliwani Ab Ghani, 37, turut meluahkan rasa kecewa apabila hasrat dia bersama kakak serta abang untuk menunaikan ibadah umrah tidak kesampaian.
“Lebih menyedihkan duit yang kami gunakan adalah duit arwah ibu kerana sebelum ibu meninggal dunia, dia berhasrat membawa kami adik-beradik menunaikan umrah, namun tidak kesampaian.
“Justeru, kami menggunakan duit peninggalan arwah ibu untuk menunaikan umrah, namun tidak menyangka akhirnya kami ditipu agensi pelancongan.
“Sudah beberapa kali kami cuba berunding untuk mendapatkan semula duit, namun gagal dan berharap nasib kami terbela selepas membuat laporan polis,” katanya.
Ads
Tidak Kesampaian
Azra Zahari, 43, yang turut tampil membuat laporan polis bagi pihak kedua ibu bapanya menggesa agensi pelancongan itu mengembalikan semula wang mereka.
“Ini kami pertama mak ayah saya mahu menunaikan umrah. Majlis doa selamat dan solat hajat juga sudah diadakan sebelum ini, namun sehingga kini mak ayah gagal menunaikan umrah.
“Disebabkan itu mak ayah saya jadi malu dengan penduduk kampung sehinggakan segan untuk pergi ke surau,” katanya.
‘Bila bercerita, suami perlekeh anggap lembik.’ Lama-lama isteri tawar hati, jadi pendiam dan sudah malas hendak meluah pada suami.
Wanita memang suka bercakap, bercerita dan meluahkan. Namun jika diabaikan bila setiap kali dia meluah itu dan ini, pasti lama-lama dia tawar hati untuk berkongsi rasa dengan suami. Dia lebih rela menyimpan dalam hati daripada meluahkan.
Kongsi Azlan Noor, fitrah isteri suka bercerita. Orang perempuan ini, fitrah kejadian dia suka bercerita, suka meluahkan. Bila sudah jadi isteri, jadi ibu pun tetap sama.
Namun semua itu berubah apabila setiap kali luahan, cerita dan isi hati mereka tak didengari.
Terutama ketika sedang berperang dengan emosi sebab kepenatan nak menjaga anak kecil, hendak urus atur rumah tangga, nak jaga keperluan suami. Boleh burnout mental dan fizikal.
Kerana bagi mereka, bercerita dan meluahkan adalah terapi untuk melepaskan serabut dalam otak dan jiwa.
Suami Perlekeh Anggap Lembik
Jika setiap kali meluah isi hati, setiap kali itulah tak dipeduli, tak didengari, tak dianggap penting, malah diperlekeh sebagai lembik, cepat melatah, tak penyabar. Padahal yang mereka perlukan hanya ingin suami ada di sisi, tempat bersandar melepaskan lelah diri.
Jika itu berterusan, lihatlah perubahan besar berlaku kepada mereka.
Tiada lagi cerita.
Tidak ada lagi ceria.
Tiada lagi kata-kata.
Tidak ada lagi gelak ketawa.
Tiada lagi rasa.
Yang ada hanya air mata. Mengalir akibat tak tertahan memendam jiwa.
Lama-Lama Isteri Tawar Hati
Masa tu yang jadi penguat jiwa hanya kehadiran anak-anak. Yang jadi sumber kekuatan adalah kebahagiaan anak-anak. Yang jadi ubat kesakitan hati adalah kasih sayang anak-anak.
Biarlah diri terseksa.
Dan biarlah diri merana.
Biarlah diri kecewa.
Serta biarlah diri dipersia.
Mereka tetap bertahan. Hanya disebabkan anak-anak, bukan lagi sebab ikatan suami isteri. Perasaan dan hati mereka sudah tawar.
Tawar sehingga tiada apa lagi diharapkan.
Kerana tiada lagi kasih.
Dan kerana tiada lagi sayang.
Kerana tiada lagi hadir.
Hadir seorang lelaki….
Bernama suami..
Kashoorga : Dalam rumah tangga ini, kedua-dua pihak baik suami atau isteri perlu mendengar antara satu sama lain barulah saling memahami.
Kita masih berada di bulan Syawal. Ada sudah memulakan puasa enam sunat Syawal bagi mengambil keberkatannya. Dan sudah pastinya ramai yang merindui solat sunat tarawih yang hanya hadir ketika Ramadhan.
Dalam pada itu, pendakwah terkenal, Dr Ahmad Sanusi berkongsi ilmu akan kelebihan solat sunat empat rakaat selepas Isyak yang mungkin jarang kita sedar ganjaran pahalanya sedangkan sesiapa yang melakukannya, ia seolah memperoleh ladang pahala yang sangat besar.
Baca perkongsian Dr Ahmad Sanusi kelebihan solat sunat selepas Isyak ini.
Sepanjang Ramadan dahulu, kita bersemangat menunaikan Solat Tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat. Alangkah sayangnya andai kekuatan ini dilenyapkan selepas berlalunya Ramadan. Barangkali kita boleh menggantikan kekuatan menunaikan Solat Tarawih kita dengan Solat Sunat Empat Rakaat selepas Isya. Ini kerana Rasulullah dikatakan sering melakukannya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Saidina Ibn Abbas ada menceritakan bagaimana Rasulullah setelah selesai menunaikan solat isya’ akan pulang ke rumah dan menunaikan solat sunat 4 rakaat. Kata beliau:
“Tidaklah Rasulullah itu menunaikan solat isya melainkan Baginda akan pulang ke rumahku dan menunaikan solat sunat empat atau enam rakaat.” (HR Abu Daud)
Lebih luar biasa lagi Saidina Abdullah bin Mas’ud menganggap Solat Sunat Empat Rakaat selepas Isya ini mempunyai ganjaran yang sangat besar seperti ganjaran Lailatul Qadar. Kata Saidina Abdullah bin Mas’ud:
“Barangsiapa menunaikan solat sunat selepas isya sebanyak empat rakaat dengan satu salam, maka pahalanya seumpama pahala Lailatul Qadar. (Athar diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah).
Bagaimana menunaikannya? Berdasarkan kenyataan Abdullah bin Mas'ud di atas, solat ini dilaksanakan dengan empat rakaat dengan satu salam. Manakala dalam hadis Ibn Abbas pula, Rasulullah mendidik sahabat menunaikannya secara dua rakaat-dua rakaat dengan bacaan surah al-Kafirun + al-Ikhlas dan al-Sajadah + al-Mulk. (HR al-Tabrani – dinilai daif)
Solat sunat empat rakaat ini adalah tambahan dari solat sunat rawatib. Ini kerana hadis mengenai solat sunat rawatib yang diriwayatkan oleh Ibn Umar hanya menyebutkan dua rakaat selepas isyak. Empat rakaat ini seakan-akan tambahan dari dua rakaat tersebut.
Oleh yang demikian, sekiranya kita masih mempunyai kekuatan Tarawih seperti dalam Ramadan yang lalu, teruskan dengan menunaikan solat sunat selepas isya’ sebanyak 4 rakaat.
Semoga Allah membimbing kita. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bila diuji dengan kehilangan kedua ibu bapa, hanya mereka yang pernah mengalaminya merasai rasa sunyi tersebut. Ia ibarat kita kehilangan syurga dunia yang menjadi tempat kita bermanja dan berkasih sayang. Namun dalam memastikan ibu bapa memperoleh pahala berterusan selepas ketiadaan mereka di dunia, Rasulullah mengajarkan kita agar bersedekah air minuman. Ini sebabnya.
Dalam sebuah hadith dari Sa’ad bin ‘Ubadah radhiallahu’anhu, ia berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal. Bolehkah saya bersedekah atas nama beliau?”
RasulullahSAW menjawab, “Boleh”.
Sa’ad bertanya lagi, “Sedekah apa yang paling utama, wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab, “Sedekah berupa air minum” (HR. An Nasa’i no.3666).
Dalam satu riwayat lain, “Al Hasan Al Bashri mengatakan: itulah latar belakang adanya pengairan air dari Alu Sa’ad (keluarga Sa’ad bin ‘Ubadah dan keturunannya) di Madinah.” (HR. Ahmad no.22459)
Jadi bersandarkan hadith tersebut, tidak hairanlah mengapa orang Arab suka bersedekah air minuman banyak banyak pewakaf mewakafkan pengairan di beberpaa buah negara. Ini kerana terdapat keutamaan besar sedekah berupa air.
Malah air juga menjadi keutamaan utama dalam kehidupan manusia. Malah bersedekahnya juga memberi manfaat yang cukup besar bagi manusia.
Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu’anhu, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Ibnu Hibban dalam Al Majruhin [2/1], Ath Thabrani dalam Al Ausath [5787]. Dihasankan Al Albani dalam Shahih Al Jami’ no.3289).
Malah kita pasti pernah ingat kisah seorang pelacur yang masuk syurga hanya kerana memberi anjing air minuman (hanya memberi air kepada anjing masuk syurga).
Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, bahwa Rasullah SAW bersabda,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " غُفِرَ لاِمْرَأَةٍ مُومِسَةٍ مَرَّتْ بِكَلْبٍ عَلَى رَأْسِ رَكِيٍّ يَلْهَثُ، قَالَ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ، فَنَزَعَتْ خُفَّهَا، فَأَوْثَقَتْهُ بِخِمَارِهَا، فَنَزَعَتْ لَهُ مِنَ الْمَاءِ، فَغُفِرَ لَهَا بِذَلِكَ ".
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Seorang wanita pelacur diampuni oleh Allah. Wanita itu lalu berhampiran seekor anjing di sebuah perigi. Anjing itu hampir mati kerana kelaparan. Lalu wanita itu menanggalkan seliparnya, kemudian mengikatnya dengan tudung kepalanya, lalu mengambil air untuk anjing tersebut. Wanita itu diampuni kerana hal tersebut. (Sahih al-Bukhari, Kitab Bad'i al-Khalqi, Bab Iza Waqa'a az-Zubab Fi Syarab…, hadis no: 3321].
Syeikh Musthafa Al ‘Adawi hafizhahullah menjelaskan,
“Dan di antara sedekah jariah yang paling utama adalah memberi sedekah air minum. Tidakkah anda melihat bahawa penghuni neraka meminta minuman kepada penghuni syurga. Mereka (penghuni neraka) mengatakan: ‘Berikanlah kami curahan air kepada kami, atau apa saja yang Allah berikan kepada kalian” (QS. Al A’raf: 50).
Oleh kerana itu perbanyakanlah sedekah berupa air. Baik berupa air minuman, pengairan sawah, ladang dan seumpamanya kerana ia sebaik-baik sedekah.
Sumber: MUSLIMAH
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...