
Antara solat yang paling popular ditinggalkan pada hari perkahwinan adalah solat zohor. Fenomena ini dapat dilihat berlaku di mana-mana sahaja, malahan ada di kalangan sanak-saudara sendiri yang meninggalkan solat pada hari pertama memikul amanah sebagai seorang suami/isteri. Sudah tentu ia situasi yang amat menyedihkan.
Masalah akan lebih banyak dihadapi oleh pengantin perempuan kerana perlu bermekap. Kebiasaannya waktu majlis bermula antara jam 11 – 12 pagi hingga 4 – 5 petang. Bagi pengantin perempuan, mak andam akan tiba pada jam lebih kurang 10 pagi untuk memulakan sesi menyolek. Takkan masuk waktu zohor, nak tanggalkan solekan, lepas solat nak solek balik? Leceh la kan?
Kalau ada pun pengantin yang sempat solat zohor malangnya sudah di akhir-akhir waktu. Apakah kita akan terus membiarkan fenomena ini berlaku pada diri kita (pada yang masih bujang) atau berleluasa di kalangan keluarga dan teman-teman? Sudah tentu tidak bukan?
Berikut tip berguna untuk bakal pengantin baru.
Tip untuk pengantin, yang tak nak solat zuhur di akhir waktu dan tak nak makeup 2, 3 kali
1) Pakai fullglove.
Bukan yang jejaring ala-ala pwinsess tu taw, tapi yang full cover macam kak long pakai dalam gambar ni.
2) Ambik wudhu’ siap-siap sebelum makeup.
3) Jangan kentut!
Kalau awak buat no 3 ni, memang no 1 dengan 2 dah tak berguna lah
Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri.
Kak long tak pasti setiap pengantin akan salam pasangan ke tak mase rombongan pengantin lelaki datang, tapi kak long salam. Actually, sebab blur tak tau nak buat apa. Haha.

Takkan nak terus berdiri sebelah dia, segan ooiii.
Disebabkan kak long berniqab, bila salam tu hidung jadi berlapik lah, so wudhu selamattt. Sebab dahi pun tak kena.
Pengakirannya, Zuhur pun tak delayyy. Tu yang paling penting.
Thank you husband, NorTaufiq Ishaq yang bagi idea full glove tu.
Sumber kredit: FB: Annisa Soleha-Niqab
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jangan Menjandakan Isteri Sendiri Semata-mata Nak Kawin Dengan Janda Yang Lain

Isi Kandungan
ToggleTiada manusia yang sempurna. Setiap manusia ada kekurangan masing-masing. Tidak perlulah terus-terusan mencari yang sempurna kerana sampai bila-bila pun kita tidak akan berjumpa dengan insan yang sempurna.
Dalam rumah tangga, suami dan isteri itu saling memerlukan. Suami melengkapkan isteri manakala isteri melengkapkan apa yang kurang pada suami. Itulah sebenarnya tujuan sesebuah perkahwinan. Jika kesempurnaan yang dicari maka sampai bila-bila pun kita tidak menemui kesempurnaan yang diimpi-impikan.
Berikut perkongsian Mizan Dzai tentang mengapa dalam rumah tangga perlu ada toleransi kerana suami dan isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain.
BENDA BOLEH BAIKI JANGAN DIGANTI
Ada isteri lembut bicara menyambut suami di depan pintu sambil menunggu kucupan di dahi tapi masak air pun boleh kering, sudahnya bungkus tomyam dan kailan ikan masin di kedai Kak Yah Utara.
Ada isteri yang garang bak singa tapi setiap kali memasak mulut terkumat-kamit membaca selawat dan doa agar rumahtangga bahagia melalui kesedapan masakannya.
Ada isteri pandai melawa, segak bergaya sendat berbalut nangka tapi bila bab melayan suami, bukan main payah sampai nak kena suami mengamuk baru nak dengar kata.
Ada isteri sekadar cukup muka berpelembab dan pencuci tapi hidup di dunia dan akhiratnya demi redha suami, setiap nafas, bangun dan tidurnya hanya buat syurga yang kekal abadi.
TAK SEMPURNA
Sebab itu kita yang lelaki dan suami ni jangan la tak sudah-sudah pandang orang lain yang kononnya lebih baik dari isteri di sisi. Takkan pernah habis kalau nak dicarinya kekurangan isteri.
Kereta rosak pandai baiki. Kereta dah lama pandai pula dimodifikasi tapi isteri gemuk lonyot sana sini terus dicari ganti. Tuan puan, ini kita panggil bangang abadi.
Suami, sesekali rajinkan diri jenguk cermin kat rumah tu. Entah-entah kita punya kekurangan lagi banyak dari isteri. Silap-silap isteri yang banyak berkorban sepanjang hidup bagai hamba abdi.
Ini tidak, nampak bini orang lain lawa, dijelingnya si isteri.
Nampak bini orang lain manja, dibanding-bandingkannya dengan si isteri.
Nampak bini orang lain ada bisnes atau kerjaya masyuk bergaji, dikutuk-kutuknya isteri sendiri.
Nampak bini orang lain sempurna serba serbi, gatal juga kepala nak berpoligami kononnya melengkapi kekurangan si isteri.
LAYAKKAH NAK BERPOLIGAMI
Dalam sedar atau tidak, ramai sebenarnya cemburukan kehidupan yang kita miliki. Sebab tu kena banyakkan bersyukur, hargai apa yang sudah tentunya jelas depan mata sendiri.
Kita yang lelaki ni kalau nak berpoligami tapi keluarga sedia ada pun masih porak peranda, isteri pun kita tak pernah ajak solat bersama, isteri bahagia atau pun tidak sepanjang bernikah pun tak pernah kita bertanya, tak usah la.
Poligami itu tak salah, yang selalunya salah adalah cara yang kita guna pakai untuk ke arah berpoligami. Perhalusilah poligami itu sebaiknya, bukan semata-mata mampu kewangan, mampu kebatinan.
Nak mengurat pengganti atau madu buat isteri, tunjuklah kita hebat bukannya sebat semua kebodohan dunia dengan menceritakan aib dan keburukan isteri. Bukan dengan meletakkan semua kesalahan pada isteri sebagai lesen untuk kita berpoligami.
Kalaupun dah tak sayang dah tak cinta, sampaikanlah niat pada walinya. In shaa Allah bapa, abang atau saudara lelakinya akan bawa dia pulang ke rumah keluarga.

JADILAH LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB
Bukannya diseksa dengan menyakiti hati atau batang tubuhnya. Be a gentleman. Lelaki yang kuat adalah lelaki yang mampu menahan talak atau perasaan marah pada isterinya.
Lelaki yang sabar pula ialah lelaki yang mampu mendidik dan membentuk isterinya manakala lelaki yang rugi adalah lelaki yang menjandakan isteri mereka untuk janda pilihannya.
Sabar, baik isteri mahupun suami.
Jadilah pasangan yang kuat menghadapi dugaan hidup dalam menjalani bahtera cinta sejati. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak lelaki kita kagumi. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak perempuan kita kahwini nanti.
Tidak pernah wujud isteri yang sempurna, apatah lagi suami yang cukup segalanya. Jangan dibuka ruang buat haiwan yakni pihak ketiga yang menunggu saat dan detik untuk menyondol rumahtangga kita.
Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.
Selami serta hayati makna sebuah perkahwinan, iaitu saling bertoleransi dan melengkapi bukannya sesukahati mencari pengganti.
Sumber kredit: Mizan Dzai
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Aturan Allah Itu Sangat Indah, Lepas 1 Bulan Kenal, Terus Kahwin” – Kaabah Saksi Cinta Da’i Farhan & Isteri

Hangat dan viral minggu ini kisah perkahwinan kedua Pendakwah Bebas, Dai’ Farhan dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai lapan orang anak.
Kalau diikutkan hukum, perkahwinan kedua Da’i Farhan ini memang sah hukumnya di sisi Islam, cuma yang menjadi kemarahan warganet apabila beliau dikatakan menceraikan isteri pertama yang sedang mengandung dengan alasan nusyuz.
Kisah perkahwinan Da’i ini yang dikatakan mengahwini ibu tunggal digelar ‘wanita Kaabah’ ini memang sangat viral hinggakan ada kata-kata dari pendakwah ini dijadikan troll dalam kalangan warganet.
Biarpun menerima kecaman sangat hebat di media sosial, bagi pendakwah yang menjadi Juara Da’i Pendakwah Milenia 2014, anjuran TV3 ini, beliau menerima setiap dugaan itu dengan berlapang dada. Malah menganggap jodoh itu adalah aturan yang telah ditetapkan oleh Allah padanya.
Dalam satu temubual secara langsung di Program Bual Bicara Mingguan Wanita, Da’i Farhan sangat positif menerima segala kecaman dilemparkan padanya.
Dengan wajah yang tenang disulami senyuman serta kata-kata lembut, beliau menceritakan detik perkenalan bersama isteri tercinta.
Menurut Da’i Farhan, setiap bulan memang dia akan membawa jemaah untuk menunaikan umrah. Kehidupannya juga sangat berkait dengan tanah suci. Jadi pertemuan dengan isterinya ini juga berlaku di Tanah Suci.
“Ramai yang bertanya sebelum itu, tetapi hati belum terbuka. Maknanya di sisi Allah ini tiada jodoh. Kalau betul saya nak menggatal, boleh pilih sesiapa sahaja untuk dijadikan isteri.
“Tetapi untuk kali ni Allah kenalkan isteri saya ini di Tanah Suci, di sisi Kaabah. Perkenalan kami bermula di Mekah dan setelah sebulan saling mengenali, barulah mengambil keputusan untuk berkahwin juga di Tanah Suci Mekah.
“Bagi saya aturan Allah ini cukup indah. Keindahan itulah yang buat saya terima walaupun menerima kecaman dari pelbagai pihak. Bagi saya senang, biarlah kita harapkan pandangan serta kasih sayang Allah pada diri kita,” ujarnya yang turut memberitahu keinginannya untuk berkahwin lagi kepada keluarga, terutama isterinya.
Tambahnya untuk membuat ibadah seperti berkahwin ini nombor satu adalah kejujuran. Memang ada keluarga yang terima dan ada juga yang menentang.
Malah isterinya juga turut mengambil masa dan istiqamah sebelum ambil keputusan menerima apa yang akan dilakukannya.
“Dari Tanah Suci lagi saya suda fikir betul-betul keputusan untuk berkahwin lagi. Kita nak buat benda baik kenapa nak takut dan tak perlu sorok-sorok.
“Pada mulanya isteri menerima, tetapi bila ada pihak lain yang membat keputusan menyebabkan segala yang dirancang habis porak peranda.
“Saya juga sebelum ambil keputusan ini, merujuk pada pihak tertentu. Oleh kerana kerap ke Mekah, jadi ada beberapa orang guru yang saya dapatkan pandangan sebaiknya sebelum menikahi isteri sekarang,” jelasnya lagi yang mengakui kehidupannya kini cukup bahagia.
Bagi Da’i Farhan juga ada hikmah tertentu bila seseorang itu menikahi janda atau ibu tunggal.

Beliau juga merujuk kepada Sirah Nabi Muhammad SAW yang menikahi isteri-isteri Baginda yang juga janda kecuali Saidatina Aisyah r.a.
Menurut Farhan lagi, Nabi memilih janda kerana ingin memberikan kebahagiaan kepada wanita yang telah kehilangan suami dan anak-anak yang kehilangan ayah.
Jika sebelum ini anak-anak tidak mendapat belaian kasih sayang seorang ayah dan mereka sudahpun mendapatnya.
Menurutnya, lapan orang anak-anak tirinya begitu ‘welcome’ dirinya dalam kehidupan mereka. Ternyata mereka juga boleh menerima kehadiran ‘papa’ baru dalam kehidupan mereka.
“Buat masa sekarang, apa yang saya ingin nasihatkan agar jangan ada pihak di luar sana mengambil kesempatan. Jangan api-apikan dan menuang minyak atas kejadian yang berlaku.
“Sebenarnya segalanya nampak mudah dipermulaan tetapi mungkin ini takdir yang telah ditentukan olehNya kepada saya. Jadi saya reda. Fitnah ini ibarat angin ribut yang menerbangkan dosa-dosa saya,” ujarnya sebelum mengakhiri temu bual berkenaan.

Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Rasullullah SAW Yang Confirm Masuk Syurga Pun Tolong Isteri Inikan Pula Suami Yang ‘Biasa-biasa’

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami.
Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, di mana suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Begitulah betapa ‘beratnya’ tanggungjawab seorang lelaki bergelar suami.
Perkongsian Mim Alif Mim Yaa begitu menyentuh hati.
Balik kerja..
naik motor dekat sejam..
Lalu hiway Duta..Duke..
Sampai rumah..
Bukak helmet..
Peluk anak-anak bini..
Minum teh o suam seteguk dua..
Terus capai parcel..
Gi Poslaju..
Ambik anak-anak sekolah..
Cod barang di area berhampiran..
Singgah kedai beli barang keperluan…
Wajib gembirakan anak-anak even dengan sebatang aiskrim..
Balik rumah..
Tak pernah tengok dia relax main fon lepak macam Firaun atas sofa sambil makan nenas.
Suruh itu suruh ni ..
tak pernah.
Kalau Mami tak masak..
Dia yang masak.
Kalau Mami tak lipat baju..
Dia yang lipat baju..
Rumah bersepah..dia cepat-cepat ambik penyapu dan sapu.
Basuh baju dan iron baju memang tugas dia.
Sampai Mami pernah cakap..
Tak payahlah basuh..biar Mami yang buat.
Dia jawab..
“kalau semua Mami buat…Apa je pahala sunnah yang Papa dapat..dah semua Mami buat
Rasulullah yang kompom masuk syurga pun tolong isteri..
Papa yang ntah siapa-siapa ni…tak tolong..malunya…”
Dia cuba mudahkan urusan.
Tau Mami tak suka dan tak sempat sidai baju..
dibelikan dryer..
Mami tak sihat..
Dia take over semua tugas Mami.
Tak pernah dengar lagi dia mengeluh penat &
Persoal kenapa Mami tak buat itu ini.
Tinggi suara?
Hampir 11 tahun jadi isteri tak pernah dengar lagi dia tinggi suara dalam rumah.
Saat Mami sedih..sakit…jatuh..
Dia sentiasa bagi semangat.
Ingat saat Mami mula-mula diberitahu doktor ada breast cancer..
Apa ikhtiar dia tak buat.
Habis di google semua tempat yang boleh merawat.
Apa makanan untuk rawat sakit tu..semua dicari.
Apa ubat untuk sakit tu semua dibeli.
Dia yang sujud lama..
Dia yang nangis dalam doa..
Dia yang bangun malam..
Bukan Mami.
Mami masa tu masih belum waras.
Masih tak dapat terima qadar Tuhan.
Alhamdulillah..
Allah angkat kanser..
Allah bagi chronic breast tumour.
Allah jentik kami..
Kami jadi makin rapat..
Makin dekat..
Makin kuat..
Even Mami berniaga ..
Tak pernah lagi ambik kesempatan & culas bagi nafkah malah dibaginya lebih.
Katanya sejak Mami duduk rumah jaga anak-anak…
Rezekinya makin bertambah-tambah.
Tak pernah berkira sepanjang hampir 19 tahun kami kenal..
Dialah yang lunaskan semua hutang piutang Mami sebelum ni..hanya dengan gaji bekerja kilang?
Dari dulu mula kahwin hingga sekarang..apa dia nak beli..semua akan tanya pendapat Mami..
Bila Mami cakap “belilah..tu kan duit Papa..”
Dia cakap..”duit Papa..duit kita..
Duit Mami..duit Mami”
Dari pekerja kilang biasa..
Kini Papa jadi supervisor.
Dari bekerja shift..
Kini dah office hour.

Terngiang-ngiang lagi kata-kata seseorang.
Kau nak kawin dengan dia ke dik?
Kerja kilang
Nak bagi kau makan apa?
Aku yakin..
Lelaki yang aku kenal 8 tahun tanpa pernah jumpa..
Dia memang jodoh aku.
Dan..aku yakin..tanpa usaha dan doa….
Siapa pun takkan berjaya.
Solat dia tak pernah tinggal.
Malah di awal waktu.
Di mana-mana.
Solat diutama.
Malu Mami..
Dengan ibu bapa sangat taat.
Bagaimana dia layan ibu bapanya..
Macam tu lah dia layan kami..isteri dan anak-anak.
Bukan nak puji suami..
Bukan nak iklankan suami.
Tapi 1 yang Mami nampak..
Keberkatan hidup apabila kita tahu tanggungjawab terhadap Allah …ibu bapa..isteri, anak-anak, tugas & amanah.
Banyak Mami belajar dari dia..
Terima kasih Allah..
Bagi apa yang aku perlu.
Sumber kredit: Mim Alif Mim Yaa
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI