‘Wanita Cina Terima Anugerah Maulidur Rasul.’ Kasih Tidak Bersempadan, Besarkan Anak Angkat Ikut Ajaran Islam

Share

‘Wanita Cina terima anugerah maulidur rasul.’ Kasih tidak bersempadan, besarkan anak angkat ikut ajaran Islam dan dirinya sentiasa memastikan anak angkatnya tidak lupa untuk amalkan ajaran Islam sepenuhnya.

Malah kasih sayang yang dicurahkan wanita berbangsa Cina, Chee Hoi Lan kepada Rohana Abdullah menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan : ‘Bila Dapat Baby, Keluarga Angkat Jangan Putuskan Hubungan Dengan Ibu Kandung.’ Tak Perlu Tamak, Paranoid

Wanita Cina

Kesungguhan Hoi Lan yang merupakan pesara guru tadika menjaga dan memelihara gadis itu sebagai Muslim sejak dari usianya dua bulan menarik perhatian ramai.

Segalanya bermula apabila Rohana ditinggalkan oleh ibunya yang merupakan seorang pembantu warga Indonesia tempat Hoi Lan pernah bekerja.

Terima Anugerah Maulidur Rasul

Baru-baru ini Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul menerusi kategori ikon ibu sejati-keluarga malaysia.

Wanita berusia 83 tahun dipilih atas jasanya membesarkan Rohana mengikut ajaran Islam.

Menyayangi Rohana sebagai anak sendiri, Hoi Lan berusaha memberikan pendidikan buat anak angkatnya. Wanita berbangsa Tionghua itu berusaha memastikan Rohana itu tidak tercicir dalam mendapatkan pendidikan sebagai orang Islam dengan mendaftarkan Rohana untuk Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).

Kasih Tidak Bersempadan

Membesar tanpa taraf kerakyatan bukan mudah. Rohana dilaporkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai calon swasta selepas terpaksa meninggalkan bangku persekolahan ketika di tingkatan empat.

Kisah Rohana mendapat perhatian perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Gadis berkenaan tidak memiliki kerakyatan telah menerima taraf kewarganegaraan pada April 2022.

Diasuh dengan penuh kasih sayang, gadis itu kini bergelar mahasiswa Diploma Sains Komputer Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Kos pembiayaan pengajian Rohana ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Tun Canselor universiti berkenaan.


Besarkan Anak Angkat

Ketika menjejakkan kaki ke kampus, Rohana berkata ‘laoshi’ (panggilannya untuk Hoi Lan) berpesan agar beliau sentiasa berkelakuan baik, berakhlak murni dan menjaga solat.

“Laoshi pesan jangan lupa pada keluarga, selalu telefon dia dan belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar,” katanya ketika selepas mendaftarkan diri di UTeM baru-baru ini.

Tambahnya, ia adalah kali pertama kali mereka berdua berpisah dalam tempoh yang lama dan akan cuba untuk menyesuaikan diri dalam suasana baharu dikelilingi rakan-rakan pengajian.

Baca Di Sini: 

Mizz Nina Bawa Anak Tunai Umrah. ‘Bagi Pendedahan Awal, Musa Banyak Tonton & Dengar Tentang Ibadat Haji.’

“Allah Izin Rezeki Anak Dengan Jalan Berbeza”- Abby & Suami Dipuji Berjaya Serah Bayi Nak Dibuang Pada Keluarga Angkat Lewat Dinihari

Kisah Guru Ini Tak Pilih Kasih Layan Murid Cina Pendiam & Beri Inspirasi #UninstallHatred Buat Rakyat Malaysia

Ikut Ajaran Islam

“Sebelum ini kami pernah berpisah paling lama seminggu dua sahaja. Ketika itu saya mengikuti aktiviti sekolah.

“Untuk jangka masa lama, dan jarak UTeM pula jauh dari Kuala Lumpur, memang agak berat (berpisah) lagipun Laoshi sudah tua, tak ada sapa yang menjaganya,” katanya.

Rohana berharap dapat mencapai cita-citanya dalam bidang yang digemari sekali gus membalas semula jasa serta pengorbanan ibu angkatnya itu.

Kashoorga : Benarlah kasih sayang dan mengenal bangsa dan agama.

Sumber : Sinar Plus

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Nur Syazwani Mehat