Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak.
Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.
Rangka tulang rusuk itu telah direka khas oleh Allah SWT untuk melindungi dan menjaga jantung dab struktur-struktur di sekitarnya.
Tulang rusuk yang melengkung dan bengkok telah dibentuk untuk fungsinya yang menyembunyikan. Dan seperti tulang rusuk yang melindungi jantung, wanita juga diciptakan untuk melindungi dan menjaga manusia.
RASULULLAH SAW BERSABDA
“BARANGSIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, JANGANLAH DIA MENGGANGU JIRANNYA. DAN BERBUAT BAIKLAH KEPADA WANITA, SEBAB MEREKA DICIPTAKAN DARI TULANG RUSUK DAN TULANG RUSUK YANG PALING BENGKOK ADALAH BAHAGIAN ATASNYA. JIKA ENGKAU CUBA MELURUSKANNYA, MAKA ENGKAU AKAN MEMATAHKANNYA DAN JIKA ENGKAU BIARKAN, IA AKAN TETAP BENGKOK. JADI KERANA ITU, BERBUAT BAIKLAH KEPADA WANITA.” (HR BUKHARI),
Ads
Perbandingan yang dibuat antara wanita dan tulang rusuk adalah peringatan yang indah bahawa wanita diciptakan tak sempurna. Ada hari yang mereka diberi “cuti”, bila emosi mereka tertanggung dan mereka rasa tertekan dengan kerja-kerja harian.
FITRAH WANITA
Tapi semua ini adalah sebahagian dari fitrah wanita, dan wanita diciptakan sesuai dengan peranan mereka sebagai penjaga utama. Emosi wanita membantu mereka untuk jadi isteri dan ibu yang lebih baik, dan emosi itu juga membantu bila logik akal dan tak mampu bersabar.
Sebagai suami, anda perlu faham bahawa isteri anda takkan jadi sama seperti yang anda mahukan. Dia ada caranya sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perkara, yang tak selalunya sama dengan cara yang anda suka. Tapi yakinlah bahawa dia diciptakan cukup sempurna untuk tugasnya dan untuk anda, pasangan hidupnya.
Ads
Nabi Muhamad SAW menasihat kita untuk tidak cuba membaiki “kesalahan” isteri masing-masing atau ubah caranya. Nabi SAW menyarankan supaya kita menerima isteri seadanya dan terima bahawa dia ada banyak sifat yang berlainan dari lelaki.
Ini tak bermaksud bahawa lelaki lebih baik dari wanita atau wanita lebih baik dari lelaki tapi seperti tulang rusuk, lelaki dan wanita telah diciptakan sempurna untuk tujuan masing-masing. Wanita atau lelaki takkan lengkap tanpa satu sama lain. Mana isteri lemah, suaminya kuatkan. Mana suaminya kurang, isterinya lebih.
ISTERI ITU NIKMAT UNTUK SUAMI
Ads
Rasulullah SAW menyifatkan manusia seperti gelas yang halus, yang seharusnya dijaga dengan cinta dan kasih sayang. Isteri adalah salah satu nikmat dari Allah SWT, pasangan untuk anda sama-sama cari ketenangan.
Oleh itu, jangan berkeras dengan isteri anda. Terima perbezaanya sebagai fitrah dan ingat bahawa sifat-sifatnya inilah yang buat dia sempurna untuk tugasnya.
Jangan paksa dia ikut kehendak anda kerana wanita susah menerima kata-kata kesar dan arahan. Mereka lebih mudah membalas kebaikan dan kasih sayang.
Cuba sehabis baik untuk lupakan kesalahan dia yang nampak di mata anda, dan fokus kepada kebaikannya.
Paling penting, kasihani dia kerana bila anda cuba “meluruskan” dia, sama seperti tulang rusuk, ia akan patah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bukti kebesaran Allah, ruang solat imam kekal bersih walaupun surau tenggelam banjir. Ternyata kejadian bencana alam terutamanya banjir yang melanda Pantai Timur bukan hanya semata-mata Allah mahu menguji umatnya.
Tetapi dalam masa yang sama, Allah menghantar musibah ini sebagai tanda bukti kekuasaannya supaya manusia faham dan sedar akan kebesarannya dalam menguasai alam semesta.
Baru-baru ini tular, menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna @yahibrahimkhan di laman TikToknya, ketika dia membersihkan bahagian dalam surau di Padang Kubu selepas ditenggalami air banjir sepenuhnya pada 18 Disember.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah bukti kebesaran Allah apabila tempat solat imam kekal bersih tanpa sebarang lumpur. Allahuakbar, Allah Maha Besar.
“Allahurabbi hebat aturan Allah, sikit pun tempat solat imam tak kena selut padahal kawasan ini 100 peratus masuk air dan berselut.
“Pasukan kakak mengaji bersama-sama membersihkan kawasan surau Padang Kubu selepas dilanda banjir besar pada 18 Disember 2022,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Ruang Solat Imam Kekal Bersih
Malahan situasi ini mencetuskan pelbagai reaksi warganet antaranya,
Hidayah Hamzah Faunder
Hebat kekuasaan Allah…
SSB 92
Itu tandanya Dia memberi peringatan kepada kita supaya jangan lalai… Sebab kasih sayangnya tak terhingga.
Mr Utaqa
Dalam kita tak sedar, Allah cuba buktikan bahawa tiada yan g berkuasa dari-Nya. Cuma kita seba gai manusia ini saja belum sedar dan alpa dengan dunia yang fana ini.
Dalam masa yang sama, menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum mereka apabila melihat bukti kepada kebesaran Allah ini. Malahan ada segelintir mereka berkongsi pengalaman.
Ujarnya, dia pernah melalui pengalaman melihat kitab suci Al-Quran di rumah mereka tidak terjejas sedangkan perabot dan harta benda yang lain mengalami kerosakan yang teruk akibat ditenggelami air banjir.
Malah, ada juga individu yang tidak percaya kejadian tersebut dan menuduh pemilik video terbabit meletakkan sejadah tersebut sebaik sahaja surau itu dibersihkan.
Namun begitu, pemilik video terbabit menegaskan insan yang melakukan kerja pembersihan pada ketika itu tidak melakukan perkara tersebut memandangkan kawasan disekeliling sejadah dipenuhi lumpur yang agak tebal.
Kashoorga : Tiada yang tidak mungkin jika Allah berkehendak.
Anak, dambaan ibu ayah. Kelahiran yang sangat ditunggu-tunggu. Namun tidak semua anak-anak mampu membesar sihat, menjadi penyejuk jiwa raga ibu ayah kerana Allah sudah menulis takdirnya menjadi penghuni syurga di usia kecil.
Tiada yang mampu mengatasi takdir Allah namun sebagai hambaNya kita redha dengan ujian diberi, tanda keimanan hamba-Nya.
Satu perkongsian dari seorang ibu, Shafinamazani mengenai kisah anak sulung yang juga anak syurganya cukup meruntun hati.
Anaknya, Nur Afeeya Mikayla Muhammad Faisal dilahirkan tanggal 1 Januari lalu (sama tarikh lahir dengan ayahnya) dikesan mengidap Total Intestinal Aganglionosis, iaitu ketiadaan saraf pada usus kecil, usus besar dan perutnya ketika dilahirkan. Kes begini agak luar biasa dan jarang terjadi. Malah ia pertama kali ditemukan dalam kes anaknya dengan 1 peratus kejadian berlaku dalam setiap kelahiran.
Sejak dilahirkan, hingga usianya tiga bulan lebih, anaknya itu duduk di hospital untuk menjalani pelbagai rawatan berikutan tidak mampu minum dan akan kembali memuntahkannya kembali berikutan ketiadaan saraf.
Jelas Shafinamazani, sebagai ibu jiwanya meronta setiap kali mendengar tangisan kelaparan anaknya namun dirinya tidak mampu beri dan tak mampu nak kenyangkan anaknya berikut masalah usus itu.
“Sangat sebak mendengar tangisannya tapi tak mampu beri. Malah dari lahir, anak tidak mampu membuang air besar sebaliknya hanya kecil sahaja. Afeeya pun sudah dua kali menjalani pembedahan di bahagian perutnya. Doktor pakar sahkan seluruh usus kecil, besar dan perut Afeeya tak ada saraf. Anak juga menjalani pelbagai ujian dan rawatan dilakukan oleh sekumpulan pakar sehinggalah minggu lalu doktor memaklumkan sudah tiada harapan lagi.
“Doktor kata jangka hayat anak boleh bertahan sekitar 7 hari sahaja dan minta kami bawa pulang ke rumah. Benar telahannya, 14 hb lalu, sekitar 12 Ramadan, anak ke syurga indahnya”katanya mengakui agak berat melalui ujian hidup ini namun redha kerana tahu anaknya sedang bergembira di taman-taman syurga.
‘Ada kotoran pada pakaian, cucilah dulu! jangan tibai terus bawa solat.’ Ini pesan buat wanita berpakaian labuh hingga mencecah lantai.
Tidak dinafikan, wanita digalakkan melabuhkan pakaian, tetapi jangan sampai pakaian yang kita bawa solat terkena najis, jadi tak sah solat nanti.
Namun begitu, bila kita berjalan jauh atau travel, mungkin perkara ini amat remeh jika kita terlalu mengambil berat. Oleh itu, ikuti penjelasan Daei Husna Ghani dan hadam baik-baik apa yang dia sampaikan.
Bila sebut saja perempuan, sebaiknya pakai labuh. Tak kiralah pakai jubah ke, skirt ke, labuhkan skirt daripada buku lali atau pun sebanyak sejengkal daripada tanah supaya tutup elok aurat kaki.
Tapi tak kotor ke? Persoalan ini pasti bermain di fikiran bukan? Mesti terfikir dan risaulah bila kain terkena lopak air atau terseret najis… Iyalah kain itu kan seret lantai…
Sebenarnya, suatu ketika dahulu ada seorang wanita ini dia pergi bertemu dengan Ummu Salamah iaitu isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dia bertanya, “Aku perempuan yang biasa memanjangkan pakaian dan adakalanya aku berjalan di tempat yang kotor.’
Jangan Tibai Terus Bawa Solat
Maka jawab Ummu Salamah, sabda rasulullah s.a.w,
‘Tanah yang berikutnya, menjadi pembersih kepadanya.’ (Al-Muwaththa, No 24/65. Sunan Abu Dawud, No 383. Subab At-Tirmidzi, No 143)
Jadi di sini, dapat dihuraikan bahawa, sekiranya ada jalan kotor yang kita lalui, tanah seterusnya yang kita lalu akan bersihkan kotoran tadi. Tak kiralah najis ataupun kotoran yang kena pada pakaian itu kering ataupun basah.
Ini Pesan Buat Wanita Berpakaian Labuh
Sebab tulah kita ini tak digalakkan cari-cari sangat bahagian yang kotor pada bahagian pakaian bila kita hendak solat. Cukup sekadar pada pandangan umum. Memadai kita periksa pakaian yang dpakai suci dan bersih di mata, maka sudah boleh dibawa solat.
Cara ini juga hendak elakkan kita daripada terlalu was-was. Ada pun kalau memang nampak secara zahir ada najis pada pakaian itu sebelum nak solat, cucilah dulu. Jangan tibai bawa pergi solat pula, tak sah nanti. Begitulah mudahnya Islam.
Kashoorga : Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua. Jangan pula disebabkan sikap was-was kita kita tertinggal solat. Minta dijauhkan.
Ramai dalam kalangan lelaki yang memilih untuk berambut panjang. Tiada masalah tentang hal ini namun perlu diingat ketika solat rambut tersebut sebaiknya dilepaskan dan...