
Tidak susah bagi kita kaum wanita untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin. Malah sebelum tidur juga kita digalakkan untuk melakukan beberapa adab seperti yang dipesan Rasulullah SAW kepada isterinya Aisyah Ummul Mukminin (ra).
Jika kita melakukan amalan-amalan ini akan mengaut ganjaran pahala serta kelebihan yang sangat besar jika melakukannya.
Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah Ummul Mukminin (ra), isteri tercintanya:
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu:
1. Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
3. Sebelum para Muslim meredhaimu.
4. Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW:
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Rasullah SAW tersenyum dan bersabda: “Sebelum engkau tidur (lakukan ini):
1. “Jika engkau akan tidur , membacalah Surah al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
2. “Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
“Subhanallaahi Walhamdulillaahi Walaailaaha Illallaahu Allaahu Akbar ( 3x ).
Semoga kita bersama-sama dapat mengamalkan 4 perkara ini dan memperolehi ganjaran pahala yang dijanjikan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Nabi Muhammad Pernah Disihir, Baginda Ajar Baca 3 Qul Untuk Lindungi Diri Dari Ilmu Hitam

Pendedahan Ustaz Kazim Elias yang dirinya disihir (sihir katak) mencetus simpati orang ramai. Pendakwah ini meminta bantuan orang ramai yang boleh mengubatinya kerana sudah lama menderita.
Sihir bukan wujud pada zaman ini tapi sudah terjadi pada zaman Rasulullah lagi bahkan baginda turut menderita disihir.
Dalam satu riwayat, dikisahkan kekasih Allah ini disihir oleh seorang Yahudi juga munafik bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq.
Peristiwa ini berlaku ketika Nabi SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah. Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu tukang sihir terkena bertujuan melakukan sihir ke atas Baginda.
Apa yang dilakukan ialah dengan bantuan seorang budak Yahudi yang juga khadam Nabi, mereka mencuri sikat rambut Nabi berserta rambut yang ada di sikat itu dan saat itulah Nabi jatuh sakit.
Hal disihir ini kemudian dimaklumkan oleh Malaikat Jibrail pada satu malam kepada Baginda setelah dirinya jatuh sakit.
Lalu Allah utuskan dua orang malaikat datang untuk membantu Nabi ketika Baginda sedang tidur.
Seorang malaikat duduk di kepala manakala seorang lagi di kaki Nabi SAW. Dalam mimpinya, Nabi memaklumkan malaikat memberitahu cara dirinya di sihir (menggunakan rambutnya yang dicuri) dan di mana letaknya barang sihir tersebut.
“Ia diletakkan di kulit mayang kurma, di bawah batu, di dalam sumur Dzarwan kata Malaikat sebelum mengajarkan Baginda surah untuk memutuskan sihir berkenaan.
Nabi Muhammad kemudian menceritakan hal ini kepada Aisyah dan turut memerintahkan Saidina Ali, Saidina Zubir dan Ammar ibnu Yasir pergi ke telaga tersebut untuk mencari barang yang dinyatakan dalam mimpinya itu.
Sesampainya di sana, ketiga-tiga sahabat melihat air telaga yang asalnya jernih kelihatan seperti rendaman daun inai kemerah-merahan darah warnanya, manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan.
Mereka kemudian menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar sebelum menemui bungkusan berikat tersebut lalu. Lalu mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu, seterusnya bungkusan berikat itu diberikan pada Nabi SAW.
Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum.

Nabi kemudian membacakan ‘Surah Mu’awwidataini’(surah perlindungan) iaitu Al Ikhlas, al al-Falaq, dan an-Nas sebelum sihir yang merungkai dirinya tercabut satu persatu.
Dalam pada itu, Aisyah pernah bertanya adakah Baginda ingin menyebarkan hal orang yang menyihirnya kepada umum tetapi jawab Baginda tidak.
“Ya Rasulullah, apakah engkau tidak menyebarkan hal ini?’ Baginda menjawab, ‘tidak. Allah telah menyembuhkanku dan aku tidak ingin menyebabkan keburukan untuk orang lain/ ‘ (HR Bukhari).
Untuk membentengi diri dari disihir, Rasulullah telah mengajarkan tiga surah ringkas yang boleh menjadi benteng perlindungan kita. Ini sesuai dengan surah Al-Isra ayat 82.
Dan Kami turunkan dari Alquran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian.” (QS Al Isra:82).
Caranya cukup mudah, menjelang masuk tidur, Rasulullah akan mengangkat kedua belah tangannya, lalu ditiup dengan tiga surah iaitu Al Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas sebelum meraupnya ke bahagian muka dan seluruh tubuh.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Datangkan Mudarat & Sakiti Manusia, Boleh Ke Pijak Semut Sampai Mati?

Isi Kandungan
ToggleDatangkan mudarat dan sakiti manusia, boleh ke pijak semut sampai mati? Ada pendapat mengatakan bahawa kita diharamkan untuk membunuh semut.
Tetapi jika mendatangkan mudarat kepada manusia, adakah hukumnya masih sama? Ikuti perkongsian Pegawai JAKIM, Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud ini dalam Ustaz Betul Ke?
Artikel Berkaitan:
Surah Al-Naml Bukti Betapa Hebatnya Semut!
Datangkan Mudarat
Jelas Ustaz Hariri, semut adalah haiwan ciptaan Allah SWT bahkan semut juga adalah salah satu daripada nama-nama Al-quran iaitu Surah An-Naml atau Surah Semut iaitu surah yang ke-27. Surah ini mempunyai 93 ayat al-Quran dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah.
Ini bermakna semut ini bukanlah calang-calang binatang tetapi haiwan yang dijadikan nama Al-Quran. Nabi Muhammad saw, bersabda dalam satu hadis Riwayat Abu Daud, sesungguhnya nabi melarang kita membunuh tiga jenis binatang.
Pertama adalah lebah, burung dan seterusnya semut. Tidak ada masalah tiba-tiba pijak atau bunuh semut, sememangnya tidak boleh kerana nabi larang disebabkan semut adalah tentera Nabi Sulaiman a.s.
Namun bagaimana pula jika semut tersebut mendatangkan mudarat atau menyakiti manusia, adakah perlu dibiarkan saja.
Syeikh Wahbah Alzuhaili ada menyebut dalam kitabnya bahawa memang kita dilarang membunuh semut yang melata. Tetapi sekiranya semut tersebut membahayakan, mencederakan kita maka dibolehkan untuk membunuh kerana untuk menjaga keselamatan diri kita.
Sakiti Manusia
Selain daripada itu, terdapat hadis daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
نَزَلَ نَبِيٌّ مِنَ الأَنْبِيَاءِ تَحْتَ شَجَرَةٍ، فَلَدَغَتْهُ نَمْلَةٌ، فَأَمَرَ بِجَهَازِهِ فَأُخْرِجَ مِنْ تَحْتِهَا، ثُمَّ أَمَرَ بِبَيْتِهَا فَأُحْرِقَ بِالنَّارِ، فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ: فَهَلَّا نَمْلَةً وَاحِدَةً
Maksudnya:
“Salah seorang nabi singgah di bawah sebatang pokok, lalu dia digigit seekor semut, lantas Baginda memerintahkan agar barang-barangnya dialihkan dari pokok itu, kemudian Baginda memerintahkan agar sarang semut itu dibakar dengan api. Maka Allah mewahyukan kepadanya: ‘Mengapa tidak hanya dibakar semut yang menggigit sahaja?’
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan, terdapat dalam kalangan ulama yang menjadikan hadis ini sebagai dalil bagi mengharuskan perbuatan membakar haiwan yang mengganggu dan memberi mudarat dengan api berdasarkan kaedah syar‘ man qablana, sekiranya tidak ada dalam syariat kita apa yang mengangkatnya.
Namun begitu, terdapat dalam syariat kita larangan untuk menyeksa dengan api. Kemudian, beliau menukilkan pendapat Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini, bahawa hadis ini bermaksud dibolehkan untuk membunuh semut bagi syariat nabi tersebut. Begitu juga, dibolehkan membunuh semut dengan menggunakan api.
Hal ini kerana, asal dalam membunuh dan membakar adalah tidak berlaku kekerasan atau penyeksaan padanya, bahkan ia adalah untuk membakar lebih daripada seekor semut — yakni membakar sarangnya. Adapun di dalam syariat kita tidak dibolehkan membakar haiwan dengan menggunakan api melainkan dalam masalah Qisas dengan syaratnya.
Begitu juga, tidak dibenarkan untuk membunuh semut berdasarkan hadis Ibn Abbas. Begitu juga dinukilkan daripada al-Qadhi ‘Iyadh, beliau berpendapat hadis ini menjadi dalil mengenai keharusan membunuh setiap haiwan yang memberi mudarat dan mengganggu atau menyakiti manusia.
Boleh Ke Pijak
Di samping itu, terdapat juga riwayat daripada Abdullah bin Mas‘ud R.A bahawa Nabi SAW bersabda:
كنَّا معَ رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ في سَفَرٍ، فانطلقَ لحاجتِهِ فرأَينا حُمَرةً معَها فرخانِ فأخذنا فَرخَيها، فجاءتِ الحُمَرةُ فجعلت تفرِشُ، فجاءَ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ فقالَ: من فجعَ هذِهِ بولدِها؟ ردُّوا ولدَها إليها. ورأى قريةَ نملٍ قد حرَّقناها فقالَ: مَن حرَّقَ هذِهِ؟ قُلنا: نحنُ. قالَ: إنَّهُ لا ينبَغي أن يعذِّبَ بالنَّارِ إلَّا ربُّ النَّارِ
Maksudnya:
“Kami bersama Rasulullah SAW dalam satu permusafiran, kemudian Baginda SAW pergi untuk menunaikan keperluannya. Kemudian, kami melihat seekor burung bersama dua ekor anaknya. Lalu kami mengambil kedua anaknya dan burung tersebut datang dan mengepak-ngepak sayapnya. Kemudian Nabi SAW datang dan bersabda: ‘Siapakah yang menyakiti burung ini dengan mengambil anaknya? Kembalikan anaknya kepadanya.’ Setelah itu, Baginda SAW melihat sebuah sarang semut yang telah kami bakar dan Baginda bersabda: ‘Siapakah yang membakar sarang ini?’ Kami menjawab: ‘Kami (yang membakarnya).’ Baginda bersabda lagi: ‘Sesungguhnya tidak layak untuk menyeksa dengan api melainkan Allah SWT kerana Dia ialah Penguasa api.’
Al-Khattabi menyebutkan, hadith ini menunjukkan bahawa membakar sarang serangga adalah makruh. Adapun semut, keuzuran padanya adalah sangat sedikit. Hal ini kerana, kemudaratannya boleh dihilangkan tanpa perlu kepada cara membakarnya dengan api. Sesungguhnya diriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
إنَّ نبيًّا مِنَ الأنبياءِ قَرصتهُ نملةٌ، فأمرَ بقريةِ النَّملِ، فأُحْرِقَت، فأوحى اللَّهُ عزَّ وجلَّ إليهِ: في أن قرصَتكَ نملةٌ، أَهْلَكْتَ أمَّةً منَ الأُمَمِ تسبِّحُ
Maksudnya:
“Dahulu ada di antara para nabi telah digigit oleh seekor semut, kemudian Nabi itu memerintahkan untuk pergi ke sarang semut tersebut lalu membakarnya. Maka Allah mewahyukan kepada Nabi tersebut: ‘Adakah kerana seekor semut yang menggigitmu, kemudian kamu menghancurkan umat daripada umat-umat yang bertasbih.’

Semut Sampai Mati?
Kemudian, al-Khattabi menyatakan, semut terbahagi kepada dua jenis. Pertamanya, jenis yang mengganggu dan memudaratkan, maka mencegah kemudaratan atau gangguan daripada semut itu adalah dibolehkan yakni dengan membunuhnya.
Keduanya, jenis yang tidak memberi mudarat iaitu jenis semut yang memiliki kaki yang panjang, dan tidak boleh untuk membunuhnya.
Oleh itu, jelaslah bahawa sekalipun dibolehkan untuk membunuh semut yang memudaratkan, namun tidak dibenarkan untuk membunuhnya dengan cara membakarnya melainkan jika hal demikian hanya satu-satunya cara untuk membasminya. Maka ketika itu dibolehkan untuk membakarnya bagi membasminya.
Baca Di Sini:
8 Doa Para Nabi Yang Dikisahkan Dalam Al-Quran
Kashoorga: Kita dibenarkan membunuh binatang jika mendatangkan mudarat kepada kita.
Sumber: Ustaz Betul Ke? , Maktabah Al-Bakri
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Ya Allah, Syukur Dapat Beribadah Dengan Baik” – Wanita Ini Makan Ikut Cara Nabi Untuk Hilangkan 40 KG

Isi Kandungan
ToggleTidak mudah sebenarnya untuk mendapatkan berat badan ideal. Malah ada yang terpaksa mengambil masa berbulan-bulan sebelum berjaya menurunkan berat badan. Namun di mana ada usaha di situlah ada kejayaan.
Seperti perkongsian wanita ini yang dikenali dengan panggilan Kak Chik telah berjaya membuang 40KG dengan hanya mengamalkan menu diet suku-suku separuh.
Malah menurutnya dia turut mengamalkan konsep makan mengikut sunnah Nabi, berhenti bila kenyang. Dan segalanya akan dipermudahkan oleh Allah terutamanya niat untuk memudahkan soal ibadah kepada Allah.
FROM 90KG AND NOW 50KG….
Disini adalah contoh menu2 untuk anda yang nak berdiet mengamalkan suku2 separuh..kalau betul2 ikut menu dalam ni kurangkan garam,minyak dan gula boleh lost sebulan 5kg..
Kak Chik mengambil masa selama 8bulan untuk 40kg lost….
Alhamdulillah Sedikit Perubahan Hari nie…
Berat Untuk Hari Nie 50kg…
Body Fat 23%
Tinggi 160Cm…
Kak Chik Dah Dapat Bmi Normal… Kak Chik Dah Berjaya Lost
Sebanyak 40kg….
Berkat Usaha Selama nie…
kak Chik Happy…..
Tq Cik Husband Yg Banyak Bagi Semangat…
Tq geng Dietku…
Tq Mak Dan Family serta Sifu2…
Tq Kepada Yg Menghina Saya Selama Nie…
Kerana kutukan Anda Saya Bangkit…
Ok kak Chik Ada Sedikit Tips Untuk Anda Diluar Sana…
(1)Cuba Diet Rendah Kalori…
(2)Perhatikan Pengambilan Kalori
(3)Minum air masak Dengan secukupnya
Terutama Sebelum makan….
Air masak Boleh jadikan kulit kita sihat Dan Putih (~yang Penting Ambil air Dari asas yang Bersih tau… Barulah Terhindar Dari Sebarang penyakit.. Jom Minum Air Coway Bersama Kak Chik …
Tahukan Anda Minum air Putih Nie Banyak Manfaatnya Untuk Tubuh Badan kita… Manfaat Air Putih juga Bukan Sekadar untuk tubuh badan tapi amat Bagus untuk kecantikan, ianya dapat melembapkan & Menyegarkan Kulit….
Amalkan Air Putih yang Banyak Dari air manis… ~)
(4)Lupakan Diet Dan Makan Secara Seimbang…(Apabila Setiap Masa Anda Terlalu fikirkan Pasal Diet..Anda Akan Tertekan….
(5)Banyakkan Protien…
Protien memainkan Peranan utama dalam proses Mengurangkan Berat Badan…
(6)Guna Pinggan Lebih Kecil untuk segenggam nasi…
(7)Tidur Dengan Cukup 8jam Sehari….
Kajian menunjukkan tidur Yang Tidak
Cukup PuncaTerjadinya Obesiti…
(8)Buat Sedikit Senaman…
Aerobik…
Cardio…
(9)Katakan Tidak Pada gula…
Pertama gula semula jadi sangat bagus yg wujud Dalam Buah Dan sayuran Patut Kita Amalkan….
Atau Gantikan Daripada Menggunakan Gula Sebagai Penambah Rasa Dalam Minuman…
Gantikan Dengan Stevia atau Palsweets..
Semakin Kurang Pengambilan Gula Tambahan…
Semakin Sihat Tubuh Anda…
(10)Banyakkan Sayuran Dan Buah Buahan Dalam Pemakanan Seharian kita…
sayur Dan Buah Adalah Makanan Terbaik Wujud Di muka Bumi kita..
Rendah Kalori,Tinggi Serat,Tinggi Kandungan Air Dan Sangat Mengenyangkan..
(11)Teh Hijau (Kak Chik Guna Ahmad tea)
Sangat Membantu Menurunkan Berat Badan….Teh Hijau Mampu Meningkatkan Metabolisma Dalam tubuh Dan Memberi Rasa Kenyang Yang lebih lama…
(12)Minum Air Kopi(Tanpa Gula)…
Sebelum Memulakan Senaman Kak chik Minum Untuk Lebih Bertenaga….
Kopi juga Meningkatkan Kadar Metabolisma Badan..
Semakin Tinggi Metabolisma Badan Anda,Semakin Senang Untuk Anda Kuruskan Badan….
(13)Jangan Berlapar…

Bila Anda Berlapar Anda akan makan lebih Banyak…Tubuh Akan Mula Membakar muscle (otot) untuk gantikan makanan…Metabolisma Akan Menurun..
(14)Elakkan Minum Minuman Bergas…Minuman Bergas Biasanya Mengandungi 8 sudu gula Dan Tidak baik Untuk Kesihatan Tubuh…(Kecuali Air gas Yang zero kalori tu)….
(15)Kurangkan Pengambilan Garam…
Pengambilan garam yang tinggi Menggalakan Penangkungan air…
(16)Ambil Sarapan Pagi…Anda juga Boleh menurunkan Berat Badan Dengan Pengambilan sarapan pagi…Sarapan pagi Menstabilkan Hormone Dan Paras gula Dalam Darah…Kadar Metabolisma juga Meningkat untuk Membakar Kalori..
(17)Minum susu Sebelum Tido…
Kita Ikut Cara Sunnah.. Banyak Manfaat…
Melancarkan Saluran Pembuangan…
Tidur lebih Nyenyak Dan lain2..
(18)Ikut Sunnah Nabi Kita Berhenti Sebelum kenyang….
(19)Cara Untuk Kurus Adalah Dengan Makan 6 kali Sehari..
(20)Last Tips Usaha Dan Tekad Anda pasti Berjaya….Tekad Merupakan Motivasi Kuat Dari Niat yang Ada Dalam Diri….Tekad Ini Sebenarnya Modal utama Yang Sangat Diperlukan Bagi Seseorang yang Akan Memasuki Dunia Usaha….
Sooo Jom Kita Sama2 Kurus Dan sihat…
Sekian Terima Kasih Coretan Dari Kak Chik….Yang Baik Datang Dari Allah Yang Buruk Datang Dari Saya Sendiri….
Ya Allah…
Terima Kasih Atas Semua Nikmat Yang Telah Diberikan Untukku….
Diberi Kesihatan Yang Baik..
Bantulah kami Mengingatimu Bersyukur Kepadamu Dan Beribadah Dengan baik Kepadamu….Pimpinlah Kami Ke Jalan Yang DiredhaiMu…Murahkanlah Rezeki Kami Dan Perbaikilah Akhlak kami. .
Ampunkanlah Dosa2 Kami,IbuBapa,Keluarga,Sahabat -Sahabat Kami...
Dan Peliharalah Kami Dari Siksa Neraka…
Aamiin…..
yang penting diet tak perlu stress..pelbagaikan menu supaya kita tak mudah bosan dan tak selalu cheat..tips saya yang paling utama adalah SABAR!! percaya lah, dengan kesabaran anda akan dapat ganjaran paling bermakna dalam diri…hinggakan tak kan percaya’aku dah kurus’…
diet tak makan nasi rugi weh..
HIDANGAN YANG DIMAKAN:
BREAKFAST
LUNCH
TEA TIME & SALAD
DINNER
SNACKING
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI