Wanita Ini Ajar Buat Coding Al-Quran Dengan Sticker Berwarna & Nota, Jadikan Aktiviti Mengaji Sangat Menyeronokkan

Share

Kita memang sangat digalakkan untuk membaca Al-Quran dan paling bagus sekiranya memahami maksud dan terjemahan dalam kitab suci ini.

Jadi untuk memastikan pembacaan atau cara mengaji Al-Quran ini lebih menyeronokkan, apa kata anda melakukan coding pada kitab suci ini agar lebih memahami satu-satu maksud ayatnya

Malah jika ada kemusykilan atau persoalan, seseorang itu boleh merujuknya. Bukan itu sahaja, doa juga boleh dirujuk dengan mencarinya melalui coding.

Cara ini memang sangat menyeronokkan dan membuatkan seseotang itu lebih tertarik untuk terus membaca quran dengan penuh minat.

Perkongsian dari wanita ini Aisya Humaira Harun

yang membuat coding menggunakan sticker berwarna dan nota bagi memudahkan dirinya untuk merujuk bacaan tertentu.

Coding Terjemahan Al Quran
———————————————-

Sebelum ini sticker berbeza warna saja yang digunakan dan kini saya upgrade sedikit. Sticker berwarna dan ditanda sekali dengan ‘nota’.

Idea untuk coding terjemahan Al Quran sebegini saya peroleh daripada Puan Ayesha melalui perkongsian beliau dalam rancangan Nona di TV 3 beberapa bulan lalu.

Menjadikan aktiviti mengaji jadi menyeronokkan.

Saya ambil sedikit masa untuk ‘transform’ terjemahan ini dan MasyaAllah hasilnya membuatkan saya rasa lebih ‘attach’ dengan ayat ayat cinta ini. Suka tengok warna warni. Ditambah pula lebih mudah untuk dirujuk kembali. Alhamdulillah

Ini cara saya coding.
Sticker berwarna beserta ‘nota’ dibahagikan kepada ;

+ Hijau untuk ayat ayat yang memberi peringatan. Peringatan untuk melakukan kebaikan dan larangan melakukan keburukan serta azab pedih untuk hambaNya yang ingkar.

+ Pink untuk ayat ayat yang memberi motivasi, semangat, khabar gembira serta nikmat nikmat yang Allah telah janjikan.

+ Biru untuk ayat ayat pilihan saya iaitu ayat yang saya rasa sangat suka dibaca berulang ulang kalau boleh setiap hari.

+ Kuning untuk ayat ayat yang menunjukkan hukum hakam dalam Islam.

+ Oren untuk doa doa pilihan. Terlalu banyak doa doa yang terdapat di dalam Al Quran dan semestinya untuk kita amalkan dalam kehidupan kita.

+ Kuning gelap untuk ayat ayat yang menceritakan tentang sirah, kisah kisah para Nabi dan Rasul.

… dan senarai ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa, InsyaAllah.

Coding dibuat memudahkan pembacaan.

Alhamdulillah

Selain daripada bacaan sendiri, input yang ditanda di dalam terjemahan ini banyak diperoleh dengan hadir ke seminar atau program program ibrah Al Quran.

Sungguh, kembara mendalami Al Quran ini sangat indah. Boleh jadi tak sedar masa yang berlalu apabila kita mula membelek Al Quran beserta dengan terjemahan ini. Bila sudah mula menanda, lagi lah lemas dalam lautan ayat ayat yang sangat istimewa itu.

Kalian cubalah ya, ambil sedikit masa untuknya.

Moga kita semua terus dipilih Allah untuk merasa nikmat dalam menghayati Al Quran. Diberi peluang untuk mentadabbur setiap ayat seterusnya mengamalkanya dalam kehidupan kita, InsyaAllah.

Aisya Harun
Masih berusaha untuk bercinta dengan Al Quran

Published by
Siti Zurina