Wanita Ini Amalkan Surah At-Taubah Ayat 128 & 129, Tak Sangka Rezeki Datang Melimpah Ruah

Share

Mengamalkan wirid 2 (dua) ayat terakhir dari surah at-Taubah atau ayat 128-129 sangat luar biasa besar fadhilah dan khasiatnya. Hanya mereka yang mengamalkan bacaan surah ini sahaja yang tahu tentang ‘khasiat’ dua potong ayat ini.

Berikut perkongsian Azlia Ajid

Umur saya dah 32 tahun, tapi baru dua tiga hari ni saya tahu hikmah ayat ini. Baru sahaja saya amalkan 7 kali selepas Solat Fardu tanpa fahami maksud pada hari pertama, pelbagai perkara positif berlaku pada saya.

Terkejut saya. Rezeki saya melimpah ruah. Aura saya jadi luar biasa. Kekuatan saya dapat juga berbeza. Badan yang sakit lenguh seminggu hilang begitu sahaja. Allahuakbar.

HATI RASA SEBAB

Setelah saya baca apa maksud ayat tersebut, saya terus sebak. Sebak yang sukar diceritakan. Sayangnya Allah pada saya. Allahuakbar.

 

2 ayat dari Al-Quran ni belum pernah saya jadikan amalan harian selama ini. Dah 32 tahun mencari erti hidup sementara ini, baru saya bertemu ayat ini dengan memahami terjemahannya dan merasai hikmahnya setelah sahabat saya yang juga merupakan jiran saya berkongsi ayat ini pada saya pada jam 9.05 pagi dalam whats app pada 21 Mei 2019.

Surah At-Taubah Ayat 128 dan 129 yang bermaksud:

128. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin.

129. Jika mereka berpaling (daripada keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung.”

Buat sahabat yang terbaca perkongsian ini pagi ini, anggaplah ia rezeki untuk mengetahui kehebatan Ayat Al-Quran ini dan amalkanlah sepenuh hati.

Yakinlah yang segala kesulitan akan diangkat, segala bebanan akan hilang, jika berhutang In sha Allah akan keluar dari bebanan dan yang paling agung, pasti akan bertemu kebahagiaan luar biasa nanti. In sha Allah.

Allah sayang sangat pada kita sebenarnya. Sangat!

Sumber kredit: Azlia Ajid

Video Kashoorga:

Published by
wan erni