
Isi Kandungan
ToggleRamai yang tahu disebabkan wabak pandemik COVID-19 menyebabkan majlis keramaian tidak dibenarkan, termasuklah majlis perkahwinan.
Ketika ini kebanyakan pasangan memilih untuk berkahwin secara online dan hanya menjalankan perkara yang wajib iaitu majlis ijab dan kabul.
Walaupun tidak boleh mengadakan majlis perkahwinan bagi meraikan sanak saudara atau sahabat handai, tetapi tidak salah jika kita memikirkan untuk mengadakan majlis perkahwinan bajet selepas segalanya berakhir nanti.
Artikel Berkaitan: Alhamdulillah, JAWI Sempurnakan Majlis Pasangan Pengantin Pertama Nikah Secara Online Di Rumah
Seperti perkongsian seorang wanita ini di laman sosial twitter yang memberitahu bagaimana dia hanya menghabiskan kurang daripada RM3 ribu untuk majlis perkahwinan yang berkonsepkan Hi-Tea.
Dia yang menggelarkan dirinya sebagai Sis Nad yang bekerja sebagai jurufoto perkahwinan hanya menjemput 200 orang sahaja yang terdiri daripada ahli keluarga serta teman rapat untuk memeriahkan majlisnya itu.
Majlis kahwin berkonsepkan Hi-Tea
Pertamanya kena bincang dengan keluarga
Tentukan masa yang sesuai
Berapa tetamu yang patut diundang
Hanya ahli keluarga dan rakan terdekat saja
Lokasi juga penting
Pilih yang boleh sewa makanan dan dewan sekaligus
Kos bergantung berapa tetamu dijemput
Makanan sesuai untuk konsep Hi-Tea
Kena ada kad kahwin supaya tetamu dapat ikut perjalanan majlis
Semuanya akan jadi cantik kalau ikut tema dan hire photographer
Kashoorga: Majlis perkahwinan menjadi lebih bermakna & menarik, jika segala yang kita impikan ada depan mata. Tak perlu keluar membelinya, hanya klik di sini
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
5 Ajaran Sesat Popular Di Malaysia Termasuk Ayah Pin, Terkini “Asmaul Husna Wan Maseri” Difatwakan Sesat

Emoji Ayah Pin sering kali digunakan dalam banyak komen-komen netizen. Malah ajaran Kerajaan Langitnya juga sering dijadikan emoji lucu bagi membahan berita yang viral.
Di sebalik ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat sehingga perkampungannya di Terengganu dimusnahkan pada tahun 2000-an, malah ajaran sesat dibawanya ini menjadi cukup terkenal sehingga ke hari ini namun dalam bentuk emoji “membahan” orang lain.

Selain ajaran Ayah Pin yang menggemparkan negara kerana mempunyai ribuan pengikut, ada lagi ajaran kumpulan sesat difatwakan di Malaysia yang harus kita waspada. Terkini, akhbar Sinar Harian melaporkan pengasas Ajaran Sesat Asmaul Husna Wan Maseri yang juga bekas seorang professor difatwakan sesat.
Pengasas ajaran 'Asmaul Husna Wan Maseri' yang dikatakan menyeleweng daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah tampil mengaku kesalahan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas ajaran mengelirukan yang dibawa sebelum ini.

Profesor Dr Wan Maseri Wan Mohd secara terbuka melafazkan syahadah bagi memperbaharui keislamannya.
Pengakuan sama dibuat dalam Mesyuarat Panel Pakar Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bersidang di Putrajaya pada Isnin.
Melalui pengakuan itu, beliau menjelaskan kenyataannya tentang Nabi Muhammad SAW tidak wujud adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Begitu juga dengan kenyataan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hijab kita dengan ALLAH, tidak boleh berselawat kepada baginda dan tidak boleh memohon bermimpi baginda juga salah serta bertentangan dengan ajaran Islam.
"Saya juga mengaku bahawa kenyataan tentang semua orang Islam belum Islam selepas kewafatan Rasulullah juga terpesong," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.
Wan Maseri menjelaskan, kajian 99 Asmaul husna yang dijalankan tidak tepat dengan disiplin perolehan ilmu yang diperlukan syariat.
"Justeru saya menarik balik semua penulisan yang telah tersebar di kalangan masyarakat.Insya-ALLAH saya akan mengemukakan penulisan baharu yang akan terlebih dahulu melalui proses perolehan ilmu yang benar di sisi syariat," katanya.
Ajaran 'Asmaul Husna Wan Maseri' yang dibawa bekas pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu sebelum ini dirujuk kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Muzakarah MKI) kerana didakwa menyeleweng daripada ajaran Islam dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ini lagi 4 Ajaran Sesat Popular Di Malaysia, Jangan Sampai Kita Rosak Akidah
- Ajaran Tuhan Harun :- Kes ini pernah menggemparkan negara apabila pengasasnya diberitakan meninggal dunia ketika kesnya masih dalam perbicaraan pada tahun 2016. Modus operandi ajaran sesat Tuhan Harun ini menjurus kepada menubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara 'modus operandi' ajaran sesat "Tuhan Harun" dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai. Tuhan Harun dan pengikutnya turut didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abd Malek yang menyiasat kes ajaran sesatnya.
- Ajaran Rasul Melayu :- Ajaran Haji Kahar Bin Ahmad yang mendakwa dirinya adalah Rasul Melayu telah difatwakan sesat pada 28 Mac 1991 dan diwartakan pada 29 Ogos 1991 oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor. Namun pada tahun 2020, Abdul Kahar ditahan polis bersama 16 pengikutnya kerana kembali aktif menyebarkan ajaran sesat ini tanpa serik. Peliknya Abdul Kahar mendakwa dirinya dilantik oelh Tuhan menjadi Rasul orang Melayu. Selain itu mendakwa Surah Yassin diturunkan untuknya sahaja. Nauzibillahminzalik.
- Ajaran Matahari/ Taslim / Haji Ahmad :– Agama Matahari ini juga dikenali di Utara sebagai agama Taslim. Ajaran Taslim diasaskan pada tahun 1870-an oleh Haji Muhammad bin Shafie, dikenali sebagai Haji Muhammad Matahari di Kampung Seronok, Pulau Pinang. Ajaran sesat ini mengakui dirinya pengganti Rasulullah dan lebih teruk membenarkan nikah batin yang telah memporak perandakan rumahtangga orang lain. Masa yang sama, ajaran sesat ini mendakwa dengan hanya niat saja, puasa dan solat dah sah tanpa melakukan amalan berpuasa itu. iangkat menjadi “khalifah” yang seterusnya untuk penganut agama itu.
- Ajaran Baha’i :– Jelas ajaran sesat ini sangat menakutkan kerana mempunyiai 5 juta ahli dari seluruh dunia. Ia diasaskan oleh Bah’u’llah yang mengakui dirinya sebagai pesuruh Allah selepas Nabi Ibrahim, Musa, Buddha, Krishna, Kristus dan Nabi Muhammad. Ajaran sesatnya mementingkan kesamarataan tanpa kira agama, negara demi untuk sebuah tamadun.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kos Tunai Haji Dahulu RM500 Saja Tapi Nenek Moyang Kita Setiap Hari Terdedah Pada Bahaya Termasuk Rompakan

Hari ini untuk ke Makkah menunaikan ibadah umrah dan haji tidak sesusah mana. Malah kemudahan pengangkutan secara terus ke Madinah dan Makkah juga sudah tersedia. Sebagai tempat paling agung dan tenang, setiap umat islam yang pernah menjejakkan kaki ke bumi barakah ini pasti merindui suasana beribadah di Tanah Suci Makkah ini.
Namun berbeza dengan apa dilalui oleh nenek moyang kita dahulu yang perlu bersusah payah mengharungi cabaran termasuk terdedah pada bahaya rompakan sebelum sampai ke Makkah dan Madinah. Bacalah pengalaman dikongsikan oleh Haji Abdul Majid, pegawai haji Tanah Melayu yang ditulis semula oleh Hasanuddin Yusof, Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam. Dikongsikan di fb Ali Russia, untuk tatapan kita semua.
Kapal Haji 1924
Cerita
Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-
• Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya.
• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)
• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.
• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang
• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.
• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.
• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.
• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.
• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.
• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.
• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.
• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.
• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.
• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air
• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.
• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.
• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.
• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.
• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.
• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.
• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.
• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.
• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.
• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.
• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.
• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.
• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.
• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.
Nota Kaki
Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji.
Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini.
Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam.
Psst : Semuga Allah Taala memilih kita untuk datang ke rumah NYA….amin
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Untuk bimbingan awal secara PERCUMA dari Coach Zuhri pula, jom sertai sesi Live CurHat Jodoh bersama Coach jam 9.00 malam – 10.00 malam di:
https://www.instagram.com/kashoorga/ dan
https://www.facebook.com/Kashoorga
.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Fenomena Istiwa A’dzam, Semak Arah Kiblat Jam 5.16 Petang Ini

Hari ini, Jumaat bersamaan 16 Syawal 1442 H tepat jam 5.16 minit petang, berlaku fenomena Istiwa A’dzam
Istiwa A'dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah (12:16 PM waktu Mekah). Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.
Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda. Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim.
Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing.
(tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet disekitarnya).
Bagaimana semakan arah kiblat boleh dilakukan?
Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM
Video Cara Semak Arah Kiblat yang betul ketika Istiwa Azam @ https://youtu.be/iBfx44xtQ8Q
Coordinate Kaabah – 21.4225° N, 39.8261° E
Bagi yang baru berpindah rumah,28 Mei dan 16 Julai adalah hari yang tepat untuk membuat semakan arah kiblat. Sumber :Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI