Buat yang masih belum berumah tangga, apabila diajukan tentang soal jodoh, memang sukar untuk diberikan jawapan. Sebenarnya sesiapa pun tidak tahu bilakah waktunya akan dipertemukan dengan si dia.

Namun itu bukan bermakna kita harus duduk diam berpeluk tubuh menanti jodoh datang mendekat. Perlu ada usaha untuk mendapatkan jodoh.

Ikuti perkongsian Nordianah Bachok tentang bagaimana dia mengamalkan goal praying dalam usahanya mencari jodoh.

Gambar sekadar hiasan.

Saya dijemput berkongsi teknik goal praying bagaimana Allah menemukan jodoh saya dan suami. Master Trainer AGP, Ummu AzzatFilzati memang nakal..

1. Saya sangat teruja dengan kata-kata bahawa ‘DOA ITU SENJATA’. Saya apply dalam proses mencari jodoh.

2. Dua tahun sebelum bertemu jodoh, saya akan kirimkan doa spesifik kepada kenalan yang ke Mekah menunaikan haji atau umrah.

3. Saya dan sahabat-sahabat mengamalkan doa daripada Ustaz di UM ketika ambil Sijil Usuluddin pada tahun 2009.

“Ya Allah kurniakan aku suami yang soleh, yang meminang aku, menikahi aku dan menjadi sahabatku di dunia dan di Syurga.” *boleh rujuk doa dalam bahasa arab.

4. Saya gambarkan dengan jelas gambaran calon suami saya; bagaimana fizikalnya (lebih tinggi dari saya, tidak kurus tidak gempal, tenang mata dan hati memandang), soft spoken, sentiasa solat jemaah di surau @ masjid, boleh menjadi imam solat saya & keluarga, rajin bantu isteri di rumah, boleh berbincang dan meraikan pandangan isteri dan beberapa kriteria lain.

Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya 90% seperti yang saya gambarkan.

5. Setahun sebelum bertemu jodoh saya amalkan bacaan Surah Al-Fatihah kepada calon suami, ibunya, ayahnya yang tidak saya kenali. Saya hadirkan rasa kehadiran mereka di Malaysia ini. Juga buat ibu saya, ayah saya dan diri saya. Selepas kahwin saya rasa hubungan dengan suami dan keluarga mertua sangat dekat.

6. Doakan supaya Allah permudahkan urusan bakal calon suami (walau masih tidak tahu siapa) contohnya jika dia hadapi masalah kewangan, agar Allah mudahkan rezekinya. Jika sakit Allah sihatkan dia.

7. Saya amalkan doa-doa dan bacaan al fatihah ini dalam waktu-waktu makbul doa antaranya; lepas solat, waktu hujan, ketika musafir, ketika waktu berbuka puasa dan lain-lain.

8. Sentiasa solat taubat, hajat dan istikharah mohon Allah kurniakan jodoh yang terbaik.

9. Minta ibu bapa, sahabat dan orang-orang soleh mendoakan kemudahan jodoh buat kita.

10. Always get connected to Allah…maksudnya sentiasa yakin Allah makbulkan doa kita.

*Inilah juga yang dinamakan Spiritual Marketing… usaha HATI 90%…usaha fizikal sedikit jadi rasa tidak penat dan hasilnya memang yang TERBAIK sebab Allah yang hantar. Ia juga boleh diaplikasi untuk magnet rezeki, kerjaya dan apa pun urusan kehidupan.

Alhamdulillah Allah temukan jodoh saya dan suami pada 1 Disember 2012.

Sumber kredit: Nordianah Bachok