Setiap wanita pastinya suka pada kecantikan. Pantang mendengar cara atau petua paling mudah menjaga kecantikan, pasti akan cuba diikuti.

Sebenarnya tidak perlu keluarkan bajet mahal, sebaliknya dengan kos hanya bawah RM10 juga mampu membuatkan wajah anda jadi lebih cantik dan sihat.

Perkongsian wanita ini Nurtieja di laman sosial Facebook, yang memberitahu petua bagaimana dia mencantikkan wajah hanya dengan menggunakan yang bahan halal dan confirm selamat.

Menggunakan buah-buahan yang dipotong kecil dan dibuat ais kiub. Hasilnya kulit jadi lebih sihat, berseri dan tidak kusam lagi.

Malah kulit juga menjadi tidak berminyak walaupun setelah beberapa jam penggunaannya. Dia turut berkongsi khasiat setiap buah yang digunakan untuk membuat cube ice ini.

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Cantik Guna Buahan Yang Dibuat ‘Cube Ice’. Confirm Halal & Selamat!

AIS KIUb GULA PASIR + BUAH BUAHAN KESUKAAN KORANG.

Tieja suka beli buah potong banyak banyak. yang 5 paket RM8 gitu.. sebab boleh merasa banyak jenis buah. tapi kedai yang selalu pergi tu, tak sah kalau tak bagi lebih.. tu kadang sayang buah buah potong ni cepat buruk. tak sempat nak makan banyak banyak gitu.

jadi dari membazir tieja buat cube ice. siapa follow tieja dari dulu tahu kan, tips penjagaan kulit tieja.. memang setiap hari, sehari sekali akan tuam ais dekat muka.

tapi kali ni ubah sikit citarasa. buat lebih aummmmm khasiat die.

IKLAN

Bahan korang perlu ada :

GULA PASIR (Jadikan seperti air gula)
⁃ melembapkan kulit
⁃ kulit sihat dan cerah
⁃ kecilkan pori
⁃ tak ade kesan sampingan, insyaallah
⁃ singkirkan kulit kering

buah buahan yang korang ada, atau suka. tieja kebetulan ada semua buah buah dan sayur tu dalam peti. so apa salahnya potong buat warna warni.
kelebihan setiap buah ni banyak. boleh google.. tieja just bagi satu kelebihan setiap buah ni

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Cantik Guna Buahan Yang Dibuat ‘Cube Ice’. Confirm Halal & Selamat!
Colourful cube ice

✅ OREN : mencerahkan

✅ ANGGUR HIJAU : kulit lebih berkilau

✅ EPAL MERAH : membantutkan pertumbuhan jerawat

IKLAN

✅ LEMON : kurangkan minyak muka

✅ KENTANG : ini tieja buat khas untuk mata

✅ TOMATO : melembapkan

✅ PEACH : anti penuaan/anjal kan kulit

✅ TIMUN : : kecilkan pori

IKLAN

✅ KUNYIT HIDUP : kecutkan jerawat

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Cantik Guna Buahan Yang Dibuat ‘Cube Ice’. Confirm Halal & Selamat!
Jom pakai.. syok gile wey hari hari mesti nak pakai

andai korang pakai buah lain, sila sila la goolge yee.. macam labu boleh, lobak, bayam, aihhhhh banyak la boleh korang cuba.

cara buat boleh refer video ok.

sehari satu AIS KIUB . aduhhhhh bapak gilerr best weyyy

tegang habis muka..

Wanita Ini Kongsi Cara Nak Cantik Guna Buahan Yang Dibuat ‘Cube Ice’. Confirm Halal & Selamat!
Hasil selepas bilas.. nampak macam kemerahan kan.. yelaa sejuk kauuu kulit tak berminyak walaupon selepas 3-4jam — with Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja.

“dah buat video baru rasa ade yang pelik, ‘ICE CUBE’ padahal ‘CUBE ICE’ ” – maaf kan kesilapan itu yee

dah try buat nanti share la yee dekat komen. AIS KIUB WARNA WARNI korang dekat tieja.

selamat mencuba.

VIDEO PENUH CARA BUATNYA:

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI