Ibu mertua juga seperti ibu kandung sendiri, perlu dihormati dan disayangi selayaknya seperti ibu kandung. Seringkali juga hubungan menantu perempuan terutamanya dengan ibu mertua dianggap ‘panas’ lantaran alasan tidak serasi dan sebagainya.

Hakikatnya hubungan antara seorang menantu dengan ibu mertua sebenarnya biarlah seperti ibu dan anak kandung sendiri. Maka sebab itulah wajar seorang menantu melayan ibu mertuanya seperti ibu kandung sendiri maka ibu mertua pula melayan menantu seperti anak sendiri maka baharulah hubungan itu jadi lebih harmoni dan penuh kasih sayang.

Ikuti perkongsian wanita ini yang ibu mertuanya menghidap penyakit kanser adenocarcinoma.

[Berdosakah aku sebagai menantu mama??] PART 1

Bagaimana daripada menantu yang sibuk tiada waktu berubah serta merta kerana ibu mertua.

Nama saya Redia Redzuwan.. Boleh panggil saya Red je.. Saya merupakan pensyarah Electrical Engineering di Uniten.. Sebelum ini hidup saya OK jer.. tak de masalah… biasalah kan? Ego sebagai lecturer tu tinggi.. baru habis master plak tu.. terbang tinggi tak nampak bawah langsung.. Saya kemudiannya berkahwin dengan satu-satunya anak Puan Noraini, Boboy..

Arwah mama merupakan owner Avon Butik Sitiawan semenjak 25 tahun lalu. Hampir setiap hari mama menghabiskan masa di butik. Tak pernah jemu dan tak pernah putus asa membangunkan Avon Sitiawan. Kami berempat, arwah mama, papa, saya dan suami pada masa itu sangat bahagia.. Selalu travel dalam dan luar negara.. kali terakhir, tak silap kami ke Vietnam.. Tempat favourite arwah mama borong telekung dan tudungnya. Hihi.

Tiba-tiba tiada angin tiada ribut, pada tahun 2016 mama di sahkan menghidap KANSER dalam perut. TUMOR yang sangat besar sehinggakan arwah mama tidak mampu berjalan. Hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Ya Allah, bergenang air mata bila teringat betapa kuatnya semangat arwah mama melawan penyakitnya itu.

Wanita Ini Kongsi Detik ‘Pilu’ Jaga Ibu Mertua Hidap Kanser Adenocarcinoma
Arwah Mama ketika event di butik Avon Sitiawan.. beberapa bulan sebelum di sahkan menghidap KANSER. Cantikkan?

Pada ketika itu, saya masih ego dengan diri sendiri.. masih merasakan saya betul, saya nak kerjaya saya sendiri.. tapi saya tak sedar, kehidupan saya dan suami mula renggang.. saya cuti, suami kerja.. Saya tak sempat nak masakkan makanan arwah mama, apa taknya. Sebelum pukul 8pagi dah keluar nak kejar punch in. Pukul 9 malam baru sampai rumah sebab jalan jem, tak pun sebab kelas habis lewat malam..

Apa yang saya lebih kesalkan lagi, kesihatan arwah mama semakin merosot di pertengahan tahun 2018. Doktor sarankan arwah perlu menjalani chemotherapy… tak pernah walau sekali saya temankan arwah mama buat chemotherapy. Hanya suami dan pembantu rumah sahaja. Padahal banyak kali mama tanya, “Esok Diya ikot mama pergi hospital?” .. Pada masa tu, saya sangat sangat busy dengan kerja hakiki saya, tanda exam paper students. Minggu depan nak kejar dateline submission.. Ya Allah, kalau lah masa boleh di undur kembali.. ???

Jan 2019, kesihatan mama tidak lagi seperti biasa. Mama tak boleh langsung nak bangun daripada pembaringannya. Hari itu sepatutnya mama kena jalankan prosedur chemotherapy. Tapi doktor tangguhkan. Doctor minta kami berjumpa dengannya sesegera mungkin. Sungguh, saya berdebar.. Hancur luluh hati ini bila doctor cuba sampaikan yang badan mama tidak boleh terima chemotherapy lagi.

Wanita Ini Kongsi Detik ‘Pilu’ Jaga Ibu Mertua Hidap Kanser Adenocarcinoma
Hari lahir yang terakhir untuk Mama, 5 Jan 2019 yang di sambut di hospital.. ?

Nurse dah mula tarik saya ke tepi selepas saya jumpa mama, “ Kak, saat macam ini akak jaga dan bagi keselesaan untuk mama akak ye. Jangan paksa mama akak untuk chemo ye.” Saya hanya angguk, dan terus air mata bagaikan empangan pecah, mengalir laju.
??????

[Berdosakah Aku Sebagai Menantu Mama??] PART 2

Bagaimana arwah mama mengharungi rawatan radiotherapy tanpa menantu di sisi kerana terlalu taksub dan fokus pada kerja semata…

Maaf kerana mengambil masa yang lama untuk saya menyambung cerita saya. Saya masih lagi mengumpul segala kekuatan diri untuk berkongsi kisah kehidupan ini. ??

Wanita Ini Kongsi Detik ‘Pilu’ Jaga Ibu Mertua Hidap Kanser Adenocarcinoma
Arwah mama ketika menjalankan prosedur yang paling di takuti ramai orang termasuk mama, Chemotherapy…??

Pada mulanya saya langsung tidak mahu mencatat kisah duka ini untuk tatapan umum, kerana ia akan mengundang air mata dan tangisan rindu saya terhadap mama. Tapi saya sedar, saya perlu berlaku adil kepada sahabat-sahabat mama, GCs, avon dealers atau sesiapa sahaja yang pernah mengenali arwah mama. Kalian tidak pernah diberitakan atau mungkin tidak pernah tahu apa yang terjadi semenjak mama di sahkan pesakit kanser pada 2016. Maafkan saya atau keluarga saya, kami tiada kekuatan untuk bercerita.

Saya masih ingat, ketika masih menunggu keputusan diagnosis penyakit mama, riak wajah mama tidak ceria. Tiada senyum atau tawa seperti selalu.. Hanya mengerang kesakitan, rasa sakit berdenyut-denyut dan menyucuk-nyucuk di bahagian belakang badan dan bawah perut setiap masa.

Jika dapat di undurkan masa, nak sangat saya picit atau belai mama agar kurang rasa sakitnya. Biar hilang semua lelah mama. Arhhh,inilah sesal yang tiada penghujung.. Apa tidaknya, saya baru sahaja menjadi menantu mama. Baru 3 bulan. Malu menguasai diri kononnya.

Wanita Ini Kongsi Detik ‘Pilu’ Jaga Ibu Mertua Hidap Kanser Adenocarcinoma
Ketika prosedur chemotherapy sedang dijalankan.

Akhirnya, keputusan telah pun keluar. SAH! Mama ialah seorang pesakit kanser adenocarcinoma, Ada TUMOR yang bersaiz BESAR di dalam perut mama. Kanser ini kanser yang jarang berlaku. Dr cakap, baru 1 kes seperti mama yang doktor pernah jumpa sepanjang menjadi pakar kanser.

Ya Allah, berita yang maha dahsyat untuk saya dan suami serta papa untuk terima. Apatah lagi mama sendiri. Saya dan suami kemudiannya memujuk mama dengan memeluk mama supaya kekal tenang. Saya bisikkan pada mama, Rasullah s.a.w pernah bersabda: “Semua penyakit pasti ada ubatnya, kecuali mati.. “ Alhamdulillah mama terima qada’ dan qadar dengan tenang. Malah lebih bersemangat untuk melawan penyakit yang di hidapi.

Doktor kemudiannya menyarankan radiotherapy dijalankan terhadap kanser mama agar tumor tersebut mengecil. Saya kononnya telah berjanji untuk menemani mama sepanjang sessi radiotheraphy di jalankan. Allahu, saya mungkir janji saya sendiri. Saya mungkiri tanpa rasa bersalah.

Hanya 3 atau 4 kali daripada 12 kali sessi radiotherapy sahaja yang saya sempat temankan. Apa lagi alasan lainkan? Kerja, kerja dan kerja sebagai pensyarah tetap di utamakan. Sedangkan, mama selalu bertanya, “Diya ikut mama tak hari ni?”. Hanya senyuman kelat sahaja saya lemparkan sambil menjawab, “Maaf mama, Diya kena kerja hari ini. Kelas tak boleh cancel. Nanti tak de masa nak ganti.”??? Namun tidak bagi suami saya, beliau tidak pernah gagal untuk menemani mama. Semoga suami saya di berikan ganjaran anak soleh kerana tidak pernah mengeluh mahupun culas menemani arwah mama ke hospital saban waktu.

Selepas sessi radiotherapy tamat, mama telah dibekalkan dengan berpuluh-puluh kotak ubatan untuk menahan kesakitan yang di rasai oleh mama sepanjang waktu. Doktor pesan, jika terlepas satu daripada ubatan tersebut, kesakitan yang mama rasai akan mencapai ke tahap 10 akibat himpitan tumor tersebut.

Kesian mama, pukul 6 pagi makan ubat, 10 pagi makan ubat, 4 ptg makan ubat 8 malam makan ubat lagi dan seterusnya. Sampaikan mama terpaksa buat alarm utk ingatkan masa makan ubat..Sebelum makan ubat, mama kena alas perut dengan something. Kalau tak, mama akan gastric.

Sungguh, setiap kali keluar untuk pergi bekerja,dalam hati saya sentiasa berbisik, “Maafkan Diya mama, Diya tak pernah sediakan sarapan untuk mama. Sibuk nak kejar masa punch in sebelum pukul 8 pagi.” Kalaulah saya tahu…………

Ads

Panjang sungguh saya berbicara petang ni, terbuai dengan perasaan dan kenangan bersama arwah mama. Mungkin saya perlu berhenti di sini, sebelum hp saya di banjiri dengan air mata sendiri…..

Wanita Ini Kongsi Detik ‘Pilu’ Jaga Ibu Mertua Hidap Kanser Adenocarcinoma
Mama dan ubat tahan sakit yang bermacam-macam jenis bagi melegakan kesakitan yang di rasai olehnya.

Ikhlas saya katakan, sungguh lemah jari saya untuk menulis.. Saya perlu kumpulkan kekuatan kembali. Saya ingin kongsikan bagaimana pula arwah mama terpaksa menerima rawatan chemotherapy..

[Berdosakah Aku Sebagai Menantu Mama??] PART 3

3 FAKTOR Arwah Mama Hidupnya Menjadi Sungguh Luar Biasa

Entah mengapa, kali ini saya jadi kaku dan kelu untuk menulis.. Saya resah dan buntu.. Mungkin saya terlena dalam lautan rindu terhadap arwah mama.. Mana tidaknya, hampir tiga tahun mama tinggal bersama kami. Sekejapan sahaja, arwah mama telah pergi meninggalkan saya dan suami.. Hilang dari pandangan saya…

Hanya tinggal bau bilik mama setiap kali saya pulang daripada kerja. Wangi dan lembut baunya.. Tak mungkin saya lupakan walaupun 1000 tahun lagi.. Apatah lagi, lambaian tangan mama setiap pagi menghantar saya ke tempat kerja. Allahu, berderai air mata saya di kala ini. ??

Lantas saya mengambil keputusan untuk “bercuti” daripada mengingati episod duka melihat kesakitan mama menjalani chemotherapy. Saya akan kongsikan mengenainya pada post yang akan datang..Saya tidak mahu air mata saya tumpah untuk kesekian-kalinya setiap kali mengingati arwah Mama..

Bila saya kenangkan arwah mama, tiba-tiba saya teringat pesanan mama kepada saya.. Ya, pesanan yang saya rasakan mungkin memberi manfaat kepada orang lain di luar sana yang ingin berjaya. terutama sekali kepada kaum WANITA yang MEMPUNYAI BISNES SENDIRI.. Saya fikir, jika saya kongsikan ini, dapatlah pahala arwah mama di panjangkan sekiranya ada yang mengamalkannya.

Arwah mama memulakan bisnes pada sekitar 25 tahun yang lalu. Pada hari pertama Avon Sitiawan di buka, sale mama hanya Rm 1.50 sahaja. Ye, Rm 1.50 sahaja. Arwah mama menangis seharian kerana takut tak dapat bayar sewa kedai, Rm 1000 pada masa itu. Tapi semangat mama kuat, tak mudah mengalah.. Mama bangkit dengan lebih berani dengan menghantar sendiri brosur dan pamphlet avon ke setiap rumah-rumah.

Suami cerita, sampai pernah di kejar anjing semasa temankan arwah ketika itu. hihi. mesti kelakar. Mama terus berusaha tanpa lelah, sehinggalah pernah suatu hari ini, jualan mencapai Rm 80 ribu sehari.. Macam tak percaya bukan? Arwah mama tak kedekut ilmu, sesiapa sahaja yang bertanya tentang bisnes, pasti mama akan kongsikan bersama mereka. Jika kita lebih banyak meberi, banyak juga yang kita akan dapat. Di sebabkan itu, saya tidak terkejut jika jualan mama menjadi hampir 3-4 juta setahun.. Itu semua hasil daripada sikap tidak pernah putus asa, dan usaha tanpa henti arwah mama.

Mama juga pernah mengadakan dinner di hotel dengan jemputan sekitar 100-200 orang.. Semata-mata untuk menaikkan nama Avon Sitiawan.. Siap ada rakaman lagi. Bila bercerita mengenai rakaman, terus saya muram kembali. Sedih sangat sebab baru beberapa bulan yang lepas mama buka rakaman tersebut di rumah kami.. Arwah mama sanggup tunggu saya balik kerja walaupun dah lewat ketika itu dalam pukul 10.30 malam.. Patutnya, mama sudah pun masuk tidur dan berehat di sebabkan chemotherapy yg di lalui. Tapi, arwah mama masih bersemangat menonton bersama saya sambil ketawa..

Kalau boleh di putarkan waktu, hendak sahaja saya menjerit ke telinga saya ketika itu supaya tonton sepenuh hati bersama mama.. Tapi tidak, saya hanya jeling-jeling sahaja. Tangan dan mata sibuk di handphone bukan television. Busy reply whatsapp, browse FB, ig dan sebagainya.

Pesanan saya kepada pembaca semua, teknologi hari ini hanya menjarakkan kita dengan insan yang kita sayang walaupun mereka hanya 1 langkah daripada kita. Letaklah hp di tepi, kalau boleh padamkan. Tenung mata ibu-bapa kita. dengar dengan teliti apa yang ingin di katakan oleh mereka. Anda akan merindui pesanan mereka bila mereka sudah tiada. PERCAYALAH..

Nak tahu apa FAKTOR Arwah Mama Hidupnya Menjadi Sungguh Luar Biasa? Arwah mama pesan, ” Diya, kalau Diya nak rezeki melimpah ruah seperti air sungai yang mengalir.. Amalkanlah amalan yang mama amalkan ni.. i/allah, rezeki takkan pernah putus. Kadang-kadang tanpa di sangka-sangka macam terpijak pulak.”

3 FAKTOR Arwah Mama Hidupnya Menjadi Sungguh Luar Biasa :

1. Bangun TAHAJUD: solat sunat taubat, solat sunat istikharah& solat sunat hajat.

2. SOLAT SUNAT DHUHA jangan tinggal.

Ads

3. BACA AL-WAQIAH selepas Asar setiap hari.

Alhamdulillah, saya dah amalkan walaupun kadang-kadang rongak. Saya nampak perubahannya. Saya akan cuba untuk istiqomah seperti arwah mama. Sehinggakan ketika mama sakit kerana kanser, masih mama gagahkan diri bangun di sepertiga malam. Astagfirullahalazim, jika mama yang menderita kesakitan boleh bangun, kenapa saya tak boleh?

Jom amalkan bersama?

[Berdosakah Aku Sebagai Menantu Mama??] FINAL EPISODE

Bagaimana arwah mama mengharungi hari-hari terakhir beliau ketika masih menjalani rawatan chemoteraphy?

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya saya tidak menepati waktu yang di janjikan untuk meneruskan perkongsian hidup arwah mama sepanjang beliau menjalani chemotherapy. Saya mengambil lebih banyak masa untuk menulis coretan yang terakhir ini berbanding dengan pertama kali saya menulis dahulu..

Ia mungkin disebabkan perasaan yang tidak pernah pudar daripada mengingati kenangan saya bersama arwah mama… Jujurnya, pasti air mata akan mengalir tanpa di paksa-paksa.. Tiba-tiba dada menjadi sesak, dan berombak laju kerana tangisan kerinduan atau mungkin jua sesalan kerana tidak cuba sehabis daya untuk membahagiakan mama.. ??

Mama Mula Berkerusi Roda

Setelah tamat sessi radiotherapy, Alhamdulillah kesihatan mama bertambah baik. Dr benarkan mama pulang ke Sitiawan untuk berehat. Lama juga mama berehat daripada sebarang prosedur di hospital. Lebih kurang setahun lamanya.. Sungguh, itu antara waktu paling gembira untuk mama kerana mama tidak perlu berjumpa dengan Dr. Sejujurnya, Mama paling takut untuk berjumpa dengan Dr. Mama khuatir ada sahaja prosedur yang perlu di buat.. Terutama sekali yang berkaitan pembedahan.

Wanita Ini Kongsi Detik ‘Pilu’ Jaga Ibu Mertua Hidap Kanser Adenocarcinoma
Arwah Mama cuba untuk senyum walaupun derita yang di tanggung tidak terperi.

Pada ketika ini, arwah mama masih boleh berjalan seperti biasa dan terus menguruskan Avon Butik Sitiawan., Cuma, pergerakannya amat terhad dan terbatas. Mama tidak boleh berdiri atau berjalan lama, sebab nanti sakitnya akan mula menyerang kembali.. Jika kanser menyerang, skala kesakitan akan terus menjadi skala 10 iaitu yang paling sakit.

Pada pertengahan 2017, kami dikhabarkan yang mama tiba-tiba terjatuh ketika pulang daripada kedai makan. Mama cakap, kaki kirinya sangat lemah. Rasa mcm lembut jer.. Allahu, yang sebenarnya tumor di dalam perut telah menekan kaki kiri mama dengan masa yang agak lama(sudah hampir dua tahun).

Kaki kiri arwah mama tidak mampu lagi menampung berat badan dan tumor mama. Melihat daripada keadaan tersebut, saya cuba untuk memujuk mama untuk menggunakan kerusi roda.Namun, jawapan mama membuatkan saya terdiam dan tidak mampu berbuat apa-apa, “Mama malulah Diya, nanti Avon dealers mama terkejut tengok mama pakai wheelchair ni..” Lantas, saya pendamkan sahaja di dalam hati.. Jika boleh di ulang semula, mahu sahaja saya peluk dan bisik di telinganya,”Tak pe mama.. Nanti Diya minta semua ORANG DI DUNIA ini jangan tegur atau tanya kenapa mama pakai wheel chair ye, mama. ” ???

Bertitik-tolak daripada kejadian tersebut, kesihatan mama semakin meruncing. Dengan tidak semena-mena, kaki kiri mama membengkak secara tiba-tiba. Besar bengkaknya, sebesar pohon kelapa.. Mama sudah tidak mampu berdiri seperti manusia normal yang lain. Akhirnya mama mula menerima kenyataan yang mama harus berkerusi roda kerana tidak mampu lagi berjalan dengan daya sendiri. Semenjak daripada itu juga, demi Allah saya tidak lagi pernah melihat mama berdiri sendiri atau meninggalkan kerusi roda jauh daripadanya. Patutnya saya sedar, mama tidak punyai banyak masa lagi.??

Kesihatan Mama Makin Merosot, Chemotherapy Pilihan Terakhir.

JULAI 2018, kanser mama mula menyerang, tahap kesakitan mama mula kembali ke skala 10. Walau ubat painkiller yang di berikan sudah di tambah dosnya, ia masih tidak mampu mengurangkan rasa sakit mama. Bayangkan, mama langsung tidur malam. Mama juga TIDAK LANGSUNG BARING DI ATAS KATIL.

Mama tidur di atas kerusi roda bermingu-minggu lamanya. Mama enggan baring langsung di atas katil. Alasannya, sakit yang di rasakan melebihi skala 10 jika baring. Ketika itu, saya hanya melihat dan memberikan kata-kata semangat. Alangkah baiknya jika saya urut belakang badan arwah mama. Pasti badannya letih dan lenguh kerana duduk di kerusi roda setiap masa. Menyesal sungguh, sunnguh saya menyesal..

Ads

Akhirnya, perkara yang paling di takuti oleh mama dan kami semua terjadi juga, iaitu rawatan chemotherapy. Doktor sarankan mama perlu menjalani chemotherapy bagi membantu mengurangkan rasa sakit yang di tanggung.

Hendak atau tidak, kami semua bersetuju dengan cadangan tersebut. Jika dengan rawatan ini membuatkan mama boleh sihat kembali, kami semua terima dan redha. Ya, ini adalah pilihan yang terakhir selain pembedahan. Tumor mama cukup rumit untuk di bedah. Tiada jaminan daripada Dr yang mama akan kembali sihat. Malahan mama mungkin akan kehilangan kaki kirinya.

Chemotherapy Cycle Pertama

Saya teringat kata-kata mama kepada saya sehari sebelum chemotherapy.. “Mama takutlah Diya. Takut sangat nak buat chemo esok.. ” Saya hanya senyum dan menjawab, ” I/allah mama, semua ok..” Senang sahajaa kan saya bercakap? Tapi saya percaya bukan mudah untuk mama laluinya.. Apa yang saya kesalkan, saya tidak langsung berusaha mengambil cuti kecemasan untuk bersama arwah mama pada hari pertama Chemo di jalankan.. Sibuk dengan mengajar, dateline dan meetings. Kalau saya tahu mama tidak punya banyak masa lagi, 1000 tahun pun saya sanggup cuti.. Tapi dah terlambat, dah terlambat untuk di kesalkan.

Apa yang saya lebih kesalkan lagi, tak pernah walau sekali saya temankan arwah mama buat chemotherapy. Hanya suami dan pembantu rumah sahaja. Padahal banyak kali mama tanya, “Esok Diya ikut mama pergi hospital?” .. Pada masa tu, saya sangat sangat busy dengan kerja hakiki saya, tanda exam paper students. Minggu depan nak kejar dateline submission.. Ya Allah, kalau lah masa boleh di undur kembali.. ???

Mengikut cadangan Dr, arwah mama perlu menjalani 6 cycle chemotherapy. Cycle yang pertama, chemo yang di berikan hanya yang ringan sahaja. Tiada side effect, Alhamdulillah mama menunjukkan reaksi positif.

Badan mama menerima ubat yang di berikan. Mama juga sudah boleh tidur di atas katil kembali. Ct scan di jalankan, tetapi result yang di tunjukkan tidak seperti yang di harapkan. Tumor tidak mengecil, malahan mula menjalar ke tempat lain. Maaf mama, patutnya Diya ada di situ untuk peluk dan tenangkan hati mama.

Chemotherapy Cycle Kedua

Dr. mencadangkan agar, dos chemo perlu di tingkatkan untuk menahan daripada sel kanser lebih mengganas lagi. Kali ini, ubat chemo lebih kuat. Kali ini akan nampak side effects: Rambut mama akan gugur. Badan akan rasa panas, dan mama akan berasa letih. Pesan Dr, mama perlu banyak berehat dan makan dengan lebih kerap.

2-3 hari selepas pulang daripada sessi ini, saya mula perasan sesuatu.. Arwah mama tidak mahu membuka scarf di kepala walaupun sedang baring di dalam bilik. Saya memberanikan diri bertanya, walaupun sebenarnya saya sudah pasti jawapannya:

Saya: Mama,kenapa mama tak bukak scarf mama?
Mama: Mama malulah Diya.
Saya: Mama malu kenapa?
Mama: Mama dah botak. Rambut mama dah tak de dah.

Allahu, saya terkedu, dan tidak mampu menjawab apa-apa.. Saya kemudiannya menyambung lagi:

Saya: Cuba mama buka scarf mama, Diya tengok kejap.
Mama: Mama malulah Diya, nanti Boboy dengan Papa nampak.
Saya: Takpe, bagi Diya tengok dulu ye Ma..

Mama, kemudiannya menanggalkan scarf di kepala untuk saya lihat. Alangkah terkejutnya saya, tatkala mellihat keadaan mama. Ya allah, hanya tinggal beberapa helai sahaja rambut yang ada. Boleh di bilang dengan jari berapa yang tinggal. Saya terkedu, rasa seperti mahu menangis di situ juga.

Saya faham perasaan mama, kerana mama telah kehilangan rambutnya yang merupakan mahkota bagi setiap wanita. Tapi, mengenangkan mama sendiri tidak mempunyai kekuatan dan rasa rendah diri, saya tidak boleh menangis. Saya kena kuat. lantas saya memujuk mama,

Saya: Ok lah mama, nampak cute sangat dengan spect mama. Comel sangat..
Mama: (Senyum kelat) ok ye?

Saya kemudiannya keluar daripada bilik arwah mama. Bagi ruang untuk mama berehat. Kepenatan kerana chemotherapy.

Kak Shima, pembantu rumah tiba-tiba berbisik di telinga saya dan berkata, ” Adik, pagi selepas mandi tadi ibu sudah menangis. Katanya dia sudah botak.. saya sudah simpankan rambut ibu di dalam satu bekas, penuh di dalamnya dengan rambut ibu.. ” Allahu, betapa kuatnya mama…. Tidak langsung menangis di depan kami. Sedaya upaya menyorokkan kesedihannya daripada pengetahuan kami. Tak nak kami gusar barangkali..

• Ya Allah, mata saya sudah kelabu untuk menulis. airmata bertakung menanti saat untuk menitis ke pipi. Betullah kata orang, rindu yang paling sakit ialah rindu pada yang sudah pergi. Tiada ganti, tiada ubatnya.

• Maaf saya terpaksa berhenti di sini, kerana kehilangan kata-kata untuk menulis. Sebak di dada ini seolah-olah menahan saya daripada menulis dengan lebih panjang lagi. Saya akan meneruskan cerita mama ini selepas mampu mengawal emosi saya kembali..

• Saya mohon kepada pembaca kisah mama ini, bersempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ini dapatlah kiranya mengirimkan Al-fatihah kepada arwah mama. Kerana hari ini genap 2 bulan pemergian arwah.

Alfatihah……

VIDEO:

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI