Sebagai hamba-Nya yang daif, kita sangat digalakkan untuk mengangkat tangan berdoa kepadaNya setiap kali selepas solat. Malah sangat afdal juga berdoa pada hari-hari tertentu misalnya ketika hujan turun.
Cepat atau lambat doa itu dimakbulkan terpulang pada Dia. Hanya Dia yang Maha Pemurah, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.
Namun ada baiknya jika kita berdoa itu selit terus nama mak kita. Perkongsian wanita ini Ikhfa Musa
yang memberitahu kalau berdoa patut jual nama mak, insya-Allah doa akan dimakbulkan olehNya.JUAL NAMA MAK
Hari tu terdengar phone conversation suami aku dengan mak bapak. Sambil2 berborak tu, laki aku loudspeaker sebab senang kakak nak mencelah borak dengan aki dia. Terdengar mak kata
” abang, kalau nak berdoa apa-apa jual nama mak”
Aku tak faham.
Mak sambung lagi..kalau abang doa nak bawak efa pergi umrah, doa macam ni. ” Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak isteri aku pergi umrah.Semoga aku dapat bawak mak sekali”. Kalau abang nak beli rumah..doa mcm ni..” Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku dtg melawat nanti dia selesa”. Mak cakap insyaa Allah doa tu naik serta merta tanpa hijab.
Then mak share tentang satu ceramah yang dia pergi . Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia gelap..badan gemok. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik. Sahabat2 Nabi tanya pada dia mcm mana dia boleh dapat isteri yang cantik sgt mcm ni?. Dia pun kata ” Setiap hari aku berdoa pada Allah..Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya”.
Nampak tak? Lepas ni bila nak doa dah bolehla selit nama mak yang mana masih ada mak tu. Kalau dah takde ibu macam aku ni, gunalah nama Ayah. Nama mak mertua & bapak mertua pun boleh. Darjat diorang sama and takde beza pun. Lagipun tanpa doa mak ayah tak kemana kita semua kan