Saban tahun, umat Islam di negeri ini boleh menyemak sendiri arah kiblat ketika fenomena Istiwa' A'zam, iaitu kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah. Dijangka peristiwa Istiwa A’Azam akan berlaku pada 28 Mei ini pada jam 5.16 petang, lebih kurang tiga hari dari sekarang. Ia membolehkan kita melakukan pemeriksaan arah kiblat dengan lebih tepat.
Namun untuk memastikan arah kiblat diukur lebih tepat pada bila-bila masa, bagi warga Selangor, kitab oleh menggunakan khidmat Persatuan Ahli Falak Selangor yang dianggotai kira-kira 70 orang ahli dengan memanggil mereka ke rumah untuk membuat ukuran tepat dengan harga bayaran RM50/RM70 sahaja.
Baca perkongsian dibuat oleh seorang ibu, Ara Sara di fbnya dan mendapat perkongsian 10 ribu orang mengenai khidmat dilakukan oleh persatuan ahli falak ini.
Semasa saya nak solat di hospital Johor tempoh hari, adik saya tegur. Dia kata ukuran kiblat kalau terpesong 1 darjah, akan menyebabkan pesongan 122 kilometer dari kedudukan sebenar Kaabah. Adik saya suruh install Qalby Apps by Mizz Nina.
Balik Putrajaya, saya tengok arah kiblat saya selama ini dengan aplikasi kiblah berbeza. Saya tinggikan handphone satu kaki dari lantai. Jarum kiblat di telefon bimbit berubah-ubah kerana diganggu medan elektromagnet. Oleh kerana dalam rumah saya ada banyak logam, arah kompas tidak jitu.
Kalau bermusafir, boleh la saya guna aplikasi sebagai alternatif. Tetapi untuk rumah sendiri, sudah tentu saya mahu sistem teodolit yang mempunyai tahap ketepatan yang tinggi. Takut orang solat berkiblatkan Mekah, saya menyonsang ke Baitulmuqaddis.
Saya terus cari ahli falak untuk tentukan hala kiblat melalui pencerapan matahari. Cahaya masuk rumah saya pukul 9 pagi hingga 6 petang. Dia tak ukur pukul 12 hingga 2 petang sebab bayang-bayang menjadi pendek.
Pukul 3 petang, ahli falak datang dengan uniformnya. Dia bawa pelbagai equipment, tablet, dan tangga.
Excited saya tengok dia buat kerja. Macam kaji kosmo fiqah. Terasa kehebatan tamadun Islam dalam ilmu astronomi.
Furqan terkinja-kinja tengok laser. Semasa ahli falak sedang tampal stiker di siling, Furqan lari terlanggar lampu dia. Dengan sabarnya dia setting balik. Saya marah Furqan dengan sopan, padahal hati saya dah bertukar jadi singa.
Setelah selesai, ahli falak lukis anak panah dan kordinat di atas kertas, berpandukan jubin. Kertas ni boleh jadi rujukan untuk bilik lain. Saya photostat kertas ni untuk diberi kepada jiran yang kedudukan rumahnya di atas dan di bawah rumah saya.
Hasil ukuran, kiblat yang ditentukan berada di tengah-tengah antara kiblat asal saya dan kiblat aplikasi. Kos keseluruhan RM50.
•Untuk Selangor, isi form dalam FB
https://www.facebook.com/1545826402395030/posts/2746263022351356/
•Persatuan ini diuruskan oleh pejabat mufti negeri masing2.
•Untuk yang guna kompas, arah kiblat 292°. Selebihnya serah kepada Allah. Islam itu mudah
•Untuk semakan sendiri di rumah, boleh buat ketika istiwa azam. Ketika ini kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah, pada jam 12.16 tengahari waktu Mekah. Fenenoma ini berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei, 5.16 petang dan 16 Julai, 5.28 petang waktu Malaysia. Dengan berpandukan tiang yang tegak, arah bayang mesti lurus dengan saf.