Tak dinafikan salah satu cara mudah untuk diet yang sihat adalah dengan menjaga pemakanan.
Dan antaranya mengamalkan makan resipi menggunakan oats yang dikatakan boleh menurunkan paras kolesterol dalam badan. Jika dimakan begitu sahaja pasti tidak lalu.
Jadi seorang pengguna di laman sosial facebook, Nur Mastura Othman berkongsi 26 resipi overnight oats sedap yang mudah untuk dibuat.
Hanya menggunakan 5 bahan asas, wanita ini mempelbagaikan resipi overnight oats dengan buahan-buahan dan bijiran berkhasiat. Menurutnya resipi ini sangat sesuai sekali diamalkan untuk mereka yang sedang diet.
Resipi yang telah dibuat ini boleh boleh disimpan dalam peti sejuk semalaman dan tambahkan kekacang atau buahan untuk makannya mengikut citarasa masing-masing.
Bismillah.
Mudah sahaja nak buat overnight oatmeal ni. Hanya 5 bahan asas. (Untuk bekas sederhana besar)
1) 5-6 tbs rolled oats (oats ini lebih berkhasiat dan tidak terlalu lembik bila dibiarkan semalaman) 2) 1 cup fresh milk (saya gunakan susu segar farm fresh/ goodday kerana tiada bahan pengawet, susu segar dari ladang) 3) 1-2 tbs natural yogurt (jenama farm fresh, natural tiada bahan pengawet atau perasa tambahan. Boleh juga guna natural greek yogurt tapi oats akan jadi lebih pekat) 4) 1/2 tbs Chia seeds (nak kurus, ni makanan yg sgt sesuai jadi amalan. Terlalu byk kebaikan antaranya kandungan omega-3 8x lebih dari ikan salmon, control blood sugar, buat kita rasa kenyang, penambah kesuburan dan bermacam-macam lagi.) 5) 1-2 tbs honey (pemanis semulajadi. Madu bagus untuk kekalkan tenaga)
Cara-cara membuatnya… Campur semua dalam 1 bekas (saya guna bekas kaca kerana proses penyejukan akan lebih sekata). Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Tambahkan buah-buahan, kekacang, kismis mengikut selera masing-masing.
Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet dan nak kurangkan tahap kolesterol dalam badan.
Selamat mencuba!
1. Nuts Heaven Overnight Oats.
Bahan tambahan: Pistachio Pecan nuts Walnuts
2. Red Plums Overnight Oatmeal
Bahan tambahan: Red plums Black raisins
3. Choc – Chips Cinnamon Overnight Oats
Bahan tambahan: Choc-chips Drizzle of cinnamon dusting
4. Plain Overnight Oatmeal
5. Choc-Pomegranate Overnight Oats
Bahan tambahan: Choc powder Pomegranate
6. Pistachio joy with black raisins overnight oats
Ads
Bahan tambahan: Pistachio Black raisins
7. Orange and vanilla overnight oats
Bahan tambahan: Vanilla flavor Black raisins Orange juice
Tahukah anda Eye twitching atau ‘Myokymia’ dan dalam bahasa melayunya diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil mata bergerak-gerak atau mata ‘bergerenyet’.
Kerdipan mata berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata dengan kerdipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata.
Namun, kes yang biasa ditemui adalah kerdipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.
Kenapa mata berkedip-kedip dan apa punca-punca terjadinya ‘eye twitching’:
1. Stress
Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata.
Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca stress atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya eye twitching.
2. Terlalu Penat
Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.
3. Ketegangan Mata
Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru.
Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi ini akan menyebabkan eye twitching.
Anda disarankan membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kuasa kacamata yang baru.
Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini.
Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.
4. Kafein Berlebihan
Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.
5. Kekeringan Mata
Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh.
6. Alergi
Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair.
Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan airmata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.
Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching.
Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan mata kering oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.
Berikut merupakan antara mitos tentang mata berkedip:
Ada orang mengatakan mata berkedip ini ada kaitan dengan hati dan perasaan kita, malah ada juga yang cuba ‘meramal masa depan’ dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak kita sangkakan, sama ada perkara itu baik atau tidak baik.
Mitos:
Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.
Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira.
Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan anda.
Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik/musibah).
Kesimpulan
Namun, anda diingatkan supaya tidak terlalu memikirkan kata-kata atau ramalan orang dulu-dulu ini, nanti terpesong pula akidah kita dan boleh membawa kepada syirik.
Apa yang penting, kita kena sentiasa berdoa memohon pada Allah SWT agar dijauhkan daripada segala bencana dan bahaya. Aminn….
Dalam ribuan kes COVID-19 yang diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah lebih 827 (ketika artikel ditulis) yang telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Ini menunjukkan komitmen tinggi barisan hadapan kita yang bertungkus lumus merawat dan menjaga pesakit positif virus ini untuk sembuh.
Selalunya kita mendengar kisah frontliner yang berkongsi pengalaman menjaga pesakit ini dan ada antaranya seperti jemaah tabligh dan pelajar tahfiz tidak lepas dari melakukan amal ibadah.
Dan jarang kita mendengar perkongsian di laman sosial mendengar bekas pesakit COVID-19 yang mahu berkongsi pengalaman mereka diduga dan disahkan positif.
Viral di laman sosial kisah seorang bekas pesakit positif COVID-19 Reza Huzairi Zayn yang telah sembuh dan menceritakan pengalamannya sepanjang berhadapan dugaan ini.
Menurutnya berada dalam wad isolasi ini akan dikenang seumur hidupnya apabila terpaksa dikunci dalam bilik 24 jam selama 11 hari.
selama 11 hari dikuarantin dalam bilik.
Kalau diikutkan memang ada perasaan depressed, tetapi dia cuba melawan dengan memikirkan tentang dirinya, keluarga serta pekerja bawahanya. Malah waktu ini dia hanya berserah pada Allah dan tahu ada hikmah di sebaliknya.
Sepanjang tempoh isolasi, dia hanya meneruskan bekerja dari wad seperti biasa dan fokus untuk kuatkan diri dan kuat semangat untuk pulih.
Malah yang lebih menggembirakan hati untuk menggantikan kesedihan di tahun 2020 ini apabila mengetahui darah bekas pesakit yang telah sembuh sepertinya boleh dijadikan serum untuk menyembuhkan pesakit lain.
Dia juga turut mengharapkan kajian ini akan berjaya dan plasma darah yang diberikan dapat menyembuhkan pesakit lain.
Ayuh dengarkan perkongsiannya.
Assalamualaikum wbt.
Saya ingin berkongsi pengalaman tentang Convalescent Plasma donation yang baru saya lakukan siang tadi. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.
Untuk pengetahuan anda saya bekas pesakit COVID-19 kes 46. Saya dan beberapa orang rakan sekerja telah mendapat jangkitan virus COVID-19 ini dalam gelombang kedua and we have been Working From Hospital/Home since then. Rest assured saya sudah bebas dari COVID-19 sepenuhnya. Alhamdulillah. .
Pengalaman di dalam wad isolasi akan saya kenang seumur hidup. Tidak pernah saya membayangkan yang saya akan berada di dalam situasi itu. Bila dikunci 24 jam selama 11 hari di dalam bilik, perasan depressed itu bukan main-main. Dalam resah memikirkan diri sendiri, saya juga resah memikirkan tentang isteri dan anak-anak di rumah. Juga kepada semua staff saya. Bimbang jika virus yang ada pada saya ini bakal menjangkiti mereka pula. I only rely on Allah SWT during that time.
Saya selalu bersangka baik kepada Allah dan yakin apa yang jadi ini, pasti ada hikmahnya. Selama 11 hari, saya meneruskan kerja pejabat seperti biasa walaupun di dalam ward. Saya tak mahu peduli sangat rasa depressed itu. Saya cuma fokus untuk kuatkan diri dan semangat untuk cepat-cepat pulih. Cuma sesekali, badan terasa letih. Mungkin antibodi sedang bekerja. Jika itu terjadi, saya perlu berehat. Alhamdulillah kesihatan saya okay dan tidak mempunyai simptom yang teruk.
Buat kerja seperti biasa elak depressed.
After 11 days warded at Hospital Sungai Buloh (HSB), I’ve been discharged on 14th March 2020 since my test result shows -ve twice. Syukur kepada Allah.
After two weeks discharge and follow up checkup di HSB, on the 31st March, Dr. dari HSB called me and informed that I had been chosen as Convalescent Plasma donor. Plasma yang didermakan ini akan diuji dan jika berjaya, ianya bakal digunakan sebagai serum untuk rawatan COVID-19.
According to Dr., I am the 1st Malaysian to donate my blood plasma for this research. Rasa proud and bersyukur, Allah gantikan kesedihan saya pada 2020 ini dengan rasa terharu dan bangga kerana berpeluang membantu pesakit-pesakit COVID-19 dengan pendermaan plasma darah ini. If this success, the plasma or serum will be used to the selected COVID-19 patient to help them for faster recovery. But the amount extracted from me at one time only enough for a few patients. It is a bit sad, but In Sha Allah in two weeks, saya akan menderma lagi. And more ex-COVID-19 patients will be called soon to help.
Membuat derma plasma di Pusat Darah Negara.
Why have I been selected? According to Dr., my antibody works great in fighting the COVID-19 virus. Also I don’t have any chronic disease dan tidak mengambil sebarang ubat untuk jangka panjang. Sesuai untuk the 1st donor. So guys, stay healthy. It is really important to take care of our health, not only for us bahkan juga untuk keberuntungan orang lain di sekeliling kita. Anyway, saya mengharapkan doa-doa anda agar kajian ini success dan kita dapat menolong lebih ramai pesakit COVID-19 yang masih berada di hospital terutama yang berada pada tahap kritikal. Last but not least, saya berdoa agar semua yang saya kenal di sini dan juga di luar sana agar sentiasa dilindungi daripada wabak ini. Semoga wabak ini juga segera berlalu pergi. In sha Allah.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya kepada para doktor, jururawat dan semua petugas kesihatan yang terlibat di HSB sepanjang merawat saya dan pesakit-pesakit lain di sana. Juga penghargaan saya untuk para doktor dan jururawat di Pusat Darah Negara atas layanan baik mereka sepanjang process plasma donation tadi. Sesungguhnya mereka semua telah melakukan yang terbaik untuk merawat para pesakit COVID-19 dan dalam mengekang wabak ini. Paling utama sekali, jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya dan rakan sekerja yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan saya. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa-jasa mereka.
Moga kajian dibuat dapat selematkan ramai nyawa.
And to everyone, please stay at home and practice social distancing cuz I know it works! Oh another thing, always wash your hand. Guna sabun jer. Sy guna hand sanitizer kalau keluar rumah saja. Terima Kasih kerana sudi membaca.
Begitu juga kisah insan ini, Sulaiman Al Rajhi yang tinggal di Arab Saudi mempunyai lebih 200 ribu pokok kurma diwakafkan untuk jalan Allah. Beliau merupakan insan terkaya di Arab Saudi. Dikatakan ladang kurma miliknya merupakan wakaf terbesar di muka bumi ini.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang sangat memberi inspirasi
MULTI BILLIONAIRE DUNIA AKHIRAT
Sebuah ladang kurma di Arab Saudi di kota Al-Qassim mempunyai lebih dari 200,000 pokok kurma dan diwakafkan untuk jalan Allah oleh orang terkaya Arab Saudi – Sulaiman Al Rajhi..
Terdapat 45 jenis kurma di kebun ini, pengeluaran tahunan adalah 10,000 tan buah kurma. Ladang ini adalah wakaf terbesar di bumi.
Pendapatan dari kebun ini digunakan untuk membina masjid di negara-negara lain, untuk kerja amal dan untuk Iftar di masjid Makkah dan Madinah.
Suleiman al-Rajhi lahir dalam kemiskinan. Ketika dibangku sekolah, satu hari sekolahnya merancang lawatan sambil belajar dengan kos 1 riyal. Tetapi orangtuanya tidak mampu berikannya 1 riyal. Beliau menangis kerana mungkin tidak dapat menyertai lawatan. Dalam peperiksaan suku tahunannya, beliau meraih kedudukan pertama di kelasnya dan seorang guru Palestin memberinya 1 riyal sebagai hadiah. Beliau menyertai program lawatan sekolah dengan 1 riyal ini.
Selepas menamatkan pendidikannya, beliau mulakan kerjayanya sebagai usahawan muda dengan penuh dedikasi dan kerja keras. Allah memberkati usahanya.
Dalam jangka waktu yang singkat, rangkaian banknya yang disebut ‘Al-Rajhi’ tersebar di seluruh Arab Saudi.
Suleiman al-Rajhi pergi mencari gurunya yang sudah pencen dalam keadaan miskin kini, Rajhi membawa guru Palestinnya dengan kereta dan memberitahunya, ” Saya berhutang dengan Cikgu. “
Guru itu berkata, bagaimana mungkin memberi hutang sedangkan dia miskin, Rajhi mengingatkan gurunya bahawa bertahun-tahun yang lalu gurunya memberikan 1 riyal sebagai hadiah. Guru itu tersenyum dan berkata “Jadi kamu ingin mengembalikan satu riyal itu kepada saya?
Rajhi berhenti keretanya di hadapan sebuah banglo dan terdapat sebuah kereta mahal dihadapannya.
Rajhi memberitahu gurunya bahawa banglo dan kereta itu adalah milik cikgu itu sekarang.
Cikgu itu menitiskan airmata dan berkata pemberian ini terlalu mewah baginya.
Rajhi mengatakan bahawa kegembiraannya ketika menerima 1 riyal dulu lebih dari kegembiraan cikgu pada hari ini.
Pada tahun 2010 Suleiman al-Rajhi memanggil anak-anak, isteri dan orang tersayang dan membahagikan harta kekayaannya di antara mereka dan mewakafkan yang lain. Pada ketika ini, nilai wakaf Sulaiman Al-Rajhi lebih dari 60 bilion riyal.
Beliau telah menyumbangkan 170 juta riyal untuk COVID dan menyerahkan dua hotel di Makkah kepada Kementerian Kesihatan.
Ladangnya disenaraikan dalam Guinness Book of World Records sebagai hasil usahawan yang terbesar.
Majalah Forbes telah menamakan beliau sebagai salah satu daripada 20 dermawan terhebat di dunia.
Kebanyakkan masjid-masjid di kota Arab Saudi adalah hasil keluarga Al-Rajhi, dengan pusat dakwah, badan amal al-Quran, dan lain-lain.
Dalam temu bual beliau berkata: “Setelah kamu meninggalkan kehidupan ini, satu-satunya pelaburan yang penting adalah bekalan kamu bawa untuk kehidupan yang lain. “
“Saya berusia lapan puluhan! Apa lagi yang saya perlukan? Wakaf membayar bil saya, memberi saya penginapan, makanan, perubatan dan pengangkutan.”
Seorang jutawan tanpa wang! “Bagaimana rasanya?”. Dia tersenyum dan berkata, “Saya merasa ringan! Saya berasa bebas! Saya merasa seperti burung … dan ketika Allah memanggil saya, saya dapat menjawab panggilanNya tanpa ikatan harta!
Hukum beri zakat kepada orang yang tidak solat dan pelaku maksiat. Dalam hal ini ada yang beranggapan bahawa zakat hanya wajar diberikan kepada mereka...