Makan

Wanita Keluar Rumah Jangan Sembur Minyak Wangi Harum Sangat, Haram!

Share

Sebelum keluar rumah atau pergi bekerja selain solekan wajib mengenakan semburan wanigan yang memang terserlah baunya.

Meski Islam melarang wanita memakai wanigan yang harum semerbak baunya namun pada masa kini ramai yang tidak mengendahkannya.

Hadis daripada Abu Musa al-Asy`ari RA bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Maksudnya: Mana-mana perempuan yang mengenakan wangian dan berjalan melewati satu kaum dan didapati bau darinya maka perempuan itu adalah penzina. [Riwayat Abu Daud & Al-Nasa’ie]

Al-Imam al-Munawi Rahimahullah menyebutkan yang dimaksudkan dengan hadis di atas adalah perempuan yang memakai minyak wangi yang terzahir dan kuat baunya kemudian keluar dari rumah lalu melewati satu kaum iaitu lelaki-lelaki ajnabi dan memang itu tujuannya, maka perempuan itu adalah penzina daripada sudut mendapatkan dosa.

Dalam sebuah hadis lain daripada Abu Hurairah RA, pada satu ketika dia bertemu seorang perempuan yang ingin pergi ke masjid dalam keadaan mengenakan wangi-wangian.

Lalu Abu Hurairah RA berkata: “Kamu ke masjid dalam keadaan berwangi-wangian? Sesungguhnya aku telah mendengar Nabi SAW telah bersabda:

Maksudnya: Mana-mana wanita yang mengenakan wangian kemudian keluar menuju ke masjid, tidak diterima solatnya sehinggalah dia mandi (bagi menghilangkan bau wangi tersebut) [Riwayat Ibn Majah]

Ada tak wangian yang boleh dipakai?

Apabila melihat kepada hadis-hadis serta riwayat yang disebutkan di atas, jelas menunjukkan akan keharaman wanita untuk mengenakan wangian apabila keluar dari rumah.

Bagaimanapun jenis wangian yang disebutkan di sini adalah daripada jenis yang zahir, kuat baunya sehingga mengalihkan pandangan ajnabi dan tertumpu kepadanya.

Adapun mengenakan sedikit wangian-wangian bagi tujuan menghilangkan bau badan seperti memakai deodorant, bedak talkum, sabun dan sebagainya, ini tidaklah termasuk di dalam kategori yang disebutkan di dalam hadis Nabi SAW sebelum ini.

Ini kerana di dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya wangian yang baik bagi lelaki adalah yang terzahir baunya dan tidak jelas warnanya dan wangian yang baik bagi wanita adalah yang terzahir warnanya dan tidak begitu kuat baunya. [Riwayat Al-Tirmizi]

Usah jadi seperti perempuan penzina

Kami berpendapat wanita boleh mengenakan sedikit wangi-wangian yang tidak terzahir baunya.

Ini juga bagi menjaga penampilan wanita tersebut apabila berada di khalayak.

Begitu juga dibolehkan bagi pemakaian bedak, deodorant, sabun dan sebagainya.

Elakkan daripada menggunakan wangian yang kuat baunya sehingga boleh menarik perhatian lelaki ajnabi yang boleh menyebabkan fitnah dan juga boleh mengheret kepada lembah maksiat.

Ini seperti mana yang terdapat di dalam hadis-hadis yang menyamakan perempuan sebegini sebagai penzina.

Sumber: Mstar

 

 

Published by
Team Kashoorga