Wanita Sedang Jalani Kuarantin Tulis ‘Catatan Rindu’ Buat Arwah Suami Yang Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Share

Tidak dinafikan wabak pandemi coronavirus ini telah memisahkan kita dengan orang tersayang.

Virus ini tidak mengira sama ada golongan muda atau tua dan jika antibodi dalam badan tidak kuat melawan, pasti maut menanti.

Perkongsian wanita ini Aiza Syafinaz Aiza di laman sosial di mana sudah hampir seminggu dia ditahan di wad kerana positif COVID-19 dan dia juga sebenarnya baru kehilangan suami akibat virus sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Selain Berdoa & Solat Hajat, Amal Ratib al-Attas Elak Covid

Namun kehilangan insan tersayang ini tidak melunturkan semangatnya, malah dia tanpa jemu menulis sepanjang berada di wad untuk beri inspirasi buat dirinya agar terus kuat melawan virus ini dan supaya cepat pulih sepenuhnya.

Dia jugaa turut menitipkan catatan bisu buat arwah suaminya yang juga meninggal dunia di hospital yang sama.

Suami meninggal dunia akibat COVID-19.

kembali meneruskan catatan bisu ini

6 April 2020(Isnin-Wad covid HKL) 9 pg

Seorang sahabat @sambalwara mengirim kan video ini.terubat rindu pd arwah suami yg telah meninggalkan aku 10hari yg lalu akibat covid di hospital yg sama aku duduk skrg.beza nya aku di wad biasa.arwah di icu HKL.Al fatihah utk buah hatiku Mohd Fairos bin Saberon.perpisahan yg amat perit utk aku lalui seorang diri.namun kehadiran keluarga & sahabat syurga byk membantu

Aku abadikan memori di sini kerana aku ingin pinjam kekuatanmu wahai tulang rusukku hingga nafas terakhir.kuat & tabahnya dirimu menghadapi segala rintangan & ujian seorang diri.Betapa hidupmu penuh dedikasi & bersemangat waja.mencintai tugas sbg pegawai polis dlm #pdrmmeninggalkan kami di hari polis yg ke 213.malam jumaat 1syabaan.

Aku tatap setiap raut wajahmu yg ku kenal sejak tahun 2007.bertunang pd 2009 & bernikah pd 2010.Insan yg luhur budinya.tegas & berdisiplin.seorang yg cermat menjaga harta.insan yg tegak prinsip hidupnya.komunikasi skill
yg baik

Kondisi kesihatanku stabil.alhmdulillah. sesekali ada sedikit batuk.tekanan darah sesekali naik tetapi cepat2ku ambil suppliment & perahan air lemon dan air panas.kumur dgn air garam.air kunyit dan halia.terima kasih sahabat yg mengirim kan ubat ubatan & bekalan suppliment.

Wahai orang beriman, Dia Ya Sobur pemilik kesabaran, Dia ada bersamamu setiap saat & tidak pernah meninggalkanmu walau sesaatpun dan Dia Yang Kholiq mencipta ujian2 buatmu dalam hidup ini untuk menguji ketauhidan, keimanan dan kebergantungan kamu kepadaNya dan Dia tidak akan membiarkan mu mengharungi ujian2 ini keseorangan.

Sesungguhnya saat kamu merasa tidak mampu mengharungi ujian2Nya yang sangat sukar, Dia Ya ‘Alim Ya Baseer mengetahui perasaanmu dan Dia melihat setiap keadaanmu dan ketika dikau rasa sangat2 tidak mampu dan sangat lemah menghadapi ujian2Nya,Dia lah Ya Sobur yang akan memberi kesabaran kepadamu, dan janganlah bimbang, Dia tidak akan pernah membiarkan dirimu kalah dalam mengharungi ujianNya,pasti daya kesabaranNya akan membuatmu dapat mengharungi semua ujianNya dengan mudah dan Dia ya Sobur Ya Muqit sentiasa memberi kesabaran yang secukupnya buat kamu

#pejuangcovid19

Bertugas dengan Polis Diraja Malaysia.

Ini catatan bagaimana dia menghabiskan masa di hospital sepanjang menjalani rawatan.

Sudah hampir 1 minggu aku di wad HKL( wad covid)

Sejak 30 hb mac hingga lah ke hari ini.ketika coretan bisu ini di tulis aku masih lg di dlm wad bertarikh 5 april 2020 jam 9 pagi.Saat menaip setiap bicara hati ini terasa sebak.tetapi tulisan inilah yg membuat aku terus bersemangat & terus kuat utk cepat sihat.maafkan diri ku kerana aku tidak berupaya memendam perasaan seorang diri.aku perlukan kekuatan dari Allah swt & sahabat syurga semua

Maaafkan aku kerana tulisan ini meruntun jiwa & air mata.sesungguhnya aku selalu katakan pada diriku.Allah tidak pernah zalim.Allah syg.Allah kasih.Allah cinta. Allah rindu Ketika catatan ini juga di tulis arwah suami telah 9 hari pulang ke pangkuan ilahi. Al fatihah.

Rutin pagi ku di wad.aku byk kan me time dgn Allah & menulis.selepas solat subuh.. solat taubat.solat hajat.aku membaca yaasin. jam 7 mula mengaji mana yg termampu.ada kala mengaji #dailyquran bersama #ustazuwaisqorny terima kasih @oilyqueensisters yg memperkenal kan dgn program yg sgt bermanfaat ini. sungguh bermakna. sungguh tenang jiwa ini. terima kasih ustaz uwais

Jam 8 aku exercise buat senaman ringan di sebelah katil.membetul saraf saraf. sambil menunggu sarapan pagi.kalimah syukur tak henti henti ku ucapkan kerana sehingga hari ini aku masih lg bernafas & Allah jaga kan aku sebaik nya.

Jam 9 sarapan pagi sampai dan aku mula mengisi perut dengan suppliment yg aku bawa sendiri.minum air lemon panas. setakat ini tiada ubat utk pesakit covid19.

Tiap pagi adik jururawat ini nama nya Daniel akan membantu aku mengambil kan air panas da mengambil tekanan darah.adik ini shift pagi.
Aku yg sememangnya peramah hari hari bertanya khabar kepada nurse nurse di sini.ada kala air mata jatuh kerana kasihan melihat fronliner.

Aku tanya adik Daniel.”dik.panas kan baju tu dik.Allah.2/3 lapis awak kena pakai. kesian akk tgok.akak x mampu nak tolong selain doa utk awak semua selamat”
Jawab Daniel. “ya kak.mmg panas & pesakit semakin ramai.ini tugas kami kak.akk berehat ya”

Tulus ikhlas tugas mu wahai Daniel.akk abadikan gambar ini kerana byk mmbntu kami pesakit covid di wad 21 bilik 14 katil c nurse nurse yg lain & juga para fronliner yg lain juga sangat baik.melayan kami dgn penuh ikhlas

#pejuangcovid19 — at Hospital Kuala Lumpur(HKL).

Walaupun dirinya juga disahkan positif tetapi kuat semangat untuk pulih.
Published by
Siti Zurina Mat Saman