Wanita tak perlu bergambar dengan lelaki ajnabi, walaupun hanya sekadar suka-suka. Atas alasan apa sekalipun tak perlulah nak bergambar berdua, bukan saja tidak manis malah mengundang fitnah.
Nampak macam isu kecil, tetapi daripada bergambar bersamalah timbul perasaan suka dan pelbagai lagi. Ikuti perkongsian Hazwani Mohd Dah dan hadam baik-baik mengapa kita dilarang bergambar berdua dengan lelaki ajnabi.
Artikel Berkaitan:
Ajar Anak Perempuan Berkata TIDAK Pada Orang Mengganggunya! Pelihara Maruah Dapat Pahala
Untuk kawan-kawan perempuan ku, ada satu nasihat yang tidak suka didengar, tapi akak wajib pesan. Jangan bergambar berduaan dengan mana-mana lelaki. Tak perlu. Kalau atas tiket profesionalisme pun, jarakkan diri.
Bukan setakat bergambar saja, naik kereta berdua, makan berdua, sesama lawan jantina adalah tidak perlu.
Ramai yang kurang ilmu dan sensitiviti, asal baju warna sama saja, hendak ambil gambar berdua-duaan. Asal terjumpa saja, ambil gambar sebagai tanda jumpa kawan lama.
Malah, asal keluar makan saja, hendak kongsi sama sepinggan tanda rapatnya persahabatan macam abang dan adik. Jangan melorongkan atau spark kemesraan selain bukan suami kita. Kononnya ukhwah. Malu adalah mahkota kita.
Ramai juga yang gunakan tiket ‘ukhwah’ dan teman tapi mesra untuk gambar berduaan dan rapat begini, sebenarnya itu ialah ikhtilat.
Ustaz Adnin Roslan pernah cakap, yang rapat tak semestinya ukhwah dan yang tak rapat, tak semestinya tak ukhwah.
Dalam ukhwah lelaki dan perempuan, banyak batasan perlu dijaga;
1. Jaga pandangan
2. Jaga jarak
3. Tutup aurat (bukan balut aurat)
4. Bercakap bersahaja ( bukan manja dan gedik)
5. Cakap yang perlu saja.
6. Jangan berduaan.
Dalam masa yang sama, saya juga hendak berpesan kepada diri saya sendiri, hati-hati dengan pakaian kita.
Tutup aurat dan balut aurat adalah berbeza. Secantik apapun tubuh kita, ia tidak layak dibalut di hadapan lelaki ajnabi. Ketat dan terbonjol, especially part dada adalah sangat mengaibkan.
Ya, ingatan ini untuk semua sebenarnya, termasuk lelaki. Tapi, dalam kebanyakan kes, perempuan yang selalu over excited hendak bergambar, lentok-lentok, buat mulut muncung-muncung dan minta bergambar dengan lelaki.
Tak dinafikan lelaki pun ada yang begini.
Kawan-kawan wanitaku,
Jika kita pandai jaga diri, tegas, ada pendirian, sopan, jaga batas,
Jangankan lelaki hendak ajak selfie dengan kita, hendak berborak kosong pun mereka segan! Draw a line.
Kashoorga: Wanita seharusnya jaga jarak dengan lelaki yang bukan mahramnya. Apa lagi wanita yang sudah berkahwin, jaga maruah diri dan suami.
Sumber: Hazwani Mohd Dah
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.