‘Warga emas lari ikut lelaki bangladesh ketika tunai umrah.’ Travel Agency kena blacklist dan didenda RM72,812 oleh kerajaan Arab Saudi.
Apalah yang berlaku sebenarnya sehingga warga emas yang sedang menunaikan umrah meninggalkan kumpulannya dan mengikut lelaki Bangladesh yang baru dikenali tersebut.
Artikel Berkaitan:
Pakej Umrah Naik Harga, Travel Agency Diminta Cari Kaedah Terbaik Tidak Bebankan Jemaah
Seorang warga emas dari Wonosobo, wilayah Jawa Tengah, Indonesia, yang melarikan diri bersama lelaki Bangladesh ketika menunaikan umrah akhirnya pulang ke Indonesia, lapor portal berita Okezone.
Wanita dikenali sebagai Murni, 61, sebelum ini dilaporkan hilang selama sebulan selepas mengikut lelaki berkenaan ketika berada di Arab Saudi.
Menurut pemilik Firdaus Mulia Abadi Tour, Tri Winarto, Murni mengikuti ibadah umrah anjuran syarikatnya pada 1 Februari lalu.
“Sebulan yang lalu, dia mendaftar untuk mengerjakan umrah dengan syarikat kami. Dia berasal dari Wonosobo dan mengikuti pakej umrah selama 11 hari.
Namun pada hari ketiga berada di Tanah Suci, Murni tiba-tiba menghilangkan diri. Selepas memeriksa rakaman sistem televisyen tertutup (CCTV), Murni didapati mengikut seorang lelaki warga Bangladesh.
“Sehingga kami pulang (ke Indonesia) pada 11 Februari lalu, Murni tidak juga muncul. Selaku pengendali, kami berasa keliru,” kata Tri.
Tambahnya, situasi itu membuatkan syarikatnya disenarai hitam dan dikenakan denda oleh kerajaan Arab Saudi kira-kira 250 juta rupiah (RM72,812).
Selepas sebulan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk keluarga dan kerajaan Arab Saudi, Murni akhirnya berjaya dikesan.
“Selepas kami menemui lelaki Bangladesh tersebut, dia berjanji untuk memulangkan Murni kepada wakil kami di Arab Saudi.
“Akhirnya, Murni pulang ke Indonesia pada Rabu minggu lepas,” jelasnya. – Agensi
Baca Di Sini:
Kashoorga: Alhamdulillah akhirnya Murni kembali ke pangkuan keluarga.
Sumber: Kosmo Online
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.