Dilaporkan sejumlah RM70 billion harta pusaka tak dituntut terbiar begitu sahaja tanpa boleh diagihkan kepada yang berhak. Ini semua terjadi atas kecuaian kita sendiri yang tidak sempat mengurus dan memilih instrumen pembahagian harta pusaka yang dimiliki kepada waris.
Jangan dikaburi dengan kerukunan hubungan kekeluargaan yang aman damai semasa kita masih hidup. Kita lupa ada urusan akhirat perlu kita selesaikan sebelum mati iaitu urusan pembahagian harta milik kita. Apabila kita sudah dalam kubur nanti, akan timbul isu perebutan harta. Dan ini akan dipersoalkan nanti di akhirat.
Artikel berkaitan:Harta Faraid, Ujian Jaga Amanah Tak Lupa Tanggungjawab Peguam Kongsi Pengalaman Urus Pembahagian Harta
Artikel berkaitan: Tiada Perebutan Harta. Wanita Kongsi Terima Layanan Terbaik Ipar-duai Semasa Iddah.
Waris yang hidup, masing-masing sibuk menuntut hak atas harta yang kita tinggalkan, sedangkan kubur kita masih merah lagi. Paling sedih, isteri dan anak-anak kita menjadi mangsa, satu sen pun tak dapat pun ada. Sampai ke sudah urusan pembahagian harta tak selesai. Agak-agaknya boleh aman ke kita di dalam kubur nanti?
Ikuti perkongsian Mina Azmina, peguam shariah dari Azmina Wardah & Associates memberi pencerahan ke mana atau instrumen apa yang boleh kita pertimbangkan untuk menguruskan harta pusaka kita. Bila dah tahu metod yang sesuai, tak ada lah nanti waris bermasam muka tak bertegur sapa.
Menurut Mina, isu kehartaan dalam sesebuah keluarga boleh menyebabkan berlaku pergaduhan antara adik beradik setelah berlaku kematian salah satu pihak dalam keluarga tersebut.
Semasa hiduplah kita perlu cakna tentang isu kehartaan supaya apabila berlaku kematian tidak ada pertelingkahan dalam keluarga. Secara lumrahnya; apabila susah atau masih hidup tiada yang mahu mengaku adik beradik, tetapi bila berlaku kematian, ramailah yang akan mengaku adik beradik atau mendakwa dirinya sebagai waris si mati dan ingin menuntut hak mereka katanya.
Menjelaskan lagi, Mina menekankan bahawa bab duit dan harta kebanyakan manusia boleh jadi gelap mata. Realitinya siapa yang tak nak harta dan wang ringgit yang banyak kan?
Maka bertindaklah sekarang dan sebagai permulaan kenali dulu instrumen untuk pewarisan dan pembahagian harta pusaka yang perlu kita ambil tahu.
Wasiat membolehkan si pemilik harta mewariskan harta kepada bukan waris atau waris tanpa melalui pembahagian faraid. Namun, jumlahnya terhad kepada nilai 1/3 harta sahaja dan perlu kepada persetujuan semua waris.
Menghadiahkan harta kepada mana-mana individu atau organisasi samaada waris atau bukan waris. Si pemilik harta boleh mewariskan harta kepada bukan waris seperti anak angkat atau mana-mana waris yang dirasakan lebih memerlukan berbanding yang lain. Kebiasaannya, hibah diberikan atas dasar kasih-sayang.
Mengisytiharkan harta-harta sebagai hasil usahasama dengan pasangan yang sah. Dengan mengisytiharkan harta sepencarian, si suami boleh mewariskan sebahagian harta secara terus kepada isteri (dan juga sebaliknya) tanpa perlu diagihkan melalui faraid.
Menyerahkan harta kepada pihak ketiga iaitu pemegang amanah yang akan bertanggungjawab mengurus dan melindungi harta pusaka daripada tuntutan pihak lain.
Sebagai contoh, mengamanahkan bendang sawah kepada persatuan, dan sebahagian hasilnya hendaklah diberi kepada waris-waris yang ditinggalkan.
Menginfaqkan harta pusaka yang ditinggalkan sebagai sumbangan ke arah jalan kebaikan dan kegunaan umum, contohnya mewakafkan tanah untuk dibina masjid.
Wakaf berfungsi sebagai kesinambungan amalan selepas kematian.
Sebaik-baiknya, jumlah harta yang diwakafkan tidak melebihi 1/3 nilai kesemua harta yang ditinggalkan.
Kaedah pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh hukum Islam.
Faraid memastikan pembahagian yang adil dan saksama kepada kesemua waris yang ditinggalkan.
Pecahan pembahagian bergantung kepada jenis (anak lelaki, anak perempuan, isteri, ibu, bapa) dan bilangan waris yang masih ada.
Kashoorga: Ini antara instrumen atau platform mana yang kita boleh pilih untuk selesaikan pembahagian harta pusaka kita nanti. Buatlah segera sebelum meninggal dunia.