“Ya Allah Berilah Segala Terbaik Buat Malaikat Kecil Ini” – Siti Pohon Sebarkan Doa Untuk Kesembuhan Adik Nishka Yang Derita Kanser Otak

Share

Kisah penderitaan adik Kyfa Niskha Al-Kautsar Mohd Farhan, 4 bulan, yang disahkan penghidap kanser otak (medullablastoma) tahap 4 selepas 21 hari dilahirkan telah mendapat perhatian ramai.

Menurut laporan Harian Metro bayi berkenaan disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas keadaan kepalanya yang agak besar berbanding bayi seusianya dan perlu menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains (HUSM), Kubang Kerian.

Ibunya, Khairiah Kamarudin, 35 than, berkata, luluh hatinya sebaik pakar perubatan memaklumkan bayinya yang masih kecil menghidap kanser otak tahap empat.

Sebaik kisahnya jadi viral memang mengundang simpati warga net malah ramai melahirkan rasa simpati pada keluarga ini.

Bayi comel juga telah menjalani beberapa pembedahan termasuk pembedahan utama bagi membuang tumor di kepalanya.

Dan terbaru dalam posting penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza beliau turut mendoakan kesejahteraan buat si kecil ini.

Dalam doanya, Siti memohon supaya Allah memberikan segala yang terbaik buat malaikat kecil ini.

Menurutnya doa adalah senjata dan beliau dengan itu meminta semua warga net ambil sedikit masa untuk mendoakan si kecil ini yang sedang menderita sakit.

Siti turut menambah betapa besar dan hebat dugaan ibu dan ayah kepada adik ini. Tetapi menurutnya lebih besar lagi hikmah yang Allah SWT berikan kepada keluarga ini.

Sebagai seorang ibu, pastinya hati kecil Siti amat terkesan dengan penderitaan dialami adik Nishka ini.

Justeru dalam usaha membantu adik Nishka, Siti memohon agar followernya yang berjumlah 6.5 juta untuk berkongsi kisah adik ini dan sama-sama berdoa agar Allah sembuhkan si kecil ini.

Ternyata posting repost dari gambar keluarga adik yang di muat naik satu hari lalu ini mendapat lebih 800 ribu tontonan di instagram Siti.

Mendapat lebih 3,000 komen dari netizen dan masing-masing turut mendoakan kesejahteraan adik Nishka.

hasyidahasballah Syafakillah Nishka..semoga Allah angkat semua kesakitan Nishka

jueaziz22_official Sembunkan lah Nishka..permudahkn urusan keluarga nya Amin

syabie_ranie Ya allah berikanlah kesembuhan kepada anak kecil ini..Tabahkan hati org tuanya.. Dan di beri keajaiban utk anak syurga ini..Aamiin..

nurul_akmar Syafakillah.. Moga Allah bg kesembuhan buat Nishka syg dan kesihatan yg baik.. Aamiin.

haya_rahim Allah maha kuasa.. semoga diberi kesembuhan.. xsanggop tengok menitis air mata.. apatah lagi family dia..semoga ada keajaiban.. adik Nishka sembuh sihat seperti baby2 lain.. amiin

KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK & KHEIRY KHAIRIAH

Published by
Siti Zurina Mat Saman