Suami tak kerja bukan sekadar seksa kewangan keluarga. ‘Tapi kau seksa juga emosi, perasaan isteri’. Hari-hari mengadap sikap suami yang malas bekerja sudah tentu memberi tekanan pada isteri.
Kalau sebulan, dua suami tak bekerja disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan bolehlah dimaafkan. Namun bila bertahun-tahun tak bekerja, kalau bekerja pun sekejap saja berhenti memanglah menyakitkan hati isteri.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Kerja, Tak Perlulah Aku Bagi Duit.’ Nafkah Isteri Mesti Suami Tunaikan Walau Pendapatan Dia Lebih Tinggi
Suami Tak Kerja
Kongsi Ustaz Firdaus Mokhtar:
2,3 hari ini banyak betul terima mesej daripada isteri yang mengadu tentang suami yang tidak bekerja. Pagi tadi saya bangun tidur, tengok sudah ada satu mesej panjang dekat messenger.
Pun hal yang sama, tentang suami tak bekerja. Atau pun kerap tukar kerja. Tak sampai 1,2 bulan di tempat kerja, berhenti. Cari kerja lain punyalah susah hendak dapat.
Lepas dapat kerja lain, berhenti lagi.
Bukan Sekadar Seksa
Bila tanya dia apa punca dia berhenti. Macam-macam jawapan. Tak sesuai dengan bos, kawan-kawan tak bagus, tempat kerja jauh, penat kena buat kerja macam-macam dan tak kurang ada yang kata tak layak kerja tu. Padahal syarikat sudah terima. Sendiri pula rasa tak layak.
Dalam kes begini ada dua keadaan pula yang saya terima.
Pertama; memang suami jenis kerap tukar kerja. Bila sampai masa tak ada kerja, rajin pula pergi keluar minum jumpa kawan-kawan. Lepaskan tekanan katanya.
Jumpa berjam-jam. Siang keluar, malam pun keluar. Mana dapat duit? Mestilah minta dekat isteri. Bala.
Kerja tidak, minta pula dekat isteri hari-hari.
Kedua; sudahlah kerja pun tak ada, sibuk nak kahwin lagi.
Ini pun banyak. Serius banyak. Pendapatan tak ada, keluarga yang sedia ada ini pun tak terjaga betul.
Baca Di Sini:
Boleh Ke Isteri Tak Kerja Ambil Duit Suami & Beri Kepada Keluarga Secara Rahsia?
‘Terlibat Kemalangan, Sengaja DiLanggar, Dipukul Hingga Koma.’ Isteri Korbankan Segala Kudrat Bantu Suami
Kewangan Keluarga
Duduk rumah sewa dengan adik ipar. Jadi semua bergantung ke adik ipar. Ada isteri yang terpaksa ambil keputusan hantar anak balik kampung, sebab tak ada kemampuan nak hidup sama dengan bandar. Belanja tinggi.
“Tapi puan hantarlah duit ke mak dekat kampung untuk anak-anak?” Saya tanya.
“Tak juga. Kadang-kadang kalau ada lebih. Saya tahu saya salah buat macam tu. Kasihan pada mak saya. Tapi saya tak ada duit lebih. Suami memang tak ada duit. Tak bekerja langsung dah 4,5 bulan,” jawab dia.
Tak kira keadaan pertama atau kedua, dua-dua keadaan ini menyebabkan isteri tersepit. Tekanan. Antara nak terus bagi semangat ke suami atau nak minta dilepaskan.
Tapi Kau Seksa
Bila tak ada duit, banyaklah masalah timbul. Lagi teruk minta duit dekat isteri, isteri tak bagi, dimarahnya pula.
Bukan kejap, kejap. Berlarutan 3 hingga 4 tahun usia perkahwinan. Itu yang saya kata isteri begini tersepit. Akhirnya kemurungan.
Kawan-kawan sekalian,
Yang lelaki. Bila kau fikir nak berumah tangga, itu adalah saat untuk kita lebih bertanggungjawab. Membina rumah tangga kau bersama-sama.
Juga Emosi
Bukan sebagai jalan untuk kau jadi raja dalam rumah. Duduk tanpa kerja. Harap ke duit isteri untuk selesaikan banyak urusan diri kau dan rumah kau.
Satu hal lagi, yang sibuk nak kahwin lagi tapi tak ada kerja ni. Kau dah kenapa bang? Tambah sumber pendapatan dengan tambah isteri, macam tu? Ya ampun.
Kalau betul pun kau tak ada kerja, carilah apa sahaja pun kerja yang kau boleh buat. Sekali pun kau terpaksa bekerja jadi tukang sapu. Asalkan kerja halal.
Perasaan Isteri
Kata kunci dia, janganlah memilih kerja. Fikirkan yang lebih utama. Apakah keselesaan kita bekerja atau hakikat nak menanggung keluarga itu yang lebih dulu kita kena hadap?
Mestilah tanggungan keluarga kita dulu. Lagi-lagi kalau sudah ada anak. Semua nak kena suap makan. Belum cerita soal pakaian dan sekolah lagi.
Berusahalah wahai lelaki, wahai suami. Tak bekerja ini kau bukan seksa kewangan kau, tapi kau seksa juga emosi dan perasaan isteri. Sampai 1 masa, kau balik yang marah-marah ke isteri kau.
Ingatlah, tak selesai urusan kau sebagai suami dekat dunia ni, bermakna tak selesai juga urusan akhirat kau nanti.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Berusahalah kita semua.
Kashoorga : Menjadi tanggungjawab suami menyediakan dan memberi nafkah kepada isteri. Jangan sampai tanggungjawab ini beralih kepada isteri.
Sumber : Ustaz Firdaus Mokhtar
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.