Jika masih belum bertemu jodohnya lagi teruskan berdoa. Tidak ada yang mustahil kerana Allah nescaya akan makbulkan setiap permintaan hambaNya selagi kita percaya dan taat pada suruhanNya.
Urusan rezeki, maut pertemuan dan jodoh itu semua menjadi rahsia Allah. Jadi jangan sombong untuk tidak memohon kepadaNya kerana hanya Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Ya Allah, Jika Memang Benar Dia Tercipta Untukku, Maka Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku
Jika Dia Memang Untukku, Berikanlah Keyakinan Didalam Hati Kami Bahwa Kami Diciptakan Untuk Saling Memiliki
Namun Jika Dia Memang Bukan Jodohku, Maka Damaikanlah Hatiku Dengan Ketetapan-Mu
Ikhlaskanlah Hatiku Dengan Semua Ketentuan-Mu, Agar Bisa Menerima Kenyataan Ini
Damaikanlah Hatiku Agar Tidak Merasa Kecewa Dengan Ketentuan-Mu Jikalau Dia Memang Bukan Jodohku…
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Anak Lelaki Syurganya Dibawah Telapak Kaki Ibu” – Kisah Abam Yang Sangat Kasihkan Ibunya Patut Dicontohi
Sudah hampir tiga hari pelawak Abam Bocey meninggalkan dunia ini. Walaupun dua hari telah berlalu, namun masih ramai yang memperkatakan tentang kematiannya yang sangat dicemburui.
Ternyata ramai yang menyayangi pelawak ini hinggakan solat jenazahnya seperti orang solat Jumaat. Betapa ramai yang menyayangi arwah yang baru berusia 32 tahun.
Ramai yang membicarakan kebaikan dilakukan Abam Bocey ketika hayatnya dan salah satunya dari Khairul Hakimin Muhammad yang memberitahu isi hati dari ibu arwah, Puan Sabariah Arshat.
Ternyata semasa hayatnya Abam sangat menyayangi ibunya ini dan insan istimewa ini dilayan bagai menatang minyak yang penuh.
Menurut ibunya memberitahu bahawa arwah seorang anak yang baik, jaga dirinya dengan baik, sangat bersabar dan tidak pernah meninggi suara. Malah Abam sangat menghormati ibunya yang dianggap syurga di bawah telapak kaki ibunya ini.
Walaupun sering menghiburkan orang di luar tetapi apabila balik ke rumah arwah akan menghiburkan hati ibunya dengan layanan anak soleh.
Malah dia menyempurnakan tanggungjawab menjaga ibunya itu dengan penuh keikhlasan. Semoga syurga juga menjadi tempat buat arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd ini.
Dalam banyak-banyak berita semalam, saya membaca satu demi satu luahan Puan Sabariah Arshad. Termasuk video yang dimuat naik wartawan dan rakan artis. Ianya memang luahan sempurna seorang ibu.
Semalam, anak yang dikandung 9 bulan, dijaga rapi kemudiannya dewasa dan menjaga beliau dengan paling selesa, menghembuskan nafas terakhir di dalam tidur. Dikejutkan isteri namun tidak lagi bergerak dan bernafas. Maka pulanglah dia ke negeri abadi tanpa sedikit pun pesanan atau nasihat kepada yang tinggal.
Si ibu ini, setiap kali membuka mulut, keluarlah ayat,
“dia sabar dengan saya.”
“dia baik sangat dengan saya.”
“dia jaga saya baik-baik.”
“saya ni sakit, susah berjalan, susah nak buat itu nak buat ini, tapi dia sangat sabar dengan saya, tak pernah tinggi suara, semua dia buat ja.”
Maka inilah yang kita selalu dengar, anak lelaki, syurganya di bawah tapak kaki ibu. Bagaimana rumitnya nak menjaga, nak melayan dan menuruti kehendak ibu, tetap perlu disantuni dengan sebaiknya.
Disebalik gelak ketawa yang kita sering lihat dan terhibur, di luar sana, apabila dia pulang ke rumah, dia menghiburkan ibunya sendiri dengan layanan anak soleh.
Tak ada diberitahu sesiapa, tidak ada selfie sambil membantu ibu, semuanya penuh keikhlasan dan tanggungjawab. Itulah Abam Bocey yang kita kenal.
Syurga tempatmu insya-Allah. Banyak saya belajar dari kematian almarhum. Semoga kita yang masih berpeluang melihat, sentuhlah hati sendiri dan belajar lihat dan pandang bagaimana seorang ibu menghulurkan kunci syurga dari tangannya sendiri kepada anaknya.
Itulah kejayaan paling besar buat ibu. Nanti berpelukan di sana, anak dah tunggu.
Ya Rabb. Doa kami, semoga Puan terus kuat dan tabah. Kami juga tidak setabah dan sekuat Puan, kehilangan anak adalah kehilangan paling besar buat seorang ibu, namun, bahu kami tetap ada untuk tahan sekejap tangisan, legakan sebentar keresahan. Semoga hal kecil ini dapat menenangkan puan.
Kawan-kawan, santuni emak kita sebaik-baiknya. Mereka sahaja ada kunci pintu syurga kita semua.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak masuk syurga juga.
Artikel Berkaitan: “Jemaah Solat Jenazah Hingga Luar Masjid”-PU Rahmat
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Agong & Raja Permaisuri Redah Banjir Tinjau Masalah Rakyat, Ramai Zahirkan Kagum Pada Keperibadian Pasangan Ini
Akhlak adalah cerminan diri individu. Akhlak meliputi budi pekerti, perangai, tingkah laku atau tabiat. Rasulullah SAW yang juga Rasul terakhir diutus untuk menyempurnakan akhlak, seperti sabda Baginda bermaksud: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia.” (HR al-Hakim)”.
Dan kerana akhlak yang baik jugalah menzahirkan rasa hormat seseorang kepada individu lain.
Hal inilah yang terjadi kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mencemar duli meredah banjir meninjau situasi banjir di ibu kota susulan hujan lebat yang melanda ibu kota tanpa mengira pakaiannya basah atau jawatan dipegang Baginda.
Dapat dilihat Baginda berada di tengah hujan, menuruni kenderaan di jalan susur menghala PWTC dan meredah air banjir bagi melihat sendiri situasi banjir di sekitar kawasan tersebut sekaligus mencerminkan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat baginda tanpa mengira tempat, masa dan cuaca.
Bahkan keesokan harinya pula, bersama isteri, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Baginda dilihat mencemar dulu melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
Baginda telah berkenan meluangkan masa hampir satu jam dari jam 11.15 pagi menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa banjir di PPS tersebut.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mereka dengan harapan ianya dapat mengurangkan beban yang ditanggung akibat musibah banjir kilat susulan hujan lebat sejak 48 jam lepas.
Melihat kepada keprihatinan pasangan ini, membuatkan rakyat menzahirkan rasa kagum di atas keperibadian pasangan ini dan mendoakan kesejahteraan mereka berdua. Sumber : FB Istana Negara
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
10 Bukti Si Dialah Jodoh Yang Tepat, Usah Pilih Yang Lain
Sebenarnya masih ramai yang kurang yakin bahawa individu yang berada di sisinya sebagai kekasih itu betul-betul sesuai atau tidak untuk menjadi pasangannya. Memang betul jodoh itu ialah rahsia ALLAH. Pun begitu, kita pasti mahu tahu bahawa benarkah dia insan yang ditakdirkan untuk kita.
Kita sering dihambat kebimbangan jika tersalah pilih. Maklumlah perkahwinan ialah komitmen sepanjang hayat. Berikut 10 tip untuk memastikan bahawa si dialah orang yang tepat sebagai jodoh anda.
1) Anda dan Si Dia Kekal Bercinta Tanpa Banyak Usaha
Ada orang yang hubungannya penuh onak dan duri. Pelbagai masalah datang sehingga mengganggu-gugat keharmonian perhubungan. Berbeza dengan anda dan si dia. HUbungan berlangsung dengan aman dan kedua-dua belah keluarga merestui hubungan kalian tanpa banyak soal. Ya, maka dialah orangnya.
2) Hubungan Cinta Kurang Drama
Jika anda dan si dia tenang dan tidak banyak drama air mata, maka itulah salah satu tanda kalian memang dijodohkan bersama. Berbeza jika anda asyik berendam air mata kerana si dia asyik melukakan hati anda. Lagi pelik jika walau kerap dia membuat anda memangis, anda masih tetap mahukan dia.
3) Si Dia Mudah Diterima Oleh Keluarga dan Sahabat Anda
Penerimaan keluarga dan sahabat terdekat anda adalah tanda yang si dia memang sesuai untuk anda. Ini kerana aura positif yang terpancar daripada personalitinya itu yang membuatkan orang sekeliling anda mudah menerima si dia.
4) Dia Bijak Menjernihkan Suasana
Tiap kali anda dan dia berselisih pendapat, hubungan mudah kembali pulih kerana si dia bijak menjernihkan suasana. Orang sebegini memang sesuai dijadikan pasangan kerana pandai membuat emosi stabil.
5) Dia Bukan Sekadar Kekasih Tetapi Sahabat
Sahabat ialah orang yang selalu ada kala kita suka dan duka. Sahabat tidak akan pernah meninggalkan kita walau macam mana buruk pun perangai kita. Justeru, kekasih yang berusaha menerima segala kekurangan kita adalah orang yang sesuai menjadi pasangan kita.
6) Dia Mengajak Anda Ke Jalan Yang Lebih Baik
Sepanjang berkawan dengannya, anda menjadi lebih baik. Dia mengingatkan anda mengenai solat, menutup aurat dan sebagainya. Dia memberi semangat untuk anda cepar khatam Quran. Jika dia begitu, maka dialah orangnya.
7) Dia Tidak Ganggu Kehidupan Sosial Anda
Sebelum bercinta dengannya, anda mempunyai hobi dan rakan-rakan lain. Bercinta tidak sepatutnya membuatkan anda kehilangan kehidupan sosial. Jika dia asyik ganggu kehidupan sosial anda dengan rakan-rakan yang lain, maka lupakanlah. Ini kerana nampak sangat dia suka mengongkong.
8) Selalu Bercerita Soal Masa Depan Dengan Anda
Jika si dia selalu bercerita impiannya untuk hidup dengan anda sebagai suami isteri, dan mulai merencana itu ini dengan anda, maka dialah orang yang sesuai untuk dijadikan pasangan.
9) Anda Rasa Yakin Untuk Hidup Dengannya
Jika anda ada rasa yakin untuk meletakkan harapan kepada si dia selepas berkahwin, itu tandanya jodoh. Anda rasa dia mampu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dari segi percakapannya, perwatakannya dan komitmennya.
10) Dia Melengkapi Hidup Anda
Bersama si dia, anda rasa hidup lengkap. Dia boleh diharapkan untuk melengkapi kelemahan anda. Misalnya anda jenis panas, manakala si dia jenis sejuk dan lembut. Anda pandai memasak, si dia pula rajin mengemas rumah.
https://www.youtube.com/watch?v=2GUkdRmPYJE
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI