
Isi Kandungan
ToggleJika masih belum bertemu jodohnya lagi teruskan berdoa. Tidak ada yang mustahil kerana Allah nescaya akan makbulkan setiap permintaan hambaNya selagi kita percaya dan taat pada suruhanNya.
Urusan rezeki, maut pertemuan dan jodoh itu semua menjadi rahsia Allah. Jadi jangan sombong untuk tidak memohon kepadaNya kerana hanya Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.


Ya Allah, Jika Memang Benar Dia Tercipta Untukku, Maka Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku
Jika Dia Memang Untukku, Berikanlah Keyakinan Didalam Hati Kami Bahwa Kami Diciptakan Untuk Saling Memiliki
Namun Jika Dia Memang Bukan Jodohku, Maka Damaikanlah Hatiku Dengan Ketetapan-Mu
Ikhlaskanlah Hatiku Dengan Semua Ketentuan-Mu, Agar Bisa Menerima Kenyataan Ini
Damaikanlah Hatiku Agar Tidak Merasa Kecewa Dengan Ketentuan-Mu Jikalau Dia Memang Bukan Jodohku…
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Subhanallah! Lelaki Ini Digerakkan Hati Oleh Allah Bantu Suami Isteri OKU Di Tepi Highway, Gara-Gara Tayar Kempis

Isi Kandungan
ToggleSetiap dugaan yang Allah beri pasti ada hikmah tersembunyi yang kita tidak ketahui. Kadang-kadang perkara dibuat hanya kecil sahaja, tetapi memberi makna cukup besar kepada yang menerima pertolongan.
Seperti kisah perkongsian lelaki ini, Zairul Eizam yang ditakdirkan oleh Allah untuk menolong sepasang suami isteri yang Orang Kelainan Upaya (OKU) pada lewat Maghrib ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.
Menurutnya ketika dalam perjalanan di satu highway, dia perasan motor ditunggang seorang penunggang motor lain seperti tidak stabil.
Rupanya motor berkenaan dinaiki sepasang suami isteri yang membawa anak mereka masih bayi untuk membuat pemeriksaan di hospital.
Motor yang ditunggang suami isteri ini kurang angin dan jika tidak stabil boleh menyebabkan motor jatuh. Tanpa diminta, dia terus menolong keluarga OKU ini sehingga sampai ke rumah.
Situasi ini memberi satu pengalaman dan pengajaran yang sangat bermakna buatnya. Ternyata Allah menggerakkan hatinya untuk berkongsi kisah pasangan ini di laman sosial.
Dia juga berharap Allah juga akan menggerakkan hati sesiapa yang membaca kisah ini untuk menghulurkan sedikit sumbangan buat keluarga OKU ini.
Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati.
Sekitar waktu maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu motor ni menunggang macam tak stabil. Dalam hati apa ke halnya ni. Bahaya betul.
Sepintas lalu, saya toleh ke sebelah kiri. Sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang.
“Allahu, ada baby”.
Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu.
“Bang, kenapa ni”. Tanya saya.
Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap.
Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang.
Terus dapat idea, saya keluarkan handphone dan taip apa yang berlaku. Kemudian saya tanya rumah di mana. Si isteri yang sedang kendong baby, cuba membalas soalan saya.
“Bukit Subang”.
Kebetulan ada pakcik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya. Terus setuju, sekurang kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami.
Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana.
Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri,
“Tak kerja. Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing”.
Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah. Mereka bersetuju.
Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Saya nekad nak bantu mereka. Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka. Dengan izin Allah, bantuan sampai.
Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata. Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay. Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi.

Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan. Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini.
Bagi kalian yang ingin membantu, saya sertakan nombor akaun dan nombor telefon si ayah.
12234020181048 – Bank Islam (Zubair Mohammad)
atau
151044019060 – Maybank (Zubair Mohammad)
0129414966 – En. Zubair Muhammad
Facebook – Zubair Muhammad
Selain tu, saya lampirkan foto dan video untuk tontonan kalian semua. Terima kasih. Moga Tuhan permudahkan segala urusan dan tugasan kita semua.
Sejak posting ini dimuat naik warganet turut bersimpati dengan kisah keluarga OKU ini. Mereka turut menghulurkan bantuan dengan memberi sumbangan melalui akaun dinyatakan.
Malah pasangan ini juga berjaya mendapatkan rawatan untuk anak di Hospital Sungai Buloh yang lebih dekat dengan rumah mereka.
Semoga pertolongan En Zairul ini mendapat basalan sewajarnya dari Allah. Nilai sumbangan kecil, tetapi sangat bermakna buat lelaki ini yang mengharapkan segala urusannya juga akan dipermudahkan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Demi Kelancaran Ibadah Haji, Arab Saudi Perkenal Robot Canggih Penghantar Air Zam-Zam

Demi memastikan tahap keselamatan tidak berlaku penularan wabak COVID-19 ketika musim haji yang biasanya melibatkan jutaan umat Islam, Kerajaan Arab Saudi memutuskan tiada jemaah dari negara lain dibenarkan menunaikan haji tahun ini kecuali rakyat Arab Saudi sahaja iaitu seramai 60,000 yang bertuah tahun ini.
Selain menghadkan bilangan jemaah, masa yang sama mereka turut memperkenalkan teknologi canggih di Kaabah untuk menyambut ibadah haji iaitu memperkenalkan robot penghantar air zam-zam untuk para jemaah.
Menurut Presiden Jeneral Dua Masjid Suci, Abdulrahman Al Sudais, robot ini sudah mulai diuji di Masjidil Haram pada 13 Jun lalu dan mulai menampakkan keberkesanannya. Robot yang tampak seperti membawa dulang bertingkat ini akan mengelilingi kawasan masjid di mana orang ramai boleh mengambil air zam-zaman tanpa adanya sentuhan dengan jemaah lain.
Al-Sudais menyatakan, teknologi sangat penting untuk menjaga keselamatan jemaah haji, terutama di masa pandemik Covid-19. Namun sesuatu yang menarik, robot penghantar zam-zam ini telah ilhamkan oleh Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Amr Almaddah di mana beliau bertanggungjawab di atas teknologi yang ada di Masjidil Haram ini.

Moga dengan beberapa teknologi diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi, tahun hadapan peluang umat Islam menunaikan haji akan terbuka luas. Sama-sama kita berdoa.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
4 Doa Mustajab Buka Luas Pintu-pintu Rezeki

Isi Kandungan
ToggleJangan putus kirimkan doa menjemput rezeki. Rezeki itu hak mutlak Allah SWT. Hanya Dia sahaja berhak menentukan sikit atau banyaknya rezeki yang akan diterima oleh hambaNya. Walau apa pun rezeki yang diberi, kita harus mensyukurinya.
Ada banyak pintu rezeki yang selalu kita harapkan berkatnya. Antara pintu rezeki itu adalah rezeki yang telah terjamin, kerana usaha, kerana bersyukur, rezeki tidak terduga, banyak beristighfar, bernikah, kerana anak, bersedekah, bersilaturrahim, beriman dan bertakwa, rezeki kerana banyak melakukan solat dan ibadah lain.
Jika sudah banyak usaha dilakukan, kita susuli lah dengan doa-doa pembuka rezeki. Lakukan secara istiqomah.
Allah sangat suka mendengar doa yang diminta oleh hambaNya dan InsyaAllah akan termakbul. Yang membezakan rezeki itu adalah cepat atau lambat, sedikit atau banyak.
Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk; material seperti gaji, harta dan anak dan bukan material seperti kebahagiaan, kesihatan, keselamatan dan banyak lagi.
Konsep rezeki ialah apa sahaja pemberian dan anugerah Allah kepada hambaNya yang berhak. Allah memang telah menjamin rezeki setiap hambaNya. Apa yang penting cara rezeki itu diperoleh haruslah menerusi jalan yang berkat.
Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki
“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu surga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”.
Doa Memohon Rezeki yang Halal dan Berkat
Selain memohon untuk dibukakan pintu rezeki, kita berdoa lah jga agar rezeki yang diperoleh itu adalah rezeki yang halal dan berkat.
Untuk memohon rezeki yang halal dan berkah, bacalah doa berikut:
“Ya Allah, aku minta pada Engkau akan pemberian rezeki yang halal, luas, baik tidak tanpa sulit dan juga tanpa kemelaratan dan tanpa keberatan, sesungguhnya Engkau kuasa atas segala sesuatu”.
Doa memohon rezeki yang melimpah
Amalkan juga doa yang diamalkan oleh Nabi Sulaiman kerana Baginda sentiasa dikarniakan rezeki yang berlimpah ruah seperti harta kekayaan yang luar biasa banyak dan kerajaan yang besar serta agung.
Doa tersebut seperti berikut:
“Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Pemberi”.
Doa untuk menarik rezeki dari segala penjuru
Sebaik selesai solat, jangan terus beredar. Berzikirlah kita terlebih dahulu dan disusuli dengan doa bagi memohon hajat dipenuhi dan dikurniakan rezeki daripada pelbagai penjuru.

“Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kita Nabi Muhammad sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Zat yang Maha Meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. Luaskanlah dan banyakkanlah rezekiku dari segenap setiap penjuru dari perbendaharaan rezeki-Mu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahan-Mu juga. Dan, limpahkanlah pula rahmat dan salam atas dan para sahabat beliau”.
Baca doa ini sebanyak 7 kali setiap selesai sholat fardhu.
Artikel berkaitan:Pengakuan Bersalah Merupakan Doa Paling Indah Di Sisi Allah Imam Muda Asyraf
Artikel berkaitan:Ini Rupanya Doa Nak Ikat Hati Pasangan, Jangan Lupa Sebut Namanya Dalam Setiap Doa
Amalan yang menambah kemustajaban doa ini:
Rajin tunaikan solat dhuha 4 rakaat dengan 2 kali salam. Allah berjanji akan mencukupkan rezeki kita yang mendirikan solat sunat dhuha pada hari itu.
Mengamalkan amalan sunat, berzikir dan beristighfar akan memperbanyakkan lagi timbangan pahala seterusnya akan menggugurkan dosa-dosa. Dosa-dosa yang masih bersisa merupakan penghalang datangnya rezeki kepada kita.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI