
Isi Kandungan
ToggleJika masih belum bertemu jodohnya lagi teruskan berdoa. Tidak ada yang mustahil kerana Allah nescaya akan makbulkan setiap permintaan hambaNya selagi kita percaya dan taat pada suruhanNya.
Urusan rezeki, maut pertemuan dan jodoh itu semua menjadi rahsia Allah. Jadi jangan sombong untuk tidak memohon kepadaNya kerana hanya Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.


Ya Allah, Jika Memang Benar Dia Tercipta Untukku, Maka Dekatkanlah Hatinya Dengan Hatiku
Jika Dia Memang Untukku, Berikanlah Keyakinan Didalam Hati Kami Bahwa Kami Diciptakan Untuk Saling Memiliki
Namun Jika Dia Memang Bukan Jodohku, Maka Damaikanlah Hatiku Dengan Ketetapan-Mu
Ikhlaskanlah Hatiku Dengan Semua Ketentuan-Mu, Agar Bisa Menerima Kenyataan Ini
Damaikanlah Hatiku Agar Tidak Merasa Kecewa Dengan Ketentuan-Mu Jikalau Dia Memang Bukan Jodohku…
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Hukum Siarkan Tutorial Make-Up Gunakan Wajah Model Wanita Di Media Sosial?

Isi Kandungan
TogglePerkembangan teknologi melahirkan ramai guru make-up atau tutor online yang mengajar cara-cara nak bersolek.
Tentunya dalam keghairahan itu, ada perkara yang melibatkan hukum agama kita terlepas pandang. Niat untuk beri ilmu bertukar menjadi dosa pula, boleh jadi haru. Kita baca persoalan hukum tutorial solekan wajah di media sosial oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ini.
SOALAN
Saya mempunyai kemusykilan dan tercari-cari jawapan. Saya merupakan perniaga produk kosmetik dan alat kosmetik. Persoalannya, bolehkah saya berniaga secara langsung atas talian (online) dengan mempamerkan tutorial penjagaan wajah wanita mahupun solekan wajah wanita, lebih-lebih lagi perniagaan pada musim wabak Covid-19.
Adakah dikira mendedahkan aurat walaupun muka sahaja dan bertudung. Apakah tatacara yang boleh dicontohi perniaga kosmetik seperti saya? ataupun lebih baik saya tinggalkan perniagaan tersebut. Diharap Tuan dan ahli pasukan dapat membantu. Terima kasih
JAWAPAN
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat
Realiti terkini, peniaga produk kosmetik dan alat solek menggunakan rangkaian media sosial sebagai wasilah untuk mempromosikan produk mereka.
Peniaga kosmetik mempamerkan video tutorial solekan mahupun tutorial penjagaan wajah secara langsung bagi tatapan umum pada ruangan Faceook Live mahupun Instagram Live dengan tujuan memasarkan produk mereka.
Persoalanya, bolehkah mempamerkan model wajah wanita bagi tatapan umum walaupun bertudung? Pada asasnya wajah wanita bukan aurat kerana termasuk anggota zahir yang boleh didedahkan namun solekan pada wajah -wanita hanya pada kadar yang tidak melampaui batas agar terhindar daripada fitnah. Hal tersebut berdasarkan dalil yang ditetapkan syarak seperti berikut:
Firman Allah SWT
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Surah al-Nur: (31)
Ayat tersebut menerangkan kewajipan kaum wanita menyembunyikan perhiasannya melainkan apa yang zahir. Maksud perhiasan merujuk kepada dua jenis iaitu pakaian yang menutup tubuh badan dan alat perhiasan.
(Lihat: Tafsir al-Kabir (23/363). Sementara, makna ayat “kecuali apa yang zahir” ialah muka dan dua tapak tangan (Lihat: Tafsir al-Quran al-Azim (6/42). Oleh itu, batasan aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.
Sayyid Qutb dalam mentafsirkan ayat tersebut menyatakan: “Hiasan kecantikan adalah halal bagi wanita kerana menepati fitrah semulajadi mereka. Islam tidak menentang keinginan fitrah wanita namun perlu dikawal dengan garis panduan (dawabit) yang ditetapkan” (Lihat Tafsir fi Zilal al-Quran (4/2512).
Wanita tidak dibenarkan tabarruj iaitu berlebih-lebihan dalam berhias untuk mempamerkan perhiasan diri dan kecantikan wanita kepada kaum lelaki.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu.”Surah al-Ahzab (33)
Sehubungan itu, cara mempromosikan produk kosmetik dengan mempamerkan tutorial wanita yang disolek secara berlebihan adalah bertentangan syarak selain dibimbangi boleh menimbulkan fitnah kerana tertumpu kepada kecantikan wajahnya.
Bahkan, kaum wanita perlu berusaha untuk mengelakkan sebarang fitnah dan menutup pintu yang membawa kerosakan (sadd al-zara’i).
Ini berdasarkan kaedah berikut:
اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ
Maksudnya: Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.
Kaedah ini diambil daripada kata-kata Saidina Umar RA,مَنْ سَلَكَ مَسَالِكَ التُّهَمِ اتُّهِمَ
Maksudnya: Barangsiapa yang menempuhi, laluan-laluan tohmahan, akan ditohmah.
Apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah, hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk baik untuk jangka masa pendek mahupun panjang.

Syor dan Cadangan
Pelbagai jenis produk kosmetik yang dijual di pasaran yang merangkumi produk penjagaan kulit skincare mahupun produk kosmetik untuk solekan wajah. Penggunaan produk kosmetik bagi menzahirkan impresi lebih sihat selain bertujuan melengkapkan penampilan zahir yang boleh diklasifikasikan sebagai tahsiniyyah (pelengkap)
Namun pengggunaan produk kosmetik tidak boleh keterlaluan sehingga boleh menarik perhatian ajnabi.
Lantaran itu, kami akan mengesyorkan beberapa tatacara mempromosikan produk kosmetik seperti berikut:
Wujudkan Pautan Telegram
Tutorial Solekan Sederhana
Tutorial Terbuka Untuk Lelaki
Gunakan Testimoni
Bahan Halal Dan Tidak Memudaratkan

Penutup
Setelah meneliti hujah yang dikemukakan, kami simpulkan bahawa harus menjual dan mempromosikan produk kosmetik sekiranya tidak terdapat unsur yang bertentangan dengan syarak seperti mempamerkan solekan model wanita secara berlebih-lebihan.
Hal ini kerana keinginan memenuhi fitrah manusia untuk tampil cantik dan menawan terutamanya golongan wanita mestilah berpandukan piawaian yang ditetapkan oleh syarak.
Tambahan pula, tujuan penggunaan produk kosmetik hanya sekadar menutupi pucat pada wajah selain tampil berkeyakinan dan lebih ceria agar disenangi ketika berinteraksi kepada sesiapa sahaja.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Nak Beli Keria Tak De Orang, Ingat Tutup Rupanya Customer Pertama” – Netizen Kongsi Bandar Melaka Sunyi & Lengang

Ketika diawal kempen Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilakukan, ramai yang tidak ambil peduli. Malah ada dilihat merayau keluar tanpa arah tujuan.
Dan apabila kerajaan dengan kerjasama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) keadaan jadi lebih terkawal.
Ramai pula ambil peduli PKP ini apatah lagi melihat kes kematian yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Tenyata semua pihak perlu memberi kerjasama bagi menamatkan rantaian jaringan penyebaran wabak koronavirus ini.
Dan salah satu contoh baik yang di muat naik di laman sosial ialah keadaan di sekitar bandar Melaka. Dalam satu twitter, lelaki ini mendedahkan keadaan di kebanyakan lokasi tumpuan pelancong di bandar bersejarah berkenaan.
Gambar yang dimuat naik oleh Muhammad Hazim di laman twitternya yang mahu orang ramai mencontohi sikap masyarakat Melaka memilih untuk duduk di rumah seperti yang disarankan kerajaan.
Namun sebenarnya gambar ini dirakamkan oleh seorang doktor menyaksikan bandar yang sering jadi tumpuan pelancong ini kosong dan ia kelihatan seperti ‘bandar zombie’.
Tiada lagi kenderaan beca-beca bermuzik atau orang ramai menyusuri bandar Melaka untuk melihat keindahaan bandar Melaka.
Dan seperti biasa, warganet turut memberi komen yang memuji penduduk di Melaka patut pada saranan kerajaan.

Ada juga turut menunjukkan bukti yang sama bandar Melaka sunyi dan lengang dari keriuhan ramai orang.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Baca Zikir ‘Powerful’ Ini Sebagai Pelindung, Jika Terpaksa Keluar Dalam Tempoh Perintah Duduk Rumah Selama 14 Hari

Isi Kandungan
ToggleMalam tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman merayu orang ramai supaya duduk sahaja di rumah dan jang balik ke kampung.
Ini adalah untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius kerana setakat ini telah mengorbankan dua nyawa.
Jadi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita sama-sama menurut perintah PM ini untuk tempoh dua minggu sehingga akhir Mac ini.
Walau bagaimanapun jika terpaksa juga keluar untuk membeli barangan keperluan harian, dibolehkan tetapi perlu berjaga-jaga dengan menjaga kebersihan diri.
Sekiranya perlu berbuat demikian (untuk bekerja atau membeli barangan keperluan), anda masih boleh keluar dengan mengamalkan zikir yang diajar oleh Rasulullah.
Perkongsian menarik ini dari pengguna laman sosial Facebook, Ustaz Khairul Anuar Basri boleh kita jadikan panduan.
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat.
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada :
– Bahaya dan malapetaka.
– Keracunan makanan.
– Sihir dan santau.
– Gangguan makhluk halus.
– Wabak dan virus.
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.

Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.

So, itu saja yang saya nak kongsi pagi ini. Semoga bermanfaat.
– semuanya dengan izin Allah, kepada Allah kita kembalikan segala urusan –
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI