Hanya kepada Dia tempat kita memohon sesuatu pertolongan. Jangan sesekali sombong tidak meminta padaNya usai solat kerana Dia yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.
Jadi teruskan berdoa agar Tuhan temukan jodohmu dengan insan yang baik, soleh dan mencintaimu sehingga ke jannah.
Pintaku padamu ya Allah ya rab, jodohkan aku dengan dia yang baik menurutmu, yang dapat menyempurnakan setiap kekuranganku dan yang dapat menerimaku dan keluarga apa adanya, begitu juga padanya ya rab.
Sesungguhnya tidak ada kisah yang paling indah di hadiahkan olehMu, kerana itulah mengapa dalam doaku semoga diriMu pertemukan seseorang yang selayaknya untuk diri aku insan yang banyak kelemahan, yang dapat menerima aku keadaanku.
Yang tulus menyayangi aku, walaupun nanti dia tahu bahawa dalam diri aku akan banyak kekurangan.
Jika nanti dia tahu kekurangan-kekurangan aku, teguh hatinya mencintaiku dan tidak meninggalkan aku yang telah mencintainya. Kuatkan hati kami untuk selalu rasa bersyukur dan mencintai kekurangan masing-masing kerana cinta kami kepada Allah.
Semoga aku pertemukan seseorang yang dapat mengertiku dalam apa jua keadaan, menjadi pendengar yang baik masalahku dan menjadi penenang ketika amarah mendatang dan damai.
Ya rab, Aku sedang baiki diri, semoga dengan kehadiran dia menjadikan aku insan lebih baik dari hidupku. Aku sedang berusaha memperbaiki diri ya rab, masih banyak peraka yang aku harus pelajari semoga dengan kehadirannya membuat aku lebih dekat kepadamu.
Ya rab, hadirkan seseorang yang dapat menerima ibu aku, ayahku dan adik beradikku.sebagaimana dia menerima keluarga aku dan semoga aku juga dapat menerima mereka dengan penuh hikmah.
Aku bermohon padamu Ya Rahman ya Rahim, sebenarnya aku malu terhadap diriMu. Aku mahu dekat padaMu, aku ingin bersujud padamu.Memohon ampun padamu, cukup jauh aku terleka.
Ya rab jauhikan aku dari kemaksiatan dan jagalah aibku.
Kuatkan hatiku, kuatkan imanku.
Peruntukkan aku kepada dia yang berilmu, yang dapat mengerti aturan dariMu sehingga tanggungjawab dan menjaga kesetiaannya padaMu juga semakin bertambah.
Jika dia jodohkan hadirkanlah,
Jika jodohku masih jauh,
Dekatkan hatiku padaMu ya rab, agar nanti ketika aku bertemu dengannya aku sudah siap menjadi pelengkap hidupnya.