
Isi Kandungan
ToggleTidak ada alasan untuk seseorang itu melakukan amal ibadah walaupun ditempat yang sempit dan kecil.
Asalkan niat itu ke arah jalan kebaikan, pekerjaannya sangat dimuliakan oleh Allah.
Baru-baru ini viral beberapa keping gambar seorang warga emas yang dilihat sedang duduk khusyuk membaca ayat suci Al-Quran di satu sudut sempit.
Gambar ini dilihat amat bernilai kerana nenek berkenaan menghabiskan sisa hidupnya melakukan amal ibadah seperti mengaji sambil menadah tangan berdoa.
Lebih menyedihkan, perbuatan itu dilakukan di tempat serba kekurangan iaitu di sebuah lorong kecil.
Nenek berkenaan pastinya mengadu pada Tuhan mengenang nasib dirinya yang memohon apa yang dihajai kepada Allah SWT.
Ternyata posting yang dimuat naik di laman sosial twitter oleh pengguna menggunakan akaun nama Zia Ul Haq ini mendapat lebih 10 butang share dan 27 ribu tanda suka.

Malah pelbagai reaksi warganet yang sangat menyentuh hati melihat perkongsian gambar yang tular ini.
Masing-masing turut mendokan nenek ini dilindungi oleh Allah SWT dan segala yang dihajati dimakbulkan oleh Allah.
Doa orang tua
Kabulkan doanya Ya Allah
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kekuasaan Allah, Ibu Kongsi Urat Tisu Dekat Pipi Adik Ainul Sembuh Sendiri

Pasti ramai mengingati kisah adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 3 tahun. Seorang anak kecil yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ dan kisahnya mendapat perhatian seluruh negara pada tahun 2019 berikutan ramai yang bersimpati dan bersama-sama menghulurkan bantuan buatnya.
Perjalanan kisah manisnya bermula selepas dihubungi oleh pakar bedah warga Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri yang kemudiannya bersama-sama sekumpulan doktor pakar telah menjalankan pembedahan di London. Alhamdulillah pembedahan itu telah selamat dilakukan dan bermulalah proses pemulihannya.
Terkini, ibunya, Nurul Erwani di instagramnya @_nrlerwani berkongsi berita gembira mengenai keadaan anak sulungnya itu.
Kata ibunya, urat-urat tisu dekat pipi anaknya yang bengkak sembuh dengan sendiri di mana keadaan pipi sebelah kanan dan kiri sudah nampak sama.
“Alhamdulillah. Nampak tak muka Ainul dah sama pipi dia sebelah kanan dan sebelah kiri dia. Dulu waktu lepas operation nampak bengkak pipi sebelah kanan Ainul. So doktor letak dalam report untuk betulkan urat-urat tisu dekat pipi Ainul biar sama. Tapi kuasa ALLAH, dah elok dengan sendirinya.
Ramai mengucapkan syukur dengan keadaan terkini adik Ainul Mardhiah dan ramai mendoakan agar dirinya membesar dengan sihat.
Dalam pada itu, di catatan yang lain, ibunya menulis, walau dikurniakan 10 orang anak sekalipun, tapi kasih sayangnya tetap tak berubah dan menjadi anak kesayangannya sampai bila-bila.

“InshaAllah, walaupun nanti Allah bagi mama rezeki dapat 10 anak sekalipun. Ainul Mardhiah tetap akan jadi anak kesayangan mama. Sumber : IG @_nrlerwani
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Nak Ziarah Kubur, Tak Perlu Tunggu Hari Raya.’ Tiada Hari-Hari Tertentu Mengingati Mati

Isi Kandungan
Toggle‘Nak ziarah kubur, bukan di hari raya saja.’ tiada hari-hari tertentu ditetapkan untuk kita melawat pusara insan tersayang yang telah pergi.
Kebiasaannya segelintir daripada kita akan menziarahi kubur di hari raya atau pada hari-hari tertentu, sebaliknya Islam tidak menetapkannya.
Ziarah kubur untuk mengingati mati amat digalakkan. Ustaz Azhar Idrus berkongsi pandangannya mengenai isu ini.
Artikel Berkaitan:
Benarkah Roh Ibu Bapa Menunggu Anak Di Kubur & Ada Waktu-Waktu Afdal Ziarah?
Nak Ziarah Kubur
Hukumnya adalah harus selama-lamanya dan mendapat pahala seperti mana ziarah kubur pada hari yang lain.
Majlis Fatwa Universiti Al-Azhar :
وَمِنْ هُنَا نَعْلَمُ أَنَّ زِيَارَةَ النَّاسِ لِلْمَقَابِرِ عَقِبَ صَلَاةِ الْعِيْدِ إِنْ كَانَتْ لِلْمَوْعِظَةِ وَتَذَكُّرِ مَنْ مَاتُوْا وَكَانُوْا مَعَهُمْ فِى الْأَعْيَادِ يُنَعَّمُوْنَ بِحَيَاتِهِمْ ، وَطَلَبِ الرَّحْمَةِ لَهُمْ بِالدُّعَاءِ فَلَا بَأْسَ بِذَلِكَ أَبَدًا …
“Dari sini kita mengetahui bahawa umat Islam melakukan ziarah kubur setelah hari raya, jika untuk menjadi pelajaran dan mengingat orang yang telah mati, yang dahulu mereka bersamanya saat hari raya dan merasa senang dengan kehidupannya, serta memintakan rahmat dan doa untuk mereka, maka hukumnya boleh, selamanya…” (Fatawa al-Azhar, 8/391)
Ziarah kubur tidak mempunyai waktu yang tertentu.
Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat daripada Allah untuk mereka dengan berdoa, ini semua harus dilakukan oleh orang lelaki.
Bukan Di Hari Raya Saja
Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid terdahulu (pendapat yang dipilih oleh Syeikh adalah makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut pasti berlaku maka hukumnya adalah haram –ringkasan daripada fatwa tersebut).
Tetapi Jika ziarah kubur semata untuk bersedih atau memperbaharui kesedihan maka ianya tidak boleh.
[Fatawa Syeikh ‘Atiyyah Saqr, Jilid: 6]
Tiada Hari-Hari Tertentu Ditetapkan
Ziarah kubur pada hari jumaat sahaja atau hari bersejarah sahaja atau hari raya sahaja atau pada petang hari raya sahaja tidak menjadi kesalahan asalkan tidak menganggap hari-hari tersebut sebagai hari yang ditetapkan untuk ziarah.
Tidak ada seorang jua ulama yang melarang dan jika ada maka orang itu adalah orang awam. Ulama hanya melarang menetapkan hari-hari tertentu untuk ziarah, bukan melarang ziarah.

Kaum wanita diharuskan ziarah kubur pada hari raya tetapi wajib menjaga aurat dan adab-adab ziarah bagi wanita.
Baca Di Sini:
Ziarah Kubur Ibu Bapa Tiap Jumaat, Doa Anak Derhaka Tetap Diterima Allah
Kashoorga: Balik kali ini, luangkan sedikit masa untuk ziarah kubur mereka yang telah pergi.
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kaum Wanita, Jagalah Rahim Dengan Cara Pemakanan Sihat, Selawat Dan Zikir

Banyak makanan yang membantu dalam penjagaan rahim. Antaranya ialah nanas. Nanas mengandungi enjim bromalin. Selain Nanas, betik juga elok diamalkan dan ia bagus untuk rahim. Ini kerana betik mengadungi enzim papase. Kedua-dua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim.
Selain itu, amalkan juga makan keledek merah. Keledek merah membekalkan sedikit hormon progesterone. Amalkan juga makan keladi kerana ia ada sedikit estrogen. Ubi kayu pula ada sedikit B17 (anti kanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.
Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai juga bagus kerana bahan-bahan ini ada kesan-kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim. Perbanyakkan juga makan sayur-sayuran khususnya yang berwarna hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kubis, kacang, lobak merah, brokoli, taugeh dan lain-lain.
Selain sayur-sayuran, buah-buahan juga baik untuk menjaga rahim. Banyakkan makan buah-buahan seperti jambu, oren, mangga, epal dan buah naga. Kekacang juga mengandungi khasiat untuk penjagaan rahim. Makanlah pelbagai kekacang seperti kacang tanah, gajus, badam, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama-sama kismis dan kurma.
Makan lebih ikan seperti ikan kembung, tenggiri, bawal, tuna dan tongkol. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi anti okidant yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari. Amalkan juga pengambilan suplement multivitamin, vitamin C (1GM) dan vitamin E (400 IU), logam kalsium dan minyak ikan (1-2000 GM) setiap hari.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid tumpah/melimpah ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid.
Bila sistem ini gagal akibat penurunan imuniti ekoran daripada pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stres, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis. Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroid. Walaupun ia boleh menimbulkan gejala-gejala yang sama tetapi ia boleh dibuang melalui pembedahan dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak boleh solat dan baca Al-Quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.
Sumber: Facebook: Dr Hamid Arshat
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI