Pengorbanan isteri itu sangat besar dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ‘orang rumah’ kepada pasangannya.
Bukan saja menyiapkan keperluan makan minum dan pakaian, tetapi juga mengandungkan anak selama sembilan bulan usia kandungan.
Dan sebagai seorang suami, kita perlu menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh isteri yang tidak pernah mengeluh membawa zuriat dan dalam masa sama menguruskan keperluan rumahtangga.
Tidak semestinya menghadiahkan barangan mahal, tetapi cukuplah sekadar ucapan penuh manis dan romantis.
Seperti ucapan penuh sweet dikongsi pelakon kacak Saharul Ridwan pada isteri tersayang, Deena Amir di laman Instagramnya yang kini sedang mengandungkan anak kedua mereka.
Dia menghargai betapa besarnya pengorbanan Deena sebagai isteri dan juga seorang ibu. Jika boleh dia mahu hadiahkan sesuatu yang bermakna, tetapi isterinya itu tidak ada minta apa-apa pun.
Saharul Ridwan turut berdoa agar Tuhan mengurankan keletihan isterinya, berikan kekuatan dalam mengharungi membawa ‘nyawa’ baru dalam hidup mereka sekeluarga.
Dia juga mendoakan agar Allah mengampunkan segala dosa isterinya itu serta limpahkan rahmat ke atas mereka serta jadikan dirinya suami yang baik.
‘Sampai masa seimbangkan dunia dan akhirat.’ DJ Lin bertudung, kini akui dirinya lebih tenang. Ternyata sampai suatu akan timbul kesedaran untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.
Apatah lagi sesusah satu demi satu ujian menimpa. Sudah tentu ia menjadi titik tolah untuk kita menjadi manusia yang lebih baik seperti mana yang dilalui oleh DJ Lin.
Memetik laporan Harian Metro, penyampai radio Suria FM, DJ Lin, 47, mengalirkan air mata ketika berkongsi cerita penghijrahannya yang kini sudah bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah, baru-baru ini.
Jelas DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM, pemergian ibu, Puteh Jantan tahun lalu dan abangnya, Mohd Yusof Abdul Majid tahun ini, sangat memberikan keinsafan buat dirinya.
Seimbangkan Dunia & Akhirat
“Sepanjang tempoh 23 tahun saya menghambakan diri dalam bidang radio, arwah mak pernah cakap, fokus saya nombor satu pada kerja dan keluarga pula jatuh nombor dua.
“Bila orang lain pulang ke kampung, saya pula sibuk bekerja di pejabat kerana sayang sangat dengan Suria FM yang dianggap seperti ‘baby’ saya ini,” katanya.
DJ Lin Bertudung
Menurut DJ Lin lagi, pemergian dua anggota keluarga terdekat itu membuatkan dia terduduk dan sedar sebagai manusia kita perlu kembali kepada fitrah sebagai hamba Allah.
“Bila arwah mak dan abang meninggal dunia, baru saya sedar adakah saya terlalu mengejar urusan dunia dan hal keduniaan? Sampai masanya, saya seimbangkan urusan dunia dan akhirat sekarang,” katanya.
Kini Lebih Tenang
Bercerita lanjut mengenai penampilan dirinya yang sudah bertudung, DJ Lin telah memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya sebaik saja kembali dari Makkah.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya hati terbuka untuk menutup aurat sepenuhnya kerana memang sudah lama saya merancang untuk bertudung.
“Waktu di Makkah dan Madinah, saya memang pakai tudung labuh dan ada masanya berniqab di Tanah Suci.
“Saya percaya ia petanda yang baik kerana hati berasa tenang dan damai sepanjang di sana hingga saya sudah pasang niat untuk bertudung sebaik saja kembali ke tanah air,” katanya.
Ia adalah kali ketiga Lin mengerjakan umrah selepas 2012.
Dalam membina rumah tangga, kesepaduan antara dua belah pihak suami dan isteri, adalah amat penting. Perkara yang pertama perlu diwujudkan adalah melaksanakan tanggungjawab, kewajipan dan hak masing-masing. Dalam masa yang sama, perkara yang tidak kurang pentingnya bahkan itulah yang menjadikan rumahtangga sebagai baiti jannati adalah pengorbanan.
Para suami berkorban untuk isterinya dan para isteri berkorban untuk suaminya. Dengan sebab itu, akan lahirlah kasih sayang seperti yang termaktub dalam Surah al-Rum. Natijah daripada perkahwinan adalah mendapat ketenangan, mahabbah (kasih sayang) dan juga rahmah yang melahirkan cinta dan kebahagiaan.
Al-Quran sendiri telah mengajar suami supaya bergaul dengan isteri dengan cara yang baik samada daripada sudut adat dan yang lebih penting lagi berlandaskan syariat.
Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” (Surah al-Nisa’: 19)
Jumhur ulama’ berpendapat wajib atas suami berkhidmat kepada isterinya yang tidak mampu dan tidak layak untuk dia menguruskan dirinya sendiri. Ini kerana ia seolah-olah sebahagian daripada nafkah isteri ke atas suami dan ulama sepakat jika sekiranya isterinya sakit atau ditimpa keuzuran sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri untuk suami berkhidmat kepada isterinya.
SUAMI WAJIB BANTU ISTERI
Walaupun begitu, dalam mazhab Maliki wajib bagi suami menolong isterinya dalam berkhidmat jika suaminya kaya dan isterinya mempunyai kedudukan yang tidak sesuai melaksanakan tugas tersebut kerana dengan pelaksanaan tersebut akan mengurangkan darjat kedudukan isterinya itu.
Sedangkan mazhab Hanafi pula berpendapat jika isteri enggan mengisar tepung atau menguli roti di mana beliau tidak sesuai untuk tugasan itu atau kerana sakit, maka hendaklah suami menyediakan makanan yang sudah siap. Sebaliknya jika mampu, maka hendaklah isteri melaksanakan tugas tersebut dan tidak wajib atas suaminya. Hujahnya adalah Rasulullah SAW membahagikan tugasan Ali dan Fatimah di mana Ali bertugas di luar rumah sedangkan dalam rumah di tugaskan kepada Fatimah. Lihat Fath al-Bari (9/507).
Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa Mu’asirah (terj.) 3/144 menyebut, “Perkhidmatan khadam merupakan salah satu bentuk pergaulan yang baik (kepada isteri). Tidak wajib mendapatkan khadam lebih daripada satu kerana haknya adalah khidmat dirinya sendiri.”
Berdasarkan kepada banyak nas dan juga nasihat salafussoleh, jelas menunjukkan para isteri amat perlu berkorban dalam ruang lingkup kerumahan sehingga dialah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah. Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah.
Saidina Umar RA ketika menasihatkan Aqil RA berkenaan kedudukan isteri telah mengalasankan dengan banyaknya tugas isteri di rumah seperti mengasuh, memasak dan seumpamanya. Inilah juga yang dilakukan Asma’ binti Abu Bakr dalam membantu suami, al-Zubair Ibn al-Awwam. Hal ini tidak pelik dalam tradisi semua bangsa termasuklah sejarah Fatimah al-Zahra’ yang membantu suaminya Ali bin Abi Talib RA dengan mengisar gandum dan sebagainya. Begitu juga apa yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang berkorban untuk para suami dan keluarga mereka.
Dalam Raudhah al-Nadiyyah oleh Sayyid Siddiq Hasan Khan menyebut: “Ia berbeza mengikut tempat dan masa, keadaan seseorang individu. Nafkah di masa mewah dengan cara baik dan di waktu ekonomi meleset dengan cara yang sepatutnya.”
PERSEFAHAMAN DAN TOLERANSI
Walaupun begitu, suami yang berkemampuan sebaiknya hendaklah meringankan bebanan isteri seperti mengupah orang gaji atau membeli beberapa peralatan bagi memudahkan urusan isteri masing-masing seperti mesin basuh, alat memasak yang moden seperti periuk nasi dan lain-lain yang sudah barang tentu akan meringankan dan menyenangkan isteri.
Justeru, kami katakan bahawa dengan memahami tugas dan tanggungjawab serta realiti sebuah kehidupan dalam mengasuh mendidik anak bangsa generasi seterusnya, persefahaman dan pelaksanaan tugas serta sikap toleransi, bantu-membantu antara suami isteri boleh menatijahkan kebahagiaan sehingga terjadilah baiti jannati. Isteri dan anak-anak menjadi qurratul ain kepada suami masing-masing.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Ternyata di saat usianya mencecah 70 tahun, anak perempuan Presiden Pertama Indonesia Sukarno, Diah Mutiara Sukmawai Soekarnoputri murtad daripada agama Islam dan memeluk agama Hindu.
Kemurtadan Sukmawai daripada ajaran Islam tepat pada sambutan ulangtahun kelahirannya ke-70 semalam iaitu 26 Oktober.
Memetik akhbar Indonesia, SuaraMerdeka upacara itu dilakukan di kawasan Sukarno Center Heritage di Bale Agung, Singaraja, Kabupaten Buleleng, Bali.
Perpindahan agama Sukawati dari Islam ke Hindu dikatakan kerana mengikuti agama yang dianut neneknya iaitu ibu Soekarno, Ida Ayu Nyoman Rai Srimben yang merupakan warga asli Buleleng, Bali.
Berdasarkan pengakuan Sukmawati, ritual murtad itu sudah di persetujui oleh seluruh keluarga Suekano termasuk Megawati Soekarnoputri, Muhammad Guntur Soekarnoputra dan Muhammad Guruh Irianto Soekarnoputra.
Malah tiga anak Sukmawati iaitu Gusti Pangeran Haryo Paundrakarna Sukmaputra Jiwanegara, Gusti Raden Ayu Putri Agung Suniwati, dan Muhammad Putra Perwira Utama telah merestuinya.
Upacara itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan dirinya. Dia yang juga pengasas Parti Nasional Indonesia (PNI) merupakan anak perempuan dari perkahwinan Sukarno dengan isteri ketiganya, Fatmawati.
Malah dirinya juga merupakan adik beradik kepada Presiden kelima Indonesia, Megawati Sukarnoputri.
Penghijrahan agama itu dikaitkan dengan perpindahan Sukmawati ke Bali yang terkenal sebagai pusat ajaran Hindu terkemuka di negara itu.
Sejak hampir 20 tahun lalu, Sukmawati dikatakan giat menghadiri upacara keagamaan Hindu. Selain penglibatan dalam politik, Sukmawati juga aktif dalam bidang tarian, lukisan dan sastera.
Berdasarkan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2000, individu yang murtad nyawanya adalah halal untuk dibunuh. Namun memandangkan undang-undang islam tidak dijalankan di negara ini, maka ianya tidak dilakukan.
"Hukum wanita itu adalah murtad dan hendaklah disuruh istitab (taubat dalam masa tiga hari) dan jika masih tidak berbuat demikian, mengikut hukum Islam hendaklah dibunuh. Tetapi kerana undang-undang Islam tidak dijalankan sepenuhnya di negara ini, maka ianya tidak boleh dijalankan. Mengikut pendapat imam Abu Hanifah, orang itu hendaklah dipenjarakan sehingga mati. Manakala masalah nama pula, jika telah keluar Islam maka hilanglah tanggungjawab Islam pada perkara ini."
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...