Memasuki fasa terakhir bulan suci Ramadan, umat Islam pastinya bersungguh-sungguh mengerjakan amal kebaikan selain mengejar satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar.
Nabi Muhammad akan memperbanyakkan amal ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Ini berdasarkan hadis diriyawatkan Bukhari dan Muslim. “Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).”
Mengambil keberkatan penghujung Ramadan, penyanyi tersohor tanahair, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah berangkat menunaikan umrah semalam. Turut sama ialah kakak ipar merangkap pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan Datin Zaiton Mohd Jiwa.
Ads
Berita dikongsikannya di instagramnya. Tulis Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk:-
“KeranaMu Ya Allah Permudahkanlah dan Jagalah keluargaku semua.Buat yang mengenali saya maaf zahir batin dan doakan umrah saya berjalan lancar, diberi kesihatan yang baik serta pulang dengan sihat serta selamat. Aamiin ya rabb”.
Ads
Dalam satu hantaran di instagram storinya, dirinya memohon orang ramai dan peminat mendoakan kesejahteraan dan kelancaran ibadat umrahnya.
“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku. Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan.
Ads
“Ya Allah, aku memohon perlindungan-Mu dan peliharalah diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku dan nikmat-nikmat yang sudah Engkau berikan kepadaku serta pada mereka dalam hal dunia akhirat dan dunia. Hindarilah kami semua daripada segala keburukan, wahai Tuhan yang Maha Mulia,” tulisnya lagi.
Dirinya dijangka kembali ke tanahair beberapa hari sebelum aidilfitri untuk menyambutnya bersama keluarga.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Siapalah yang mahukan sebuah perpisahan, lagi-lagi jika rumahtangga dibina sudah bertahun-tahun lamanya. Kalau boleh mahu perkahwinan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Namun jika sudah ditakdirkan Tuhan jodoh kita tidak berpanjangan, tiada apa boleh dilakukan.
Dan dalam dunia digital hari ini, ada juga yang berpisah hanya dengan menghantar lafaz cerai melalui pesanan ringkas atau WhatsApp. Jadi apakah hukumnya dan adakah lafaz cerai berkenaan sah.
Cerai melalui pesanan WhatsApp.
Bagi menjawan persoalan ini, Pendakwah, Ustazah Shadiya Abbas menjelaskan apa hukum menceraikan isteri hanya melalui sistem pesanan WhatsApp ini.
Menurut Ustazah Shadiya, bercerai melalui pesanan WhatsApp ini terdapat keraguan pada lafaz cerai berkenaan.
“Jadi lafaz ini tidak boleh diterima oleh isteri sebagai lafaz cerai yang sah melainkan lafaz ini didengarkan oleh pihak qadi yang berada di pejabat qadi di mana-mana pejabat agama Islam negeri.
“Lafaz berkenaan mesti disahkan oleh pihak qadi. Dan biasanya lafaz seperti ini selain didengari oleh pihak qadi, akan disahkan sama ada jatuh talak atau tidak.
“Sebab kadang-kadang boleh berlaku lafaz syubhah kerana boleh jadi lafaz berkenaan dibuat oleh lelaki berkenaan dalam keadaan tidak sedar.
“Atau kemungkina lafaz berkenaan bukan ditaip oleh lelaki berkenaan. Dan kena sahkan dan pengesahan lafaz cerai ini adalah melalui pihak mahkamah. Ini adalah jalan terbaik,” ujarnya.
Ustazah Shadiya Abbas
Tambah Ustazah Shadiya lagi, pihak mahkamah juga berhak menyatakan lafaz cerai melalui WhatsApp ini tidak sah berdasarkan kepada keraguan yang timbul.
“Dan dalam situasi ini, apa yang boleh si isteri tuntut adalah tuntut suami minta maaf kerana lafaz dibuat di luar mahkamah dan melalui pesanan WhatsApp sahaja.
“Sekiranya lafaz ini sah, suami dikenakan akan denda oleh pihak mahkamah kerana membuat lafaz di luar mahkamah.
“Dan sekirah sah lafaz ini oleh mahkamah pihak isteri pula boleh menuntut harta sepencarian selama bersama suami terhadap harta-harta yang dihimpunkan sepanjang perkahwinan berlaku. Juga boleh tuntut hadanah serta nafkah iddah sepanjang dalam iddah bercerai,” jelasnya lagi.
Foto Kredit: Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi tangungjawab seorang isteri untuk patuh kepada segala arahan seorang yang bernama suami.
Walau penat sekalipun, jika arahan dari mulut suami, akan segera dilakukan demi memenuhi tugas sebagai seorang isteri mithali.
Tetapi sejauh mana seorang isteri itu sanggup bertahan jika melakukan kerja menguruskan rumahtangga tanpa henti dan berehat.
Pastinya lelah kerana tiada masa untuk diri sendiri. Dalam hal ini para suami perlu faham dan sedar jika isteri cepat hilang sabar itu tanda mereka sudah terlalu penat dalam mental dan fizikal.
Gambar sekadar hiasan.
Perkongsian ini memberitahu bagaimana rasa penat yang para isteri itu alami.
Tanda-tanda isteri kita dah penat mental dan emosi…
Bila berbicara tentang penat, lelaki penat, perempuan pun penat…beza penat lelaki dan perempuan ialah penat lelaki banyak disebabkan oleh kegunaan anggota badan untuk melakukan sesuatu kerja…itu penat fizikal, penat yang boleh dirawat dgn mendapatkan rehat yg secukupnya, pengambilan supplemen, pengamalan gaya hidup yang sihat, penjagaan pemakanan ataupun tidur…
Tapi penat orang perempuan, banyak disebabkan oleh mental dan emosi…
Penat yang mcm ni, sukar dirawat jika pasangannya tidak memahami keadaan dirinya…ianya perihal dalaman, perasaan serta emosi yg ada di dalam hati dan akal fikirannya yang berkemungkinan tidak diluahkan atas alasan utk menjaga hati org lain especially pasangannya…
Memendam perasaan inilah yang menyebabkan kaum isteri penat mental dan emosi…
Tanda-tanda isteri kita mengalami penat ini ialah cepat marah atau meninggi suara utk kesalahan kecil yg dilakukan oleh anak-anak…contohnya, anak-anak tertumpahkan minuman, anak-anak terjatuhkan barang, anak-anak tersilap buat keje sekolah, anak-anak tidak respon apabila dipanggil dan sebagainya…
Gambar sekadar hiasan.
Isteri cepat hilang sabar…
Apabila kita dgr isteri dah mula meninggi suara pd anak-anak, ketahuilah yg bukan kesalahan anak-anak itu besar, tapi dirinya dah penat mental dan emosi dalam melayani anak-anak…mungkin kita sebagai suami membiarkan dia bertungkus lumus dan berperang seorang diri dgn anak2…kita hanya bersilang kaki menonton rancangan kegemaran kita dikaca televisyen sambil mkn popcorn atau main hp…
Isteri hilang mood untuk bergurau senda, isteri tidak mempamerkan riak wajah gembira atau bersedih – emotionless, isteri kurang ramah seperti sebelumnya, isteri byk menjauhkan diri dr kita, isteri mengasingkan diri di dapur atau di bilik, dan isteri menangis tanpa sebab…
Dia cepat sensitive kerana dlm hatinya bergelora, fikirannya serabut, byk perasaan bercampur aduk…
Penat mental dan emosi ni hanya dapat dirawat jika kita menolong meringankan bebanan yg dibuatnya, berkomunikasi a.k.a menyelami isi hati si isteri, menghargai apa yg dia dah lakukan dlm rumahtangga itu, bwk dia keluar atau bercuti seketika utk menjauhkan dirinya dr persekitaran yg sama yg hari2 dihadapnya…
Jgn biarkan isteri menghadapi penat ini seorang diri jika kita masih perlukan kehadiran dirinya dlm hidup kita…
Wali Allah (auliya) adalah orang-orang yang memiliki hubungan dekat dengan Allah Ta’ala. Mereka memiliki keistimewaan dan kekhususan di sisi Allah. Al-Quran menjelaskan para waliyullah ini adalah orang beriman dan bertakwa dalam surah Yunus ayat 62-63.
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (QS Yunus: 62-63)
Dalam satu hadis turut disebut golongan inilah yang cuba dijelaskan oleh Rasulullah kepada Saidina Umar Ibnu Al Khattab RA dalam dialog mereka.
Rasulullah: Para Nabi dan para syuhada akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak di akhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah, pada hal mereka bukan para Nabi. Umar r.a : Siapakah mereka wahai Rasul? Rasulullah: Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka di atas mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut di kala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih di kala manusia lain merasa sedih. Lalu Rasul pun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus.
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (QS Yunus: 62-63).
Salah satu keistimewaan Wali Allah ini ada diterangkan oleh Baginda Nabi, dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhya Allah Ta’ala berfirman: ‘Siapa yang memusuhi wali-Ku maka telah Aku umumkan perang terhadapnya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih Aku cintai kecuali beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan atasnya. Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah di luar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya. Dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.” (Riwayat Al-Bukhari).
Kisah lapan wali Allah yang dikenali sebagai Wali Songo ini cukup popular
Ulama terkenal Yaman Al Habib bin Hafizh dipetik dari fb Pondok Habib Habib menyebutkan beberapa amalan wirid para wali dari Habib Ali Ibn Hassan Al-Attas. Wirid ini dapat diamalkan siapa saja.
Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.
Ada tiga macam wirid yang tidak pernah berpisah dengan para auliya (solihin) kerana faedah membaca wirid ini sangat besar fadilatnya di dunia mahu pun di akhirat.
1. Membaca 100 Kali sebelum solat Subuh.
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم ،استغفرالله
Subhanallahi wa Bihamdihi Subhanallahil ‘Azhiimi, Astaghfirullaah.
Ertinya: Maha suci Allah dan segala pujian kepada-Nya’, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar
aku mohon keampunan kepadaMu ya Allah.
Wirid ini juga terkenal dengan sebutan istighfarnya para Malaikat.
Membaca 100 kali sesudah solat Zuhur.
لاإله إلا الله الملك الحق المبين Laa ilaha illallah Al-Malikul haqqul Mubiin.
Artinya:
Tidak ada tuhan selain Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.
Barang siapa membaca ‘La ilaha illallah al malikul haqqul mubin’ seratus kali dalam sehari maka memperoleh jaminan aman dari kemiskinan, diselamatkan dari dahsyatnya kubur, dan terbuka untuknya pintu-pintu surga.” (HR. Abu Nuaim dalam bab Shifah al-Jannah, Al-Khatib al-Baghdadi di tarikhnya: 12/358-359)
Laa ilaaha illallah wahdahu laa Syarika lah, Lahul Mulku wa Lahul hamdu Yuhyii wa Yumiitu wa Huwa ‘Alaa kulli Syai-in Qadiir.
Inilah juga kalimah yang diajarkan Rasulullah kepada puteri dikasihinya Saidatul Fatimah radhiyallahu ‘anha dan juga kepada menantunya, Saidina Ali.
Para ulama mengatakan ada rahsia yang sangat besar dalam tasbih zikir ini. Semoga bermanfaat dan kita dimudahkan dalam mengamalkannya, Aamiin. Sumber: Sindonews (kalam)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Masuk masjid nampak soket plug terus kita cas telefon bimbit yang kebetulan hampir kehabisan bateri.Mungkin ramai yang biasa melakukan perkara ini tanpa memikirkan bahawa...