Jika sebelum ini dirinya pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk penampilan yang dikatakan tidak memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah.

Tetapi hidayah itu milik Allah. Siapa sangka Allah telah membuka pintu hatinya untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

Artikel Berkaitan: Air Mata Neelofa Tumpah Dengar Perkongsian Ilmu Prof Muhaya. Ini 3 Perkara Positif Yang Dikongsi!

Semalam pelakon, pengacara dan usahawan, Neelofa mengejutkan ramai apabila tampil berniqab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa) on


Ternyata keputusannya untuk berniqab itu adalah sebagai salah satu untuk memperbaiki keperibadiannya dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Malah dalam status di muat naik di laman twitternya turut memberitahu perkembangan terbaru dirinya itu.

Beliau memohon semua pihak mendoakan dia lebih istiqamah dalam memperbaiki diri.

IKLAN

“Doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.

“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya,” kata personaliti itu lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa) on


Keputusan Neelofa berpurdah itu turut disambut dengan penuh kesyukuran oleh ibunya, Datin Noor Kartini.

Dalam hantaran di laman Instagram peribadinya, Noor Kartini berkata, dia terlalu bersyukur dengan perubahan personaliti anak yang dikasihi itu.

Artikel Berkaitan: “Ya Allah Ampunkan Dosa Kami Terhadap Kedua Ibu Bapa Kami..” – Neelofa Sebak Kala Doa Dibacakan Ustaz Ahmad Dusuki Di IG Live

“Masya-Allah. Ya Allah, tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniaan-Mu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku.

“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurniakan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku. Seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia. Love you bidadariku @neelofa,” tulis Noor Kartini.


Hantaran itu turut diringi video Noor Kartini memeluk erat Neelofa, 31. Kedua ibu dan anak itu juga kelihatan sebak dan bergenang air mata mereka.

Dalam pada itu, sebaik must naik status ini, ramai warrganet turut mendoakan ikon fesyen ini terus kekal istiqamah dengan keputusan yang dibuatnya.

Moga terus istiqamah & bermujahadah dalam agama

Trying her best to be the best for Allah

Sangat memberi inspiriasi

Doakan semua urusan dipermudahkan

Artikel Berkaitan: Patutlah Neelofa Sering ‘Dikejar’ Rezeki, Rupanya Ini Doa Yang Dia Sering Amalkan

Kredit Foto: Instagram Neelofa & Noorkartini