‘Yakin Allah Maha Adil.’ Soal aib jatuh nombor dua, seorang anak dianiaya bapa bukan isu kecil dan perlu diperhalusi dengan baik di mana puncanya berlaku masalah sebegini dalam masyarakat.
Ternyata apa yang dilalui oleh anak gadis ini terlalu perit untuk diceritakan kepada orang lain. Sudah tentu setelah sekian lama memendam bebanan emosi akhirnya segalanya terdedah jua.
Artikel Berkaitan: ‘Masalah Kita Selesaikan Sendiri.’ Setiap Anak, DiLarang Dedah Aib Mak Ayah
Yakin Allah Maha Adil
Isu ini turut mendapat perhatian Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, jelasnya seorang anak yang dianiayai bapanya dari sudut seksual dan emosi bukanlah satu isu yang kecil.
Saya tidak pasti kebenarannya kerana satu-satunya kaedah untuk mensahihkannya adalah muka pengadilan. Tindakan untuk melaporkan ke balai polis adalah amat wajar dan paling utama.
Soal Aib Jatuh Nombor Dua
Sebelum kita membangkitkan tentang aib, perkara yang lebih penting untuk kita muhasabah bersama adalah bagaimana sepatutnya sistem keibubapaan berfungsi sebagai tempat untuk anak-anak mengadu dan melaporkan sebarang masalah.
Apakah respon mereka? Bagaimana tindakan mereka? Ia akan menentukan bagaimana kesudahannya bagi si anak sama ada masalah itu dipendam dan anak terus merana, atau dibongkar sehingga orang ramai pula yang menghakimi.
Seorang Anak Dianiaya Bapa
Masyarakat juga perlu dididik untuk bersikap lebih berhati-hati kerana tugas menghukum hanya terletak di bahu pihak berkuasa.
Apabila berlaku konflik kekeluargaan seperti yang tular baru-baru ini, itulah saat terbaik masyarakat untuk kembali memuhasabah peranan masing-masing sebagai anak dan ibu bapa serta memperkukuh kekurangan yang ada dalam keluarga masing-masing.
Bukan Isu Kecil
Dari sinilah baru kita belajar tentang keperluan pemeliharaan aib dan kepentingan untuk menyalurkan masalah hanya kepada pihak berautoriti.
Sistem sokongan seperti ini tidak akan berhasil tanpa ibu bapa dan ahli keluarga yang cakna dan benar-benar memainkan peranannya.
Kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada sistem perundangan kita. Di samping itu, sebagai Muslim kita yakin Allah Maha Adil lagi Bijaksana. Besarnya tanggungjawab ibu bapa, besar juga dosa yang ditanggung jika amanah tidak dilunaskan sebaiknya.
Komen Warganet:
Ternyata saranan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang penuh berhemah dan berlapik mendapat pelbagai respon daripada warganet. Antaranya:
Nor Hayati Rahim
Terima kasih Datuk… kanak-kanak berumur 15 tahun tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan permasalahan… dia hanya memendam… dirinya rosak. Sesiapa saja yang dirasakan boleh dipercayai dia akan ceritakan segalanya. Sungguh banyak kejadian ini berlaku dalam masyarakat kita, kasihan kanak-kanak yang menjadi mangsa.
Fasha Bashil
Saya bimbang Datuk.
Pertama banyak berlaku maksiat dalam keluarga kerana sistem pendidikan kita yang kurang menitikberatkan akidah dan akhlak serta hala tuju negara yang asyik menitik beratkan ekonomi dan duit ( tak seimbang )
Kedua, bimbang masyarakat terbiasa meluahkan masalah atau aduan di media sosial. Haru-biru jadinya masyarakat kita
Cik Rabiatul
Terima kasih
Sudah tiba masanya kita kukuhkan sistem keibubapaan yang baik agar boleh berfungsi sebagai tempat yang selamat untuk anak, mengadu, bercerita, melaporkan dan sebagainya.
Mungkin kita boleh bermula dari kursus pra perkahwinan yang diluaskan skopnya.
Sentuh tentang akta kanak-kanak,sentuh tentang pentingnya sistem keibubapaan yang baik.
Zeeda Aziz
Alhamdulillah…terima kasih Dr. Saya tercari-cari juga mana agamawan yang mahu mengulas tentang isu yang tak pernah kurang sejak dari dulu lagi. Kerana menjaga aib inilah masalah ini berterusan berlaku di dalam kelambu keluarga.
Peribahasa Haruan Makan Anak ni pun dah berzaman digunakan dan Hikayat Raja Pasai ada menceritakan keberahian seorang ayah terhadap dua anaknya sehingga sanggup membunuh mereka.
Jadi Dr…perkara ini bukan lagi perlu ditulis dengan lembut berlapik berhemah.
Ketegasan sangat diperlukan. Apa gunanya ada agama jika ianya tidak dapat membendung masalah kerosakan akhlak ketua keluarga dan generasinya.
Baca Di Sini:
Kashoorga : Mendidik dan membesarkan anak bukan satu tugas yang mudah, lagi-lagi dalam dunia serba mencabar. Semoga Allah melindungi anak-anak dan keluarga kita.
Sumber : Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI