‘Yakinlah dengan Allah, walaupun bukan itu kehendak kita.’ Baik, buruk takdir pasti ada tujuan-Nya. Setiap satu takdir yang Allah tentukan pasti bersebab.
Kadang-kadang kita merancang sesuatu, namun Allah berikan perkara lain di luar kemahuan kita. Tak dinafikan, pasti hati menjadi gundah dan kecewa, namun percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Ikuti perkongsian Rohana Saad ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:
Suatu hari nanti kita akan sedar bahawa takdir yang membawa kepada penderitaan itulah yang merubah hidup kita, cara kita dan hati kita menjadi lebih baik. Tidak ada takdir yang ditetapkan tidak ada tujuan.
Baik buruk takdir yang kita lalui tidak ada yang sia-sia. Apa saja rasa luka dan sakit yang lalu, itulah yang membuat kita menjadi sekuat ini dan segala yang di ambil Allah telah dipersiapkan ganti dengan yang lebih baik.
Ads
Walaupun Bukan Itu Kehendak Kita
Mungkin hari ini kita kecewa dengan takdir Tuhan kerana tidak sesuai dengan semua yang kita rancangkan Mungkin hari ini kita menangis kerana semua impian tidak menjadi kenyataan.
Mungkin hari ini kita akan berkata, hidup ini tidak adil, Allah tidak sayang pada kita Tapi esuk atau lusa, kita akan tersenyum bahagia dan bersyukur alhamdulillah.
Ternyata semua kesulitan, kepedihan dan kesakitan kita dahulu adalah bahagian dari proses kebahagiaan yang kita dapatkan. Nanti bila saatnya tiba kita akan memohon ampun kepada ALLAH dan berkata,
” Terima kasih Ya Allah, perancangan-Mu jauh lebih indah dari setiap rancangan hamba-Mu ini”. Mulai hari ini, kita belajar untuk percaya kepada Allah bagaimana pun keadaan, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk semua hamba-Nya.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ~ QS. Al-Baqarah: 216
Ads
Baik, Buruk Takdir
Allah tidak akan memberikan apa yang selalu kita harapkan tetapi dia akan memberikan sesuatu yang kita perlukan. Allah sudah susun cantik-cantik jalan hidup kita, janganlah resah teruskan melangkah walau berkali-kali kita rebah.
Kita hanya merancang tetapi ALLAH juga merancang, dan perancangan-Nya Maha hebat dan sempurna.
Walaupun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan, kita terpaksa merasa perit seketika, kita terjatuh berulang kali, kecewa berkali-kali, sedih tak terhingga. Tapi itu semua diturunkan untuk kita menjadi lebih kuat dan semakin hebat.
Yakinlah dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita meskipun itu bukan kehendak kita. Sesungguhnya tiada yang namanya ‘kebetulan’. Kerana setiap aturan dari ALLAH itu sudah sempurna.ya
Kadang-kadang Allah temukan kita dengan sesuatu yang salah, supaya kita kenal erti ‘betul’. Kadang-kadang Allah temukan kita dengan sesuatu yang betul , supaya kita boleh terus membimbing diri sendiri dan orang lain.
Yang hitam itu tidak semestinya kotor. Yang putih itu tidak semestinya bersih. Bersangka baiklah dengan takdir Allah. Takdir Allah itu terlalu indah. Sehebat apapun kita merencanakan sesuatu. Tetap takdir ALLAH adalah yang terbaik untuk kita.
Kashoorga : Yakinlah dengan Allah kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kadangkala bukan mudah mencapai kata sepakat dalam adik beradik. Walau dilahirkan dari rahim yang sama, tapi perangai dan sikap berbeza-beza. Ada yang mudah mengalah, ada yang kuat merajuk, ada suka menguasai, ada nak jadi big boss dan macam-macam lagi perangai. Tapi dalam kebanyakan kes, kita sering mendengar, berebutkan harta menjadi punca putusnya ikatan persaudaraan apatah lagi jika harta diperoleh dengan cara tidak betul.
Tapi apa sekali pun terjadi, jangan sesekali putuskan ikatan persaudaraan kerana orang yang putuskan ikatan persaudaraan sesama keluarga dan menganggap ia bukan sebahagian daripada ahli keluarganya adalah asbab kita tak masuk syurga.
Ikuti penjelasan dari page Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu ini.
Jawapan :-
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga Baginda ﷺ, sahabat Baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda ﷺ..
Kalimah Silaturrahim diambil daripada dua perkataan Arab iaitu “صلة” yang bermaksud hubungan dan “الرحم” bererti kaum kerabat yang terdekat. Ia membawa maksud memelihara dan menyambung hubungan dengan kaum kerabat yang terdekat.
Sebahagian Ulama berpendapat kalimah Rahim terbatas kepada mahram sahaja dan ada juga Ulama yang berpendapat ia adalah dikalangan ahli waris.
Dimaksudkan dengan “Rahim” apabila disebut silaturrahim ialah :
الأقارب من جهة أبيه وأمه كالجدات والأجداد والخالات والعمات وأولادهم والأخوال والأعمام وأولادهم
Maksudnya: “Kaum kerabat sebelah ayah dan ibunya seperti nenek, datuk, ibu saudara sebelah bapa, ibu saudara sebelah ibu, anak-anak mereka (sepupu-sepupu), bapa saudara sebelah bapa, bapa saudara sebelah ibu dan anak-anak mereka”.
Ancaman Memutuskan Silaturrahim
Memutuskan silaturrahim adalah termasuk antara–dosa dosa besar secara ijmak ulama. Memutus silaturrahim boleh berlaku dengan memencilkan hati rahimnya/kerabat terdekatnya dan meminggirkan mereka sama ada dengan cara tidak berbuat ehsan kepada mereka seperti tidak memberikan harta ketika mereka dalam keadaan yang sangat memerlukan sedangklan kita berkemampuan daripada sudut kewangan atau tidak menziarahi mereka tanpa ada sebarang keuzuran. Uzur yang dimaksudkan adalah seperti seseorang itu hilang sesuatu yang boleh menyatukan hubungan dengan mereka seperti hilang harta atau pun ada harta tapi harta tersebut hanya memenuhi hajatnya sahaja yang lebih utama untuk dibelanjakan.
Maksudnya: “Bukanlah orang yang menyambung (silaturrahim) itu adalah orang yang membalas kebaikan orang lain setimpal sepertimana yang dilakukan kepadanya, akan tetapi penyambung itu adalah orang yang jika ada yang memutuskan hubungan dengannya, dia bertindak menyambungnya.”
Riwayat al-Bukhari (5991)
Hadis ini mengisyaratkan bahawa seorang lelaki yang menyambungkan hubungan dengan rahimnya/ kaum kerabatnya yang tidak menyambungkan hubungan dengannya lagi adalah lebih afdhal daripada dia menyambungkan hubungan dengan kaum kerabatnya yang tidak memutuskan silaturrahim dengannya kerana itu antara akhlak baik yang amat disarankan oleh syarak.
Imam al-Nawawi Rahimahullahu Taala menyatakan :
صلة الرحم فهي الاحسان إلى الاقارب على حسب حال الواصل والموصول فتارة تكون بالمال وتارة بالخدمة وتارة بالزيارة والسلام وغير ذلك
Maksudnya: “Menghubungkan silaturrahim bermaksud berlaku ehsan kepada kaum kerabatnya yang terdekat berdasarkan keadaan penyambung dan yang disambung ; boleh jadi ia berlaku dengan sebab harta, kadang-kadang berlaku dengan cara berkhidmat kepadanya, kadang-kadang dengan melakukan ziarah, memberi dan menjawab salam dan sebagainya” (LihatSyarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/201)
Memutuskan silaturrahim boleh berlaku dengan cara menyakitinya, tidak menziarahinya, lalu datang rasa dipencilkan di dalam hatinya, atau mereka adalah kerabat fuqara yang sangat berhajat kepada bantuan sedangkan seseorang itu mempunyai harta yang melebihi hajatnya, selain itu juga dia mampu membantunya, namun begitu dia tetap juga tidak mahu membantunya.
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”. (Surah al-Nisaa’:1)
Dalam adik beradik mungkin tak semua sama pendapat, tapi semua hal boleh dibincangkan. Baru masalah selesai
Maksudnya: “Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan – jika kamu dapat memegang kuasa – kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?, (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya”. (Surah Muhammad: 22-23)
Ayat ini menjelaskan kepada kita agar kita takut kepada Allah untuk tidak memutuskan silaturrahim.
Berdasarkan ayat ini Imam Al-Qurtubi Rahimahullahu Taala menyatakan berkaitan perkataan أَرْحَامَكُمْ: “Perkataan Rahim boleh membawa makna Am dan Khas. Dimaksudkan dengan makna Am ialah kerabat dari sudut Agama. Mereka ialah saudara-saudara kamu seagama walaupun diantara kamu tiada pertalian kerabat. Maka wajib kamu menyambungkan silaturrahim berdasarkan keimanan dengan cara berkasih-sayang tolong-menolong, nasihat-menasihati, tidak memudharatkannya, berlaku adil, memberi hak yang sepatutnya dan menunaikan hak-hak yang wajib seperti memunaikan hak-hak orang yang meninggal dunia seperti memandikan, solat atasnya , mengebumikan dan juga hak-hak yang harus seperti menziarahinya ketika sakit. Adapun Rahim dari sudut yang khusus ialah membawa makna kaum kerabat dari sebelah pihak bapa dan ibu”. Maka wajib bagi mereka menunaikan hak yang khusus seperti memberi nafkah bersesuai dengan keadaaan mereka dan tidak melalaikan perkara yang dijanji pada waktu-waktu yang mereka perlukan”. (Lihatal-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 8/164)
Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah seseorang itu menyambung silaturrahim”. Riwayat al-Bukhari (4830)
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :
مَنْ أَحبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ في رِزقِهِ ويُنْسأَ لَهُ في أَثرِهِ فَلْيصِلْ رحِمهُ
Maksudnya: “Sesiapa ingin dilapangkan baginya rezekinya dan dipanjangkan untuknya umurnya, hendaknya dia menyambung silaturahim.”Riwayat al- Bukhari (5986) dan Muslim (2557)
Diriwayatkan oleh daripada daripada hadith Jubair bin Muth^im RadhiAllahu Anhu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda :
لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَاطِعٌ
Maksudnya: “ Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim”. Maksud “tidak masuk syurga” di sini adalah tidak masuk bersama golongan terawal (bukan ertinya dia tidak akan masuk syurga selama-lamanya padahal dia memiliki Iman). Riwayat Al-Bukhari (2408) dan Muslim (593)
Keluarga akan bahagia bila adik beradik semua mampu bertolak ansur
Kaedah Bersilaturrahim Dan Keadaan Diharuskan Memutus Silaturrahim
Bersilaturrahim mempunyai pendekatan dan cara yang pelbagai. Antaranya:
Jika kamu boleh menziarahi rahimmu/kaum keramat terdekat denganmu maka jangan sekali kamu mengabaikannya. Hendaklah kamu menziarahi mereka. Tidak memadai kamu mengirimkan salam kepada mereka tanpa menziarahi mereka. Dalam beberapa keadaan memang memadai hanya dengan mengirimkan salam. Adapun jika berada di tempat yang sama, negeri yang sama, daerah yang sama kemudian tidak pula menziarahinya dalam jangka masa setahun, tidak juga dalam 2 tahun dan tidak juga menziarahnya pada tahun yang ketiganya, sedangkan dia mampu melakukannya maka inilah dosa memutuskan silaturrahim.
Adapun jika rahim atau kerabat terdekat tersebut tidak suka kerabatnya ini memasuki rumahnya dan dia tidak pula redha orang tersebut berbuat demikian serta orang tersebut ini pula tahu bahawa dia tidak menyenangi/tidak redha dia memasuki rumahnya maka tiada dosa dikenakan ke atasnya kerana kerabatnya itu tidak redha dia berbuat demikian. Jatuh tanggungjawab tersebut daripadanya. Walaupun begitu, dia masih lagi perlu bertindak mengirimkan salam kepadanya atau menyampaikan salam secara bertulis mahupun telefon. Lebih mudah lagi pada zaman ini dengan adanya sms, laman sosial, whatsapp, twitter dan sebagainya.
Namun, jika kerabatnya amat suka dia masuk ke rumahnya dan dia dibenarkan duduk di dalam rumahnya, maka tidak memadai dengan hanya mengirimkan salam bagi tempoh yang lama tidak bersua. Adapun jika dah berjumpa dengannya sebelum ini dalam tempoh yang terdekat maka sudah memadai dengan hanya kiriman salam.
Adapun jika seseorang itu memiliki keuzuran seperti dia berada di tempat yang jauh, atau luar negeri atau luar negara dan tidak mudah baginya untuk pergi menziarahi kaum kerabatnya, jika dia menghilangkan diri misalnya 3 tahun sedangkan dia masih lagi mengirimkan salam dari semasa ke semasa maka itu tidak mengapa.
Jika dia menziarahi kaum kerabatnya tetapi dia tidak mendapati dia di rumah, maka hendaklah orang tersebut meninggalkan pesanan di atas pintu rumahnya atau kepada jirannya: “ Saya adalah si fulan, saya telah datang menziarahimu tetapi saya dapati kamu tiada di rumah”, ini sudah memadai.
Antara keuzuran atau alasan yang menyebabkan seseorang itu dibenarkan tidak menziarahi kerabatnya/rahimnya seperti dia mendengar bahawa kaum kerabatnya ini telah melakukan riddah/murtad seperti mencaci Allah, para nabi, malaikat, atau mempersendakan al-Quran dan seumpamanya, maka orang ini tidak perlu lagi disambung hubungan silaturrahim dengannya.
Diharuskan memutuskan silaturrahim sekiranya kerabatnya itu fasiq disebabkan sikapnya meminum arak, meninggalkan solat, berzina dan seumpamanya. Perlu diingat tidak diharuskan memutuskan silaturrahim dengannya melainkan setelah memberitahunya terlebih dahulu apakah sebab kita bertindak sedemikian agar dia sedar dan meninggalkan perbuatan keji tersebut.
Maksudnya: “ Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, – mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya”.(Surah ar-Ra’d : 25)
Berkata Ibnu Abi jamrah (dalam Kitabnya Bahjah An-Nufus jilid 4 hlmn 146) Rahimahullahu Taala: ”Silaturrahim boleh dilakukan dengan harta, menolongya ketika ia berhajat, membantunya menolok kemudharatan, bermuka manis, berdoa. Semua ini dilakukan sekiranya kaum kerabat tersebut mereka istiqamah di dalam kebaikan. Namun, sekiranya mereka golongan kuffar dan sering melakukan kejahatan maka memutuskan silaturrahim dengan mereka dengan niat kerana Allah SWT dan berusaha menasihati mereka( mengikut kadar kemampuan) kemudian memberitahu sekiranya ia berttrusan di dalam kejahatan yang dilakukan maka itulah menjadi sebab terputusnya silaturrahim. Maka tindakan inilah sebenarnya dinamakaan silaturrahim dengan mereka. (LihatFathul Bari Syarah Sohih Al-Bukhari, 13/521)
Namun, perlu diingat bahawa hubungan dengan mereka (yang fasik dan jahat ini) masih berterusan walaupun telah terputus, dengan sentiasa berdoa kepada mereka supaya Allah SWT memberi hidayah kepada mereka agar berubah ke arah kebaikan.
Maksudnya: “Wahai Manusia sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah diwaktu malam hal keadaan manusia sedang tidur, maka masuklah kamu ke dalam Syurga dengan sejahtera dan selamat. Riwayat Ibnu Majah (3251)
Hadis ini menerang dan meminta kita lakukan empat perkara iaitu:
Pertama: Sebarkanlah salam iaitu memberi salam kepada orang kamu kenal ataupun tidak. Kedua: Memberi makan dan minum kepada terutama kepada mereka yang memerlukan. Ketiga: Sambunglah silaturrahim antara kaum kerabat. Keempat: Solatlah dimalam hari diwaktu manuasia sedang tidur. Bermunajat kepada Allah SWT.
Memutuskan silaturrahim adalah antara sebab kenapa disegerakan azab seseorang di dunia lagi sebelum tibanya Hari Akhirat. Rasulullah ﷺ bersabda :
Mafhumnya, “Tidaklah sebuah dosa yang lebih pantas untuk disegerakan balasannya di dunia dan juga disamping yang sedang menantinya di Hari akhirat dibanding dengan dosa menzalimi manusia dan dosa memutuskan silaturrahim”. Riwayat Abu Dawud (4902), al-Tirmizi (2511) dan Ibnu Majah (4211)
Maksudnya: “Sesiapa yang ingin umurnya panjang, mendapat rezeki yang luas, dan menolak sesuatu yang buruk (bencana/musibah) maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan silaturahim” Riwayat Imam Ahmad (1171) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausat (3108)
Kesimpulan : Maka, berdasarkan nas-nas yang diberikan maka menjaga dan menghubungkan silaturrahim merupakan perkara yang dituntut di dalam agama. Semoga kita bersama-sama termasuk di dalam golongan yang menyambung dan memelihara silaturrahim. Ameen.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selagi masih ada, berkepitlah. ‘Bila suami meninggal, isteri nak ikut pergi kubur pun tak boleh dalam tempoh iddah.’ Oleh itu selagi pasangan di depan mata, hargailah sebaiknya.
Luangkan masa berdua jika masih punya waktu dan kesempatan. Bimbang bila salah seorang sudah tiada, menyesal tak berguna. Bayangkan keadaan isteri bila suaminya meninggal, bermulalah iddah. Hendak ke kubur pun tak boleh.
Hukum tetap hukum, jangan menidakkannya. Jika suami meninggal memanglah sedih, namun seorang isteri seharusnya tinggal di rumah dan tidak perlu ke sana, sini termasuklah ke masjid menguruskan jenazah suami.
Apa lagi menghantar suami ke kubur, tak perlu iya. Oleh sebab itu ketika masih hidup berkepitlah selagi boleh kerana bila tibanya nanti segalanya terbatas.
Bila Suami Meninggal
Ikuti kemusykilan berkaitan isu ini yang dikongsikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
Soalan:
Saya cuma ingin mendapat pandangan terbaik Datuk Mufti. Apakah seeloknya isteri tidak ikut ke masjid untuk urusan jenazah suami dan solat jenazah, juga untuk ke kubur mengiringi jenazah ?
Jawapan:
Islam datang meraikan sifat asal wanita. Apabila kaum wanita kehilangan suami, ayah dan sanak saudaranya yang rapat dengannya, ramai yang tidak tahan perasaan lalu meraung pedih, menarik-narik baju dan memukul-mukul badan sendiri kerana kedukaan.
Isteri Nak Ikut
Perbuatan-perbuatan sebegini berasal daripada adat jahiliyyah yang ditegah oleh Islam. Daripada Abdullah bin Mas’ud R.anhuma, sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Bukan daripada kalangan kami orang yang menampar-nampar pipi (kerana kematian), mencarik-carik baju, dan mengikut seruan (tradisi) Jahiliyyah.
Maksudnya: Kami (kaum wanita) dilarang daripada mengikut jenazah-jenazah (ke kekuburan) dan Baginda (SAW) tidak melarang dengan keras (hal demikian) ke atas kami.
Hadis riwayat al-Bukhari (1278)
Pergi Kubur Pun Tak Boleh
Menurut Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu’ (5/277-278) larangan ini bersifat makruh tanzih. Inilah mazhab Syafie dan jumhur, manakala dalam Mazhab Malik tidak menganggap makruh kecuali bagi bagi wanita muda.
Diceritakan daripada al-Abdari bahawa Imam Malik menganggapnya makruh kecuali jika jenazah itu ialah anaknya, ibu ayahnya, dan suaminya.
Sebahagian ulama menganggap perbuatan mengiringi jenazah ini sebagai makruh tahrim berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW menegur wanita yang menunggu-nunggu jenazah:
ارْجِعْنَ مَأْزُورَاتٍ غَيْرَ مَأْجُورَاتٍ
Maksudnya: Pulanglah kalian, kalian akan berdosa dan tidak mendapat pahala.
Hadis riwayat Ibn Majah (1579). Namun, Al-Nawawi menganggap hadis ini daif.
Dalam Tempoh Iddah
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang telah pergi. Al-Fatihah.
Kami berpendapat cukuplah wanita itu tinggal di rumah dan, jika ingin solat jenazah, solat sahaja di rumah dan tidak mengikuti jenazah ke perkuburan.
Ini bagi menghormati hukum ihdad (berkabung) dalam tempoh iddah bagi wanita yang kematian suami. Jika sudah tamat waktu iddah, maka bolehlah menziarahi kubur suaminya sambil menjaga akhlaq ketika ziarah kubur.
Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman dan kekuatan untuk mengikuti setiap perintah Syariat Islam dalam mencapai Mardhatillah. Amin.
Komen Warganet:
Benarlah hanya mereka yang pernah kehilangan pasangan ini memahami situasi yang berlaku. Kongsi mereka:
Azira Hamazirah
Saya sudah laluinya, jenazah suami diuruskan di hospital. Ustaz yang uruskan mandi jenazah benarkan saya untuk mandikan arwah buat kali terakhir hingga selesai.
Sampai hari ini dan saat ini tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Yang masih ada pasangan yang baik hargailah….
Nur Nur
Suami sya meninggal 25/11/22. Meninggal di hospital tapi saya minta dekat yang nak urus mandikan arwah suami untuk saya nak mandikan arwah. Alhamdulillah… walaupun tak dapat dari yang mula, dapat yang akhir pun bersyukur. Akhir sekali saya diberi pluang untuk letak minyak athar.
Saya hantar ke masjid sampai ke liang lahad. Itu permintaan terakhir arwah suami untuk hantar dia ke rumah barunya. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dengan izin Allah SWT. Kehilangan yang amat besar untuk diri sya.
Sebab sebelum ini saya dengan arwah sentiasa ke mana pun bersama, berpimpin tangan. Walau sedih kehilangan insan tercinta namun saya redha. Rindu saya yang tak berpenghujung.
Al-fatihah buat arwah suami tersayang Abd. Rasid bin Jais..moga abang tenang di sana bersama para solihin. Moga satu saat nanti kita akan bersatu kembali di syurga Allah nanti. Amin.
Syarifah Aisyah Syed Muid
Arwah abah meninggal di rumah. Masa bawa ke masjid untuk mandi, kafan dan solat jenazah, mak saya tak ikut. Masa kebumikan pun mak tak ikut. Alhamdulillah habis iddah, mak ziarah kubur abah.
Tiada daya upaya kita sebagai hamba untuk menolak takdir yang telah dijanjikan Allah. Masa yang sama, usaha tetap dilakukan bagi memastikan keajaiban terjadi.
Usaha seorang anak kecil mengalunkan azan mengharap pertolongan Allah agar bapanya, Francis Awi yang terjatuh ke dalam laut berdekatan Pulau Burong, Sebuyau pada Isnin lalu ditemui segera mengundang rasa sedih orang ramai menyaksikan videonya.
Dalam kejadian Isnin lalu, Francis Awi terjatuh ke dalam laut selepas perahu dinaikinya berlanggar dengan sebuah tongkang dan dirinya terjatuh ke dalam laut dan gagal ditemui hingga kini pada jam 6.30 pagi.
Memetik Utusan Borneo Online, Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan selepas laporan diterima sekitar jam 12 tengah hari Isnin.
“Sejurus menerima laporan tersebut, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching mengatur gerak Bot Kilat 22 ke lokasi kejadian untuk CARILAMAT.
“Pangkalan hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan di jeti awam Sebuyau dan MRSC Kuching turut memaklumkan insiden kepada agensi sahabat serta menyalurkan maklumat kepada persatuan nelayan berhampiran,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tidak hanya laungan azan dari anaknya namun usaha juga dilakukan oleh ibunya dalam video dikongsikan oleh sepupu mangsa @Anira Tulyina Daniel di Tik Toknya.
Dapat dilihat ibunya meletakkan botol dan bekas makanan ke dalam laut, seolah-olah memanggil anaknya itu balik ke rumah untuk makan dengan harapan anaknya itu timbul.
Bahkan mereka turut berusaha mencari di laut berkenaan dan mengharapkan andai dirinya sudah tiada, adalah kubur untuk diziarahi kelak.
Semoga Ramadan ini memberikan berita bahagia buat keluarga yang diuji ini. Moga kita sama-sama berdoa agar dirinya dipertemukan segera.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...