Musim cuti sekolah ini ramai yang mengambil peluang untuk menunaikan ibadah umrah. Semakin ramai ibu-ibu kini lebih yakin membawa anak-anak ketika menunaikan ibadah umrah. Ini tidak terkecuali Yatt Hamzah. Walaupun anak-anak masih lagi kecil namun Yatt nyata tidak menghadapi masalah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah.
Melalui catatan di laman Instagramnya, Yatt Hamzah berkongsi tip bagaimana untuk membawa anak kecil ketika menunaikan umrah.
Bonda dan anak2 #theSucis pada malam terakhir kami di Madinah. Ya Allah janganlah jadikan gambar ini yg terakhir dpt ku ambil bersama anak2 ku..☹️?TQ suami ambilkan gambar.
Ok siapa ibu bapa yg bakal menunaikan Umrah bersama anak2 kecil tak lama lagi angkat tangan sikit???
Please take note, 10 THINGS MUST BRING, WAJIB NECESSITIES FOR YOUR TODDLERS & BABIES;
1. WINTER CLOTHES (Jacket, Hat, Socks, Shoes, Gloves, Bedung, blanket, bantal, towel, etc) to keep them warm if pergi cuti sekolah Nov – Dec sbb sejuk sgt up to 8°C
2. UBAT2AN for kiddos & parents too & THERMOMETER!
Ads
3. FROZEN BABY FOOD & MOM’S MILK (Store in Coleman and minta flight attendants keep it refgirated if long hours flight)
4. WARMER to warm food & milk & Thermos WAJIB juga! Dlm flight minta je hot water nanti depa bg
5.Baby Wipes sbb cleaning is everywhere everytime also Baby clothes detergent to cuci muntah & sisa baby food & small hangers to hang them dry
6. Nursing cover or wear NURSING JUBAH & TUDUNG LIKE @SUCIBYYATTHAMZAH (sempat lg promote ??)
Ads
7. SMALL STROLLER IF possible YG BOLEH CARRY DI BAHU SENANG NK BW MASUK MASJID. Yg besar x lepas masjid. Ni utk yg anak ramai mcm Bonda sbb x mampu nak dukung semua.. ?
8. Wrist bands to keep them safe, secured & close to us always. NI WAJIB!
9. 1 medium Baby Bag yg boleh masukkan all benda, milk, food, diapers, toiletteries, etc
10. TOYS TOYS & STORY BOOKS to keep them BZ so they won’t kacau kita and others solat. Trust me this really gives a lot of relief.
Ads
Trust me.. All above ni mmg WAJIB BAWA. TAKPE JE KHASKAN 1 LUGGAGE JUST FOR ALL THESE NECESSITIES. Korang akan rasa sangat lega bila bawa semua ni..In shaa Allah. Selamat menunaikan Umrah dan Selamat berjuang DG anak2 Syurga??♥️?
Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Dalam sebuah perkahwinan yang dibina tentunya ada ujian dan cabaran yang perlu dilalui. Tinggal hanya bagaimana kita mengendalikan sebuah perkahwinan itu dengan baik atau pun sebaliknya.
Jagalah isteri dan anak sebagai anugerah dan amanah yang Allah berikan pada kita sebagai seorang khalifah keluarga.
Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bukan kerana makhluk dan nafsu. Jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Reda Allah yang kita minta.
DUGAAN RUMAH TANGGA
Dugaan rumahtangga memang banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada.
Ada ketikanya dulu, kami diuji dengan tiada zuriat. Ramai yang cadangkan saya berkahwin lagi. Tapi saya kata, buat apa saya kahwin lagi hanya nakkan zuriat.
Kebahagian rumah tangga bukan terletak pada adanya zuriat. Tapi pada diri kita.
Bagaimana kita saling membahagiakan diri dan isteri.
Alhamdulilah selepas 10 tahun melayari rumahtangga. Allah anugerahkan zuriat juga iaitu @adamfatehlee. Sabar .. usaha.. doa..
SEMAI CINTA IKUT SYARIAT
Cinta perlu dipupuk dan disemai setiap masa dengan syariat. Jangan biarkan ia suram.
Cintalah pasangan kita setiap masa keranaNya. Kebahagian itu akan hadir dengan sendiri selepas kita berusaha, berdoa dan tawakal padaNya.
Dalam dunia serba-serbinya di hujung jari, kini semua orang bebas berkongsi aktiviti masing-masing di akaun media sosial yang mereka miliki. Kebebasan berkongsi foto-foto koleksi peribadi membuka peluang kepada teman-teman menikmati momen-momen indah anda bersama insan tersayang. Walau bagaimanapun ia bukan bermakna semua momen-momen mesra itu boleh dikongsi semuanya untuk dijadikan tatapan ramai.
Namun apa yang dikesalkan ialah apabila ada sesetengah individu yang sudah hilang rasa malu mempamerkan kemesraan dengan pasangan masing-masing. Sama ada pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga mahupun yang masih bercinta, tanpa segan silu memperlihatkan kemesraan antara satu sama lain tanpa rasa malu dan rasa bersalah.
Namun apakah kita mengetahui hukum bermesra-mesraan di depan umum dalam Islam? Sebelum trend ini menjadi ikut-ikutan dalam mempamkerkan foto-foto yang mesra dengan pasangan, ada baiknya kita mengetahui terlebih dahulu hukum mempamerkan kemesraan di media sosial dalam Islam.
BAGI PASANGAN SUAMI ISTERI
Tidak hanya pada pasangan kekasih, kita juga sering kali melihat perkongsian foto milik pasangan suami isteri yang mempamerkan kemesraan mereka di media sosial.
Walaupun telah ada dalam ikatan perkahwinan yang sah dan halal untuk bermesraan namun hukum mempamerkan kemesraan di media sosial dalam Islam bagi pasangan suami isteri adalah tetap dilarang. Hal ini kerana kemesraan antara suami isteri tidak selayaknya untuk dipertontonkan secara terbuka.
Selain itu mempamerkan foto kemesraan ini juga boleh mengundang syahwat orang lain yang melihatnya dan membuatkan mereka mendekati zina. Hal ini sama sahaja dengan kita yang mendorong orang lain untuk melakukan kemaksiatan. Secara tidak langsung kita juga akan mendapat dosa yang sama dengan mereka. Hal ini juga telah dijelaskan dalam sabda Rasulullah seperti berikut:
“barang siapa yang mengajak kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa seperti dosa setiap orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.” (HR. Ahmad).
Mempamerkan kemesraan antara suami isteri juga boleh menjatuhkan kewibawaan dan juga martabat kita. Rasulullah juga telah mengajak kita untuk memiliki rasa malu untuk tidak memperlihatkan hal-hal yang seharusnya tidak perlu dilihat oleh orang lain seperti mencium isteri secara terbuka, berpelukan dan sebagainya. Ketahuilah bahawa rasa malu juga meurpakan sebahagian daripada iman.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Iman itu ada tujuh puluh sekian cabang. Dan malu salah satu cabang dari iman.” (HR. Ahmad).
BAGI PASANGAN YANG BELUM BERKAHWIN
Melihat kemesraan yang di abadikan oleh pasangan yang belum ada apa-apa ikatan juga sudah menjadi perkara yang biasa kita lihat di media sosial.
Sedangkan mempamerkan kemesraan di kalangan pasangan suami isteri di media sosial tidak boleh di dalam Islam apatahlagi untuk pasangan yang belum berkahwin. Hukumnya tentulah haram dalam Islam. Lagi pun bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang tiada sebarang ikatan akan menjerumuskan kedua-duanya untuk mendekati zina.
Apalagi jika mempamerkan foto-foto mesra yang jelas perbuatan itu belum boleh dilakukan pasangan yang belum berkahwin.
Allah SWT telah berfirman:
“dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al-Isra’ : 32)
Semoga dengan penjelasan ini kita tahu cara menghindari ghibah.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebaik musim haji 1440H berakhir ramai antara kita yang mengambil kesempatan untuk menunaikan ibadah umrah. Siapa yang tidak mahu menjadi tetamuNya dan jika memang sudah diizinkan Allah, siapa kita untuk menolaknya.
Dan pastinya pelbagai perasaan serta pengalaman dilalui sepanjang menjadi tetamu di rumah Allah ini. Ada yang gembira, sedih dan tidak kurang juga yang terus diberi hidayah dengan berhijrah ke arah sesuatu lebih baik.
Seperti perkongsian wanita ini Leny Adam di laman sosial Facebook yang diberi kesempatan menjadi tetamuNya selama dua minggu di tanah suci, Kota Mekah.
Ternyata pengalaman sepanjang 10 hari berada di sana sangat memberi makna padanya. Dapat melihat Kaabah di depan matanya, diberi kesempatan mencium Hajarul Aswad dan pengalaman paing terindah diberi peluang bertemu ‘arwah ibunya’ di alam realiti.
10/10/2019 – 20/10/2019
Allahumma labbaik Labbaik la sharika laka labbaik Innal hamda Wan-ni’mata Laka walmulk Laa sharika lak
Alhamdulillah padaMU ku bersyukur
Selamat sudah umrah ku, haji kecilku.. Niat umrah untuk kedua arwah kedua ibubapaku perasaan yang susah diungkap dengan kata kata.
Aku datang padaMU, menyahut seruanMU Ya Allah! Menjadi tetamu istimewaMU Ya Allah! Aku insan kerdil lagi hina ini mendapat jemputan khasMU yang penuh dengan keistimewaan. KepadaMU aku berserah dan kepadaMU aku menyerahkan agar segala ibadatku KAU terima, berharap agar segala taubatku dan rintihan ku KAU dengar.
Ampunilah segala dosaku, dosa kedua orang tuaku, dosa kedua dua ibu bapa mertuaku.Jangan KAU seksa mereka hanya kerana dosa dan perbuatan ku didunia.KAU ampuni lah mereka dan rahmati lah mereka di dunia dan di akhirat.
Jemputan yang datang tanpa diduga..aku menyahut seruan itu tanpa kata.
Terima kasih sahabat umrahku Misyail Othman kerana sudi menjadi pendamping teman kelana ku selama 10 hari. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik mu sepanjang kita bermusafir bersama..tawa dan duka yang akan menjadi memori indah kita ke jannah..insyaallah.Biarlah kisah suka duka kita itu menjadi saksi nanti..akan aku khabarkan padaNya bahawa kau adalah salah seorang sahabat yang baik dan membawa ku kejalanNya..masyaallah..love u jie!
Seperti tak cukup waktu untuk mengadu padaMU Ya Allah dan semoga kau akan memberi aku dan keluargaku untuk bertemuMU lagi di lain waktu yang lebih indah.
Terlalu banyak kisah yang ingin ku coretkan, ingin ku abadikan sepanjang berkelana di bumi haramMU..bagaimana malam pertama aku dan teman umrahku terpisah dan aku mencari arah ku sendiri..sedih, pilu, keliru tapi kau tetapkan hatiku mengabiskan malam yang indah bersamamu di masjidil haram bersaksikan kaabah.Malam itu aku membayangkan bagaimana di padang masyar aku mencari cari arah dan dalam ramai yang bertawaf dan saei, tiada satu pun muka yang aku kenali..semua sibuk dengan urusan ibadah sendiri..waima beribu ribu umat di depan, tepi dan belakang ku,.indah sungguh malam itu bila aku menyerahkan segala jiwa raga ku kepadaMU, memujuk, merayu, menangis dan menginsafi segala perbuatanku..Ku renung kaabah dari malam ke subuh..aku masih tak percaya apa yang aku lihat..aku dekati Kaabah untuk kepastiaan dan aku panjangkan segala doa agar KAU mengerti dan menerima segala taubatku..
Masyaallah, masih tak ku lupa harum mewangi hajarulaswad dan bagaimana kuatnya diri ini untuk mengharungi lautan manusia yang maha kuat dan hanya memikirkan diri sendiri. hanya yang pernah mengalami akan mengerti..
Akhirnya ciuman pertama membawa ke ciuman kedua keesokkan harinya dan bagaimana perasaan selepas itu ?? bagaikan wira yang pulang dari berperang..arghhhhh tiada kata yang dapat diungkap..kelu seribu bahasa dan hanya air air mata yang bisa berkata! aku menang! Ya Aku menang! Dan aku adalah wira untuk Tuhanku..masyaallah..hebat kau Ya Allah! Hebat sungguh pengalaman dan permandangan luar biasa yang kau hadiahkan padaku sepanjang berkelana di bumi HaramMU. KAU temukan dengan manusia yang baik baik datang mendatangiku..penuh dengan pelukkan dan kucupan kasih sayang seperti kau makbulkan aku untuk berjumpa ibuku tapi bukan dalam mimpi tapi di dunia realiti..indah dan bahagia rasanya walaupun hanya seketika.
Kami sambung perjalanan dari Mekah ke Madinah untuk perjuangan hijrah dan bukti keKuasaanMu..ku melihat bagaimana bukit bukau yang Nabi ku Muhammad SAW lalui untuk menyemarakkan syiarMU..
sayu saat berada di raudah..berjumpa kekasih hati yang ku damba..yang ku cinta..perasaan indah dan tiada tolok bandingan. Tenang dan menyusuk jiwa sehingga tak sanggup berpisah..selamat tinggal kekasih dan aku pasti akan kembali dengan banyak lagi kisah yang ingin ku bicarakan bersama di malam malam yang indah bersamamu..
Kini aku harus kembali, menjalankan tanggungjawap untuk anak2 dan keluarga dan pastinya akan ku sampaikan pada mereka betapa aku telah berduka kerana berpisah sementara dengan Mu Ya Rasullullah..
aku pasti kembali! Aku pasti akan menemuiMU kembali..tunggu aku Ya Allah! Tunggu aku Ya Rasulullah..aku akan sentiasa merindui hari hari indah bersama, malam malam ku yang bahagia bersamaMU..
Semoga Allah mendengar segalanya dan memakbulkan segala doa doa yang ku panjangkan untuk ku, kedua ibu bapaku, kedua dua ibu dan bapa mertuaku, anak anak ku yang soleh dan solehah Addiena Aswad Adam Aswad Alif Aswad & Amna Lee, kakak, abang, adik, seluruh keluarga ku, sahabat sahabat kesayanganku dan semua muslimin dan muslimat..
Sampai kita ketemu lagi..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...