YDP Agong Perkenan Solat Jumaat & Sunat Aidiladha Di Kuala Lumpur, Kapasiti Hingga 300 Jemaah

Share

Alhamdulillah, menjunjung titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas ketetapan terkini had jemaah Solat Jumaat, Solat Fardhu dan Solat Sunat Aidiladha di masjid dan surau dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara berfasa di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Haji Mohd Ajib Ismail memaklumkan, seramai 300 jemaah dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan sunat aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan.

“Jumlah itu bagaimana pun berbeza di lapan buah Masjid Pusat Zon iaitu hanya 100 orang dibenarkan. Bilangan jemaah di Masjid Kariah dan surau Jumaat dibenarkan seramai 50 orang sahaja manakala bagi Surau yang diberi kebenaran Khas untuk mendirikan solat Jumaat dibenarkan hanya 40 orang sahaja.

“Manakala jumlah jemaah di Surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 12 orang,” katanya menambah jumlah jemaah bagi solat fardu berbeza mengikut kapasiti ditetapkan.

“Bagi solat fardu lima waktu, jumlah jemaah dibenarkan bagi Masjid Wilayah ialah 100 orang. Bilangan jemaah di lapan buah Masjid Pusat Zon iaitu hanya 50 orang dibenarkan. Bilangan jemaah di Masjid Kariah dan surau Jumaat dibenarkan seramai 30 orang sahaja manakala bagi Surau yang diberi kebenaran Khas untuk mendirikan solat Jumaat dibenarkan hanya 20 orang sahaja. Manakala jumlah jemaah di Surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 12 orang

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri menjelaskan di fbnya, SOP terbaharu ini disusun dengan lebih terperinci, mengambil kira keluasan kawasan dan risiko setempat yang pastinya lebih meraikan hasrat umat Islam setempat, tanpa mengenepikan keperluan kepada pematuhan SOP.

Saya juga mengambil maklum akan ketetapan terbaharu yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri di beberapa buah negeri yang telah memperlihatkan kelonggaran dan pembukaan kapasiti lebih luas bagi jemaah masjid dan surau di negeri masing-masing.
Semoga masjid dan surau dapat diimarahkan semula seperti sedia kala, insya-Allah.

Moga dengan pengimarahan masjid dan surau ini wabak Covid akan berlalu pergi.

WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI


✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘

Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..

✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽‍♀‍

✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)

✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻

Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/

.

Published by
almaswa Haji Che Ros