Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu…” (Surah al-Baqarah (172). Masa yang sama, Allah SWT turut memerintahkan kepada umatnya untuk mencari sumber rezeki yang paling baik dan halal. Setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kepada seseorang. Hal ini kerana, jika seseorang memakan makanan yang haram dan syubhah maka hatinya akan menjadi gelap. Selain itu, setiap daging yang tumbuh daripada perkara yang haram nescaya azab neraka baginya. Oleh itu, benarlah sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah(samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya.Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan”. (Riwayat Muslim (107) (sumber pejabat Mufti Wilayah Persekutuan).
Dalam laporan oleh Malaysia Gazette hari ini, dilaporkan sebuah kilang memproses makanan di Kepala Batas, Pulau Pinang untuk kegunaan makanan Yong Tau Fu diarahkan tutup selepas keadaan kilangnya amat jijik serta meloyakan apabila lipas serta najis tikus ditemui di tempat memproses makanan.
Ads
Keadaan kilang memproses bebola ikan dan daging ini terbukti menjijikkan hasil serbuan oleh anggota Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di Lorong Bertam Indah di sini.
Serbuan Ops Tegar pada pukul 10 pagi tadi mendapati kilang yang sudah beroperasi sejak 50 tahun itu tidak mengikut piawaian ditetapkan malah keadaannya terlalu kotor.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, hasil pemeriksaan mendapati pengendali makanan itu mencampurkan bebola ikan dengan bebola daging babi di tempat memproses yang sama.
Ads
Katanya, pembungkusan bebola ikan dan daging itu juga mengelirukan orang ramai kerana dilabelkan dalam bahasa Cina dan sebahagiannya pula dibiarkan tanpa label.
“Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat menghurung bebola ikan yang sudah siap diproses. “Selain itu, kita dapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja tidak memakai kasut ketika melakukan proses menyediakan bahan basah tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.
Turut serta pada operasi tersebut, pihak berkuasa tempatan dan pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang.
Ads
Menurut Wazir, banyak kesalahan dilakukan kilang berkenaan walaupun pernah diserbu dua kali pada tahun lalu.
“Bertindak atas aduan dan rutin pemeriksaan berkala kita sudah meminta pemilik mematuhi piawai yang ditetapkan dan amaran diberi secara lisan ketika itu.
“Namun, serbuan hari ini menunjukkan mereka gagal berbuat demikian malah kesalahan yang dilakukan amat besar kerana ia boleh mengakibatkan keracunan makanan,” ujarnya.
Tambah beliau, kilang terbabit diarahkan ditutup selama 14 hari untuk kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
“Selain itu, setiap pekerja kilang tersebut didenda RM300 mengikut Peraturan 32 iaitu berkaitan dengan pakaian pengendali makanan,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Surah Al-Jinn (Bahasa Arab: سورة الجن) ialah surah ke-72 dalam Al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah dan terdiri atas 28 ayat. Dinamakan "al-Jinn" yang bererti "Jin" diambil dari kata "al-Jinn" yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Pada ayat tersebut dan ayat-ayat berikutnya diterangkan bahawa jin sebagai makhluk halus telah mendengar pembacaan Al Quran dan mereka mengikuti ajaran Al Quran tersebut.
Memandangkan jin wujud, gangguan dari jin itu wujud. Ia boleh terjadi pada siapa sahaja sama ada sihir yang dihantar oleh orang yang dengkikan kita atau dari kenakalan jin itu sendiri. Untuk ikhtiar penyembuhan, kita boleh melakukan ruqyah syar’riyyah. Dan sebelum kita lakukan ruqyah sendiri, analisa diri kita. Adakah memang terdapat gangguan jin pada tubuh kita atau ia penyakit berkaitan perubatan.
Berikut adalah 50 ciri-ciri seseorang itu terkena gangguan jin dan sihir. Jika ada 7 ciri ini, boleh lakukan ruqyah sendiri atau minta ustaz ruqyahkan kita seperti dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan islam iaitu Ustaz Muhammad Faizar.
Ciri-ciri gangguan jin
Emosi yang tidak terkawal. Misalannya seorang isteri sering membantah cakap suaminya atau anak membantah cakap ibunya. Sorot pandangan matanya agak aneh. Boleh jadi juga sami yan sering memaki isteri hanya disebabkan hal kecil.
Sering ragu-ragu, ada rasa was-was selain ketakutan tanpa sebab pada semua aktiviti diceburi.
Ada dorongan kuat untuk melakukan maksiat dan mengulang-gulang dosa itu. Selain itu ia disertai rasa malas untuk melakukan solat dan ibadah lain.
Tidak mampu khusyuk dalam solat dan jika solat pun adakalanya terlupa jumlah rakaatnya.
Sesak nafas dan rasa mengantuk saat mengaji al Quran. Bahkan ada kalanya sampai tertidur.
Suka berkhayal, hati rapuh, kuat mengelamun, menyediri dan mengurung diri di bilik seorang diri selain suka mengasingkan diri dari kehidupan sosial.
Cepat lesu dan rasa mengantuk dalam aktviti kerja
Sukar untuk memberi tumpuan dan fokus pada tujuan, dan kalau lakukan akan gagal. Fikiran rasa terganggu.
Sakit berulang-ulang dan sukar sembuh. Contohnya sakit kepala, rasa dengung di telinga, sakit bahu, belikat dan paha. Atau boleh jadi sakit gigi, mata, kepala selain sesak nafas tanpa sebab yang jelas.
Memandang remeh kegiatan ibadah dan tidak mahu melakukan selain malas berzikir
Rasa depresi dan fikiran melayang-layang.
Sering rasa sedih secara tiba-tiba. Menangis tanpa sebab selain jantung berdebar-debar.
Sering berkhayal baik separuh ingatan atau sepenuhnya
Sering mendengat bisikan memanggil nama sendiri, ada yang ajak berbicara, mendengar bisikan suruh lakukan kejahatan seperti membunuh, memperkosa, memukul, terjun dari bangunan tinggi, sungai atau cerun tinggi, mencederakan diri sendiri dan lain lagi.
Rasa paranoid dsan cemas. Terus rasa bersalah, berasa ada yang mengikut, mengejar dan mengancam untuk membunuh kita
Sering tercium bau-bauan wangi, bau bunga kembang, bau busuk bangkai walau tidak tahu di mana puncanya
Kepala rasa berpusing (vertigo) dan melihat semua benda bergerak-gerak, terbalik, bengkok dan sebagainya
Sering melakukan tindakan-tindakan aneh tanpa disedari atau di luar kendalian kita seperti ada yang mengendalikan dan tidak boleh menahan dalam keadaan sedar sekalipun.
Memiliki kemampuan luar biasa (supernatural) misalnya tiba-tiba dapat meramal, menerawang, membaca fikiran orah lain atau mengetahui peristiwa yang akan terjadi.
Melihat dan merasaa keberadaan makhluk halus sekilas atau jelas.
Rasa sakit di salah satu anggota badan yang tidak mampu dirawat oleh doktor atau kalau ujian xray dilakukan, tiada sakit apa-apa.
Sering ketawa sendiri, misalannya terlihat makhluk lucu tapi tidak dapat dilihat oleh orang lain
Susah tidur (insomnia), gelisah, rasa cemas dan sering terbangun di malam hri. Dalam keadaan biasa, baru rasa hendak tidur pada jam 3 pagi atau tidak tidur berhari-hari.
Susah bangun dan banyak tidur sehingga tidak boleh melakukan ibadah dan aktiviti yang diinginkan.
Rasa ditindih (mimpi ditindh benda berat dan sulit untuk lepaskan diri dari himpitan tersebut) atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan seperti ingin berteriak minta tolong namun mulut seperti terkunci.
Mimpi melihat sesuatu yang menggerikan atau melihat berbagai binatang menyeramkan seperti ular, serigala, tikus besar, harimau dan lain-lain
Sering menggigau, ketawa, menangis, menjerit, mengomel, merintih bahkan berjalan dalam tidur (dengan keadaan mata tertutup).
Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi dan semua yang berkaitan dengan tempat tinggi seperti mendaki tempat yang tinggi
Semua mimpi tentang tanah perkuburan, melihat kubur, proses mengubur, menguburkan, dikuburkan atau duduk di kubur, tempat sampag atau jalan yang menyeramkan.
Mimpi melihat orang aneh seperti sangat tinggi, sangat pendek, putih sangat atau hitam sangat
Berdengkur dengan keras (seperti harimau dan sebagainya) dan gigi yang berbunyi waktu tidur
Mimpi bertemu orang yang sama (lelaki/ perempuan) berkali-kali dan ingin bertemu dengan orang yang kita mimpikan itu
Mimpikan keluarga yang sudah meninggal, melihat mayat, mimpi mati, mimpi bercakap dengan orang sudah meninggal dan semua mimpi yang berhubung dengan kematian
Mimpi melihat suatu peristiwa dan keesokan harinya, mimpi itu seakan menjadi kenyataan
Badan rasa panas seperti dipanggang namun suhu badan bila di check menunjukkan bacaan normal
Sering mengalami peristiwa kemalangan kecil kenderaan, rasa mengantuk di jalan atau gerakan tangan yang sukar dikawal. Atau ada saja kemalangan kecil ketika mahu pergi berdakwah atau pergi ke jalan kebaikan.
Mati pucuk tiba-tiba terutama bagi yang mempraktiskan ilmu hitam seperti dukun dan lain lagi
Mandul di mana jin menghalang kehamilan terjadi kerana arahan dukun hitam yang tidak mahu pewaris wujud
Seolah ada cyst. Bila di lakukan pemeriksaan ia tidak nampak tapi perut membusung. Bila sudah peringkat ini, biasanya pesakit akan di rukyah di tangan dan meletakkan di perut. Jika terasa panas maka ia berpindah-pindah.
Fikiran kotor, jika jin bersarang di mata lelaki, biasanya mereka ini akan memandang perempuan tanpa berkedip matanya. Kalau jin bersarang di kemaluannya, fikiran kotornya mula menerawang untuk melakukan sesuatu yang jahat
Alami strok ringan di mana tidak boleh berdiri untuk solat atau tidak boleh melakukan gerakan tertentu dalam solat.
Hypertensi, batuk bertahun, masalah jantung, paru-paru berair, sakit urat dan lain lagi yang tak sembuh-sembuh walau sudah ke doktor. Untuk mengujinya, bacalah Al-Fatihah lalu dihembuskan ke tangan sebelum letak di tempat yang sakit. Jika rasa panas atau bertambah sakit, maka itu adalah sihir.
Membujang lama. Sulit bernikah, sulit jumpa jodoh. Tidak mahu berkahwin atau kalau bertemu calonnya (lelaki/ perempuan) perasaan itu tidak suka dan akhirnya nikah tak jadi.
Badan tiba-tiba alami kedutan/ kegatalan melampau di seluruh tubuh
Alami eczema secara tiba-tiba dan tidak sembuh-sembuh
Anak yang hyperaktiv dan sangat nakal, memilih banyak tenaga saat marah, susah dibangunkan saat solat dan tak mahu belajar mengaji dan memandang ibu bapanya dengan pandangan agak aneh
Sering berbual sendiri dan mengaku ada kawan yang tidak nampak di mata kita tapi jelas di matanya. Mampu lihat makhluk halus.
Sedikit ghaib
Mimpi diperkosa jin. Mimpi didatangi lelaki dalam bentuk bayangan hitam dan aneh menyerupai makhluk asing dan lain-lain lagi.
Bayi hilang dalam kandungan secara tiba-tiba.
Keadah rukyah diri sendiri, jika tidak mampu carilah pengamal perubatan Islam untuk membantu kita.
Di bawah ini amalkan ayat-ayat al-Quran sebagai terapi dan pengubatan diri.
Ada keadaan kita solat dalam keadaan laju, nak cepat atau pun kita melihat rakan solat dalam kadar yang laju. Kita baru rakaat kedua, dia dah selesai.
Timbul kemusykilan adakah sah solat laju sebegini. Berikut adalah penjelasan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah beliau. Ujar beliau solat laju atau lambat tidak menjadi masalah asalkan cukup syarat dan rukun solat.
“Solat laju dan perlahan tiada masalah asalkan cukup syarat dan rukun. Diantara rukun solat adalah membaca al fatihah dengan sempurna. Kalau laju dan tak habis atau tak sempurna bacaan al-Fatihah maka tak sah.
“Kedua adalah syarat, antara sebab solat laju jadi tak sah adalah kerana tinggal to’makninah atau tidak berhenti seketika untuk setiap rukun solat.”
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i, Rasulullah s.a.w melarang solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat.
Dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: “Allah s.w.t. tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud”. (Riwayat Thabrani)
Solat yang dikerjakan secara cepat atau lambat pada dasarnya sah. Namun perlu diingatkan agar segala rukun dan syarat sah solat cukup serta tidak tertinggal.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“Tak perlu mandi wajib, terus solat subuh.’ Ini ingatan ustaz buat pasangan selepas bersama. Menjalinkan hubungan intim bagi suami, isteri yang telah bernikah sebenarnya menambah pahala.
Tidak kiralah sekadar melakukan ‘ringan-ringan’ atau pun bersama. Ramai yang mengetahui bahawa setiap pasangan wajib mandi junub setelah melakukan hubungan intim.
Namun bagaimana pula bagi kes ringan-ringan, adakah perlu mandi wajib. Tentu saja perasaan timbul untuk sucikan diri terutamanya sebelum mendirikan solat subuh di pagi hari. Ikuti perkongsian Ustaz Noor Hafiz ini dan hadam baik-baik.
Soalan:
Saya nak tanya boleh kah, suami isteri terus solat subuh tanpa mandi wajib terlebih dahulu setelah bersama malamnya? Sepupu cakap boleh, saya mahukan kepastian?
Terus Solat Subuh
Jawapan:
Pada malam harinya pasangan suami, isteri telah bersama. Kemudian keesokan paginya, sebelum subuh wajib atau tidak mereka mandi wajib terlebih dahulu sebelum mendirikan solat Subuh.
Ini Ingatan Ustaz
Pertama sekali, kita hendaklah pastikan apakah maksud bersama dalam konteks soalan ini sama ada melakukan persetubuhan iaitu sekurang-kurangnya memasukkan kepala zakar suami di dalam faraj isterinya.
Walaupun masuk sekali, walaupun tanpa keluar air mani, situasi ini wajib suami dan isteri mandi wajib.
Namun begitu, sekiranya “bersama” dalam konteks soalan ini merujuk tidak melakukan persetubuhan, tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan air mani keluar.
Jika sekadar melakukan perkara ini, maka keesokkan paginya suami isteri ini tak perlu mandi wajib. Hanya perlu bersihkan diri, ambil wudhuk dan solat subuh.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...