Baru-baru ini beliau berkongsi pandangannya yang berkata tidak perlu mengenakan jenama mewah untuk kelihatan bergaya sebaliknya yang penting keselesaan, yakin serta menutup aurat seperti seorang wanita Muslim.
Tambahnya lagi, dia tidak menilai seseorang daripada cara berpakaian kerana ia tidak melambangkan agama dan keindahan Islam seseorang itu terletak pada amalannya.
Malah di akhir postingnya dia juga turut memberi nasihat kepada followernya untuk terus istiqamah dan menjaga tertib dalam berpakaian.
My 2019 fashion style.. I studied fashion dulu.. 1 thing I understand about fashion is that,u dont need to wear Prada,Chanel or Louis Vuitton to makes you look fashionable.. Is how u carry out the design.. fashion means u feel comfortable and confident..but sad pemahaman org kita,fashion means kena hi end ala2 omputih.. sampai kadang2 klu org luaq tgk,dia tk tau org yg pakai tu agama apa.. i dont mean it has to be tudung labuh or pakai jubah,pakai seluaq or skirts,cause i dont judge people from what they wear. Islamnya seseorg itu terletak pada Rukun Islam dia,bukan baju dia,klu semua aurat tutup sekalipon nampak mata ja,tp Rukun Islam pon tk penah buat,yg tu bukan islam,setakat pakai jubah and tudung labuh ke lutut,pompuan arab yg bukan islam pon pakai yg sama.. .
Cuma,utk yg bertudung tu,bila org tgk,org tau hg tu islam.. tk kisah lah hg lilit tudung mcm mana pon.. .
Contoh mcm hakak,walaupon hakak mcm Jessica Alba,tp mmg tau dh hakak muslim.. klu Trumph tgk dia tembak teruih Walaupon langsung tk sempurna cara hakak tutup aurat..
You know what i mean? Jgn salah paham pulak.. dont manipulate my words hokey.. Moga kita teruih istiqomah..
Ads
I just need @properhijab to look like Jessica Alba.. I dont need LV,Prada or Fendi.. well well.. Thank you so @properhijab .
Alangkah bertuah seseorang itu jika dikejutkan oleh Allah di tengah malam daripada tidur yang lena.
Jangan marah jika dikejutkan kerana ada hikmah tertentu yang Allah berikan. Dan salah satunya adalah supaya mengingatiNya dengan mengerjakan solat sunat Tahajud.
Namun ada antara kita yag tidak tahu cara terbaik untuk mengerjakan Solat Tahajjud ini. Dalam perkongsian di laman sosial Facebook Majlis Ilmu memberitahu cara untuk melakukan Solat Tahajjud ini.
Ada cara tertentu dan paling penting jangan buat laju-laku dan diakhiri dengan melakukan solat witir.
Boleh juga dapatkan barangan keperluan solat di sini
Gambar sekadar hiasan.
MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD
1. Waktu ikutlah kesesuaian kita. Jika ingin menunaikannya sekitar 4.00 pagi pun boleh dan waktunya hinggalah sebelum subuh.
2. Niat di dalam hati “aku melakukan solat sunat tahajud kerana ALLAH” .
3. Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam .Terpulang kepada kemampuan masing-masing sama ada nak buat 2, 4, 6 atau 8 atau semampunya. Untuk permulaan 2 rakaat sudah memadai.
4. Tidak terkhusus dengan mana-mana surah, ikut hafalan masing-masing. Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu dihafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
5.Jadi lamakan sujud dan mintak doa kepada Allah apa saja yang kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dalam bahasa apa yang kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu.
6.Jangan solat laju-laju dan yang penting buat setenang-tenangnya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dengan istighfar dan mana-mana zikir yg kita hafal.
7.Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belum dibuat selepas isyak. Kalau sudah solat witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud. Semoga memberi manfaat. Aaminn SENANGKAN…?
Kredit Kuliah Studios
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Selagi bernafas, mak adalah tanggungjawab saya.’ Berkat ikhlas jaga ibu, lelaki ini dapat tajaan tunai umrah bersama ibunya.
Benarlah bila kita ikhlas melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan apa pun, pasti Allah akan kurniakan sesuatu di luar jangkaan sama ada cepat atau lambat.
Tiada kata dapat diungkap selain rasa syukur ke hadrat Ilahi apabila Yayasan Raja Shamri (YRS) menaja lelaki ini yang merupakan seorang penoreh getah untuk menunaikan ibadat umrah.
Zulkifli Hussin, 55, menganggap peluang menginjak kaki ke Tanah Suci itu berkat usahanya yang ikhlas menjaga ibu, Minah Mamat, 88, selama ini.
Mak Adalah Tanggungjawab Saya
Menurutnya, ia harus disyukuri apatah lagi dia bukan dalam kalangan orang senang kerana hanya mengambil upah menoreh getah untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama ibu.
“Saya sentiasa berdoa agar dapat menjejakkan kaki ke Makkah dan beribadah kepada-Nya. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan dan kini semuanya bakal menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tasek Bakong, Rantau Panjang, Kelantan.
Berkat Ikhlas Jaga Ibu
Sebelum itu, dua beranak itu menerima kunjungan daripada Pengasas YRS Raja Shamri Raja Husin yang pada masa sama turut menyampaikan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban mereka.
Bercerita mengenai dirinya, Zulkifli masih bujang dan tidak mahu terlalu memikirkan soal jodoh kerana ingin fokus menjaga ibunya yang hanya mampu mengesot untuk bergerak, selain tidak dapat melihat jelas susulan implikasi sakit kencing manis.
Lelaki Ini Dapat Tajaan Tunai Umrah
“Sebelum saya keluar menoreh, sudah menjadi rutin harian untuk menguruskan ibu termasuk memastikan dia sudah mandi dan diberi makan sebelum ditinggalkan untuk bekerja mencari wang menyara kehidupan kami dua beranak.
“Selagi ibu bernafas, menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga ibu sehingga ke akhir hayat,” katanya.
Islam itu indah. Walau dengan hanya sedikit kebaikan seperti sedekah jariah, Allah akan berikan ganjaran yang sangat besar tak terhitungkan jumlahnya. Setiap perbuatan baik itu akan dicatat dan dibalas di kemudian hari biarpun ia hanya sekecil-kecil sedekah.
Sebagaimana firman Allah SWT:
فَمَنيَّعمَلمِثقَالَذَرَّةٍخَيرًايَّرَه Ertinya “Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” (QS. Al- Zalzalah: 7)
Dalam Islam terdapat begitu banyak jenis sedekah jariah dan pahalanya kekal mengalir walaupun kita telah meninggal dunia. Ia seakan sebuah ladang buah-buahan yang sentiasa mengeluarkan hasil untuk dimanfaatkan oleh tuan punya ladang. Dari Abu Hurairah r.a, berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثَةٍ : إِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ “Jika manusia mati, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: (1) sedekah jariyah, (2) ilmu yang diambil manfaatnya, (3) anak soleh yang selalu mendoakan orang tuanya.” (HR. Muslim, no. 1631)
Apa kata kita lihat 10 jenis sedekah jariah yang boleh kita jadikan sebagai ‘ladang buah’ yang tidak putus menghasilkan buah-buahan untuk pemiliknya.
1.Membina Masjid
Jika ada kemampuan binalah surau atau masjid sebagai kemudahan untuk orang ramai bersolat. Jika tidak mampu, cukup memberi sumbangan beramai-ramai membangunkannya.
Diriwayatkan dari ‘Umdah al-Qari, Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa yang membina masjid yang dengannya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga (HR al-Bukhari dan Muslim)
Membangun masjid atau mendermakan tanah wakaf untuk dibangunkan masjid merupakan amal jariah yang boleh kita lakukan.
Masjid yang dibangun di atas tanah pemberian kita akan dipakai sebagai sarang ibadah. Apabila masjid itu digunakan oleh masyarakat berhampiran, ia akan menjadi ladang pahala yang terus mengalir walaupun kita telah meninggal dunia.
2.Menggali Perigi
Walaupun hanya sebuah perigi kecil, tapi ingatlah bahawa Allah tidak melihat kepada saiz atau besar sumbangan kita sebagai pengukur pahala. Dengan perigi kecil itu lah, kita akan mendapat pahalanya selagi mana ia memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menggali perigi, (kemudian) tidaklah setiap yang memiliki ruh, baik dari kalangan manusia, jin, dan burung yang minum dari perigi tersebut, melainkan Allah (pasti) akan membalasnya kelak di hari Kiamat.”
Pam air yang dibina untuk kegunaan ramai juga boleh mengalirkan pahala hingga kiamat.
3.Mencetak Buku Atau Posting Artikel Yang Bermanfaat
Mencetak buku atau posting artikel ke sosial media dan digital yang bermanfaat terutama berhubungan dengan ilmu agama dan ajaran kebaikan akan menjadi salah satu jenis sedekah jariah.
Ilmu yang bermanfaat dari buku akan mengalirkan pahala kepada kita yang menyebarkan ilmu itu. Bersyukurlah kepada para penulis atau wartawan yang menyampaikan ilmu bermanfaat kepada masyarakat.
4.Membangun Rumah Untuk Musafir
Mungkin cara ini kurang popular di negara kita. Bukan tidak ada, tetapi kurang. Memberi tempat tinggal untuk orang yang bermusafir juga termasuk dalam sedekah jariah yang amalannya tidak akan terputus.
5.Sedekah Sewaktu Hidup dan Sihat
Sedekah atau memberikan sebahagian harta secara iklas juga merupakan salah satu jenis sedekah jariah.
Sebagaimana dalam Firman Allah SWT: مَثَلُالَّذِينَيُنْفِقُونَأَمْوَالَهُمْفِيسَبِيلِاللَّهِكَمَثَلِحَبَّةٍأَنْبَتَتْسَبْعَسَنَابِلَفِيكُلِّسُنْبُلَةٍمِائَةُحَبَّةٍوَاللَّهُيُضَاعِفُلِمَنْيَشَاءُوَاللَّهُوَاسِعٌعَلِيمٌ Ertinya: “Perumpamaan orang -orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai:tumbuh seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al- Baqarah ayat 261)
6.Ilmu Yang Diajarkan
Wadah ilmu hadir dalam pelbagai bentuk. Selain buku yang bermanfaat, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain juga akan menjadi amalan dan sedekah jariah bagi kita kelak.
Sebab ilmu yang bermanfaat akan senantiasa membawa seseorang menuju jalan kebaikan. Tentunya amalan nya akan terus mengalir kepada kita yang ikhlas mengajarkan ilmu yang bermanfaat tadi.
7.Mushaf Al-Quran Yang Diwariskan
Dari Abu Hurairah Berkata, Baginda Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya termasuk amalan dan kebaikan orang mukmin yang masih mengalir selepas kematiannya adalah ilmu yang diajarkan dan disebarkannya, atau anak soleh yang ditinggalkannya, atau mushaf al-Qur`an yang diwariskannya, atau masjid yang dibangunnya, atau rumah singgah bagi para musafir yang dibangunnya, atau sungai yang dialirkannya, atau sedekah yang dkeluarkan dari hartanya saat sihatnya dan di masa hidupnya, (semua itu) masih mengalir kepadanya selepas kematiannya. ” (HR. Ibnu Majah; Shahih at-Targhib)
8. Mendirikan Rumah Anak-anak Yatim
Perihal anak yatim telah disebut sebanyak 32 dalam al-Quran. Tentulah ini menunjukkan betapa berkatnya jika kita menyediakan rumah anak yatim sebagai tempat berlindung mereka.
Usaha kita itu menjadi ladang amalan bagi kita dan pahalanya berterusan tanpa henti. Islam meletakkan kedudukan tinggi buat anak-anak yatim dan sewajarnya lah kita memelihara kebajikan mereka.
9. Memberi Makan dan Minum
Berdasarkan sabda Rasulullah SAW : « أَفْضَلُالصَّدَقَةِسَقْيُالْمَاءِ» “Sebaik-baik sedekah adalah memberi air minum.” (HR. Muslim).
Sesunggunya Nabi ketika ditanya bagaimana Islam yang baik itu. Baginda menjawab : « تُطْعِمُالطَّعَامَوَتَقْرَأُالسَّلاَمَعَلَىمَنْعَرَفْتَوَمَنْلَمْتَعْرِفْ» “Engkau beri makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal maupun yang tidak kamu kenal.” (Terdapat dalam Ash-Shahihain).
10. Mengadakan Majlis Zikir
Mengadakan majlis zikir merupakan amalan amal jariah yang pahalanya akan mengalir kepada kita kerana semua kegiatan dalam majlis itu merupakan kegiatan berlandaskan ajaran agama Islam.
Kashoorga: Ada 10 amal jariah yang boleh kita lakukan. Tepuk dada tanya selera. Sudah tentu kita mahukan pahala yang mengalir seperti derasnya air sungai.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebelum keluar rumah atau pergi bekerja selain solekan wajib mengenakan semburan wanigan yang memang terserlah baunya.Meski Islam melarang wanita memakai wanigan yang harum semerbak...