Ziana Zain buat solat taubat, istikharah dan hajat sebelum bercerai. “Saya keliru, minta Allah beri petunjuk.’
Setiap pasangan yang bergelar suami, isteri tak lari daripada ujian. Sudah pasti sesiapa pun ingin rumah tangga yang dibina berlandaskan cinta bahagia hingga ke hujung nyawa, namun siapa sangka rupanya hujan di tengahari.
Artikel Berkaitan: Hari-Hari Buat Solat Hajat Mohon Kekuatan DariNya, Wanita Ini Kongsi Detik Cemas Saat Suami & Anak Disahkan Positif COVID-19
Ziana Zain antara isteri yang diuji. Pergolakan rumah tangga yang berlaku antara penyanyi Ziana dan bekas suami, Armin Zaharin pernah menjadi topik hangat di media sosial.
Baru-baru ini, Ziana bersikap terbuka mendedahkan detik hitam yang menjadi punca rumah tangga dengan bekas suami berakhir dengan perceraian.
Pendedahan menerusi program bual bicara, Next To Neelofa musim kedua, Ziana menyatakan dia ‘terpukul’ dengan kata-kata kesat yang dilontarkan oleh bekas suami.
Dalam keadaan sebak, penyanyi berumur 54 tahun ini berkata bekas suaminya tergamak menyebut dia sudah tidak peduli dengan isteri sendiri.
Pada tahun 2016, masih segar di ingatannya apa yang bekas suami cakap, ‘Ingat saya hairan (peduli) ke dekat dia? Saya tak hairanlah (pedulilah) dekat dia.’
Sebagai isteri macam mana perasaan macam saya? Berbelas tahun saya taat kepadanya, dia boleh cakap dia tak hairan (peduli) dengan saya.
Jadi, saya ke sahaja yang terdamba-dambakan dia. Perasaan waktu itu rasa macam tiada harga diri.
Macam mana dia (bekas suami) tergamak keluarkan perkataan sebegitu. Saya isteri dia. Dia nak anak empat, saya beranak anak empat (orang).
Saya hampir hilang nyawa 50-50 bertarung (nyawa) untuk dia dan this is the end (inikah pengakhirannya).
Suami adalah individu yang terdekat selepas bapa. Bila sudah selalu dihambur dengan kata-kata kesat, hati ini sudah tidak boleh pulih.
Dalam masa yang sama, bercerita perihal anak-anak, Ziana mengakui salah seorang anaknya menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Jelas Ziana, dia jadi tawar hati selepas anak lelakinya dipukul teruk dan ekoran peristiwa itu dia nekad untuk meminta pertolongan daripada Allah SWT.
Pada tahun 2018, saya baru pulang dari penggambaran, saya tengok anak sulung, tunggu pukul tiga pagi. Saya tanya kenapa abang tak tidur lagi, dia jawab ayah pukul adik.
Saya pergi ke bilik dan tengok bengkak muka anak saya macam belon. Tangan dia penuh kesan biru (lebam) dan darah. Saya tanya kenapa? Dia jawab ayah pukul sebab tak reti baca surah ‘Qul huwAllahu Ahad (Surah Al-Ikhlas).’
Saya buat solat taubat, istikharah dan hajat. Lepas itu, saya tidur dan bangkit pukul 5 pagi. Dalam pada itu,Ziana merasakan doanya termakbul apabila satu persatu ‘rahsia’ bekas suami terbongkar.
Saya buka telefon bimbit dia dan tengok banyak mesej masuk. Saya tak sangka dia sanggup buat isteri macam itu. Sebagai suami, dia kena setia dengan saya, bukan mengkhianati.
Selepas dua hari saya rasa macam memang inilah Allah hendak tunjuk. Saya buat laporan.
Terdahulu, Mei 2018, Armin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya.
Ziana berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan berusia 11 hingga 20 tahun.
Bagaimanapun, pasangan itu bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Baca Di Sini:
“Tak Berhenti Buat Solat Hajat.” Dua Minggu Hilang, Keluarga Masih Letak Harapan Tinggi Azi Ditemui
Kashoorga : Siapa sangka rumah tangga yang kelihatan bahagia pada awalnya berakhir sebegini. Tapi percayalah penceraian bukanlah penamat kehidupan.
Sumber: Oh Bulan! TikTok @seorangnur Instagram Ziana Zain
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.