Ziarah kubur ibu bapa juga bakti anak-anak kepada mereka. Berbakti kepada orang tua tidak terhenti sebaik mereka meninggal dunia.
Sebagai anak yang soleh dan solehah, kita tidak akan dapat membalas jasa mereka yang melahirkan, menjaga, memelihara dan mendidik kita sehingga menjadi orang berjaya. Semoga dikurniakan pahala besar buat mereka atas pengorbanan yang telah dibuat.
Kini, anak-anak yang hidup adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga kebajikan orang tua walaupun mereka telah meninggal dunia.
Selain menyalurkan sedekah atas nama kedua arwah orang tua kita atau niatkan wakaf atas nama mereka, satu perbuatan yang amat digalakkan dan mudah sebagai rasa tanda sayang kita kepada mereka ialah dengan menziarahi makam mereka, sungguhpun hukum menziarahi kubur bukanlah wajib.
Artikel berkaitan:Wanita Dalam Iddah Lebih Elok Tinggal Di Rumah Dari Iringi Jenazah Suami Ke Kubur. Ini Penjelasan Mufti!
Artikel berkaitan: 15 Minit Percubaan ‘Masuk’ Kubur Hidup-hidup, Amat Menginsafkan
Perbuatan menziarahi kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar pahalanya. Makin bertambah pahalanya, jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari jumaat dan dibacakan surah Yaasin disisinya.
Kelebihan mengenang ibu bapa dengan doa dan dengan menziarahi kuburnya membawa kebaikan bukan sahaja kepada anak-anaknya yang soleh tetapi juga kepada anak derhaka.
Seperti dalam sebuah hadis diterangkan: Anak derhaka yang kematian kedua ibu bapanya kemudian dia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk mereka, nescaya ia diampuni Allah dan dikira sebagai anak yang taat.
”Kenangkanlah daku dalam doamu” Kita biasa dengar permintaan ini dan ia bukan sahaja dari kita yang masih hidup, tetapi ia juga merupakan rayuan orang yang telah mati.
Ini diterangkan dalam hadis maksudnya:
”Orang mati dalam kuburnya adalah seperti orang yang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa dari anaknya,atau saudaranya, atau sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya maka tidak terkira sukacitanya dan dirasainya (rahmat doa itu) lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang-orang yang hidup kepada orang mati ialah: ”Doa dan Istighfar”. (Riwayat oleh Ad-Dailami rahimahullah)
Sebab itulah kita diberi panduan di dalam al-Qur’an [ Diantaranya: ayat 41, surah Ibrahim, dan ayat 10, surah Al-Hasyr ], supaya tiap-tiap seorang sentiasa berdoa memohon rahmat bukan sahaja bagi dirinya, ibu bapanya dan kaum kerabatnya- tetapi juga bagi umat Islam umumnya, yang hidup dan yang mati. [ Jika si mati orang salih maka doa itu dapat meninggikan darjatnya, dan jika ia berdosa maka doa itu dapat menyelamatkannya dari azab (atau meringankan tanggungannya). Tanwir al-Qulub (217).
Rasulullah SAW bersabda:
Tiada satupun mayat di kuburannya kecuali seperti orang yang tenggelam yang sangat memerlukan pertolongan selalu menunggu dan menanti doa dari anaknya, saudaranya, temannya, ketika telah memperoleh Doa, maka dia lebih menyukainya daripada mendapatkan dunia dan seisinya.
Mereka turun di langit dunia, sejajar pada rumah-rumahnya sambil merintih memanggil ya ahli ya waladi ya aqoribi (wahai anakku wahai kerabatku wahai orang penunggu rumahku pemakai pakaianku hartaku.
Farhamu yarhamukumullah. Janganlah kamu bakhil kepadaku (meminta doa) sebelum kamu jadi seperti aku.
Kashoorga: Berbaktilah kita kepada orang tua kita walaupun mereka telah tiada. Ziarah kubur mereka dan bacakan doa untuknya. Semoga doa kita itu sampai kepada mereka. Menziarahi kubur juga akan membuatkan kita insaf dan sedar akan kematian.