Kita selalu merasakan kita betul. Justeru itu adakalanya kita susah menerima pendapat orang lain. Demi mengelak wabak COVID-19 merebak lebih ramai dijangkiti, kerajaan mengeluarkan larangan ziarah raya ketika Syawal baru ini dan tentunya berita ini mengecewakan jutaan anak-anak di perantauan yang sudah dua tahun tidak bertemu ibu bapa. Namun di sebalik larangan itu, masih ada individu yang mementingkan diri dengan melakukan ziarah raya secara bersembunyi-sembunyi.
Namun perbuatan ini ternyata membawa padah apabila ia mencetuskan kluster terbesar COVID-19 di Hulu Terengganu apabila Kluster Kg Matang telah merebak ke tiga (3) buah kampung iaitu Felcra Bukit Kepah, Kg Tengkawang dan Kg Pulau Kudat dan ianya masih aktif.
Hasil siasatan menunjukkan adanya rentas negeri sebelum raya. Ada pula ziarah raya dan kunjung mengunjung melibatkan keluarga besar. Bayangkan 19 dikesan positif dari hanya 2 buah keluarga. Habis raya yang bekerja masuk kerja. Tanpa sedar menjangkiti rakan sekerja pula. Lebih risau sudah ada jemaah masjid dijangkiti. Akhirnya jangkitan bersambung sambung dan anda boleh sambung sendiri cerita ini…
Inilah kesalan diluahkan oleh Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus di fbnya berikutan Kluster Matang ini merupakan kluster terbesar di Hulu Terengganu kini.
Dalam perkongsianya, jelas Dr Nor Azimi yang menzahirkan rasa kesal dan marah dengan sikap mementingkan diri ini mengakui, kita rasa tak apa lagi kalau jangkitan dalam famili sahaja sebab pematuhan SOP dalam famili diakui sangat sukar. Namun jika melibatkan beberapa famili, jiran tetangga dan pejabat2 akhirnya merebak hingga ke beberapa buah Kg. Rasa kesal dan nak marah sangat sebenarnya….
Seramai 127 kes positif dikesan dari Kluster ini yang telah merebak hingga ke generasi ke 5. Kontak rapat sahaja seramai 725 orang. Tidak termasuk saringan bersasar yang melibatkan beberapa buah kampung tadi. Masih ada 975 sample sedang menunggu keputusan.
Jika keadaan begini berterusan dan kluster baru tumbuh bagai cendawan bila masa kita boleh kawal semua kluster tu serentak? Jika keadaan begini berterusan mampu ke kita landaikan lekuk epid dalam masa 2 minggu ini?
Kisah kisah begini sering saya ceritakan untuk memberi iktibar kepada masyarakat bahawa jika PEMATUHAN SOP dipandang ringan dan berterusan dilanggar ini akibat yang akan kita tanggung. Jika nak buat sesuatu FIKIR ORANG LAIN. JAGA ORANG LAIN. JANGAN FIKIR DIRI KITA SAHAJA,” kongsinya.
Pagi semalam turun ke HT bermesyuarat dan meninjau aktiviti saringan bersasar yang dibuat di Felcra Bukit Kepah yang sebahagian Kluster Kg Matang.
Baru 10.30 pagi tapi panas sudah membahang. Ceruk Kg begini mana ada dewan beraircond. Petugas kesihatan berpeluh dengan muka merah merang dengan pakaian PPE. Penduduk pun sama juga peluh rejak bawah kanopi. Kanak kanak menangis dicalit hidung.
TOLONG fahami kesusahan KITA SEMUA jika pandemik COVID 19 berterusan begini. JANGAN PENTING DIRI SENDIRI akibatnya orang lain yang terkena mudaratnya.
KAWALAN KENDIRI sangat penting. Jika kita kekal DUDUK RUMAH kecuali ada urusan penting maka kita tidak akan dijangkiti atau menjangkiti orang lain. InsyaAllah. Pencegahan itu sangat lebih baik dari merawat. TOLONG dengar nasihat kami,tulisnyA.
Surah Al- Araf ayat 56 larang kita lakukan kerosakan di muka bumi
Islam mengajar hambanya melakukan perbuatan berbahaya dan memberi kemudaratan kepada orang lain khususnya kepada persekitarannya, keluarga, masyarakat mahu pun negara tanpa mengira perbezaan agama.
Malah dalam surah Al-Alaq ayat 56 menekankan manusia berbuat kerosakan di muka bumi atau mencetuskan kemudaratan kepada orang lain.
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya.” (Al-A’raf: 56)
Malah larangan ini turut disebut dalam hadis yang diriwayatkan Sa’ad Ibnu Sinan al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak boleh melakukan perbuatan yang mudarat dan dan tidak boleh memudaratkan orang lain. (HR Ibnu Majah).
Jadi sikap mementingkan diri dengan melakukan ziarah raya semata-mata untuk keserokan diri amat dikesali sama sekali.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI