‘Zikir, baca quran & jaga solat walau tenat kanser sarcoma.’ Pemergian anak soleh Dr Zulkifli, buat ramai tersentuh hati. Bayangkan dalam keadaan begitu, anak soleh ini tetap menjaga ibadatnya.

Tetap menjaga ibadat solat, berzikir dan membaca al-al-Quran biarpun dalam keadaan tenat akibat kanser, pemergian anak bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Sri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyentuh hati ramai.

Artikel Berkaitan: Lepas Solat Jangan Terus Bangun, Amalkan Zikir Astaghfirullah, Subhanallah 100 Kali, Kelebihannya Buat Hati & Jiwa Sentiasa Tenang

 

Zikir, Baca Quran

Allahyarham Hammad, anak kedua Dr Zulkifli pergi buat selama-lamanya pada usia berusia 22 tahun meninggal dunia pada 5.22 pagi di samping ahli keluarga lain.

Hammad lebih tiga tahun menghidap kanser sarkoma dan ketika mula didiagnos sudah berada pada tahap empat.

Berita pemergian anaknya dikongsikan Dr Zulkifli menerusi laman sosial Facebook.

‘Zikir, Baca Quran & Jaga Solat Walau Tenat Kanser Sarcoma.’ Pemergian Anak Dr Zulkifli, Buat Ramai Tersentuh
Jaga Solat

“Dengan penuh redha dan sabar, saya maklumkan pemergian anakanda Hammad bin Zulkifli (Hammad anak kepada ibunya Shereen) pada jam 5.22 pagi tadi.

“Duhai anakandaku Hammad. Air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini,” titipnya yang turut memohon maaf bagi pihak anaknya.

IKLAN

Walau Tenat

Dalam pada itu, bapa kepada lima cahaya mata itu turut berkongsi keperibadian anaknya yang menjaga solat dan ibadah hingga ke penghujung nyawa.

“Hammad adalah anak yang soleh. Sentiasa melazimi solat berjemaah dan zikir walaupun ketika sedang tenat di atas katil.

“Alhamdulillah, beliau meninggalkan kami disisi, dalam keadaan yang amat mudah. Beliau meninggal dunia kerana kanser right soft tissue sarcoma stage 4-5,” coret Dr Zulkifli.

Kanser Sarcoma

Sebelum solat jenazah, Dr Zulkifli sempat menyampaikan kuliah berkongsi tentang kepentingan memanfaatkan masa untuk ilmu dan ibadah ketika tubuh sihat. Beliau malah menerima keluhan ramai terlepas peluang beribadah ketika badan masih cergas.

“Saya sentuh tentang kepentingan solat kerana saya melihat anak saya, Hammad tetap menjaga solat walaupun terbaring di atas katil. Mulutnya terkumat-kamit berzikir dan membaca ayat-ayat al-Qur’an.

“Hammad mungkin ada mengalami demensia pada penghujung hayatnya. lupa itu dan ini tetapi apabila tiba waktu solat, ingatannya seolah-olah pulih. Beliau tetap solat walaupun tenat. Itu yang membanggakan saya,” titipnya.

IKLAN

‘Zikir, Baca Quran & Jaga Solat Walau Tenat Kanser Sarcoma.’ Pemergian Anak Dr Zulkifli, Buat Ramai Tersentuh
Pemergian Anak Dr Zulkifli

Dikebumikan tanpa dilengahkan sebagaimana sunah. Jenazah Hammad juga disemadikan secepat mungkin sebagaimana sunah.

“Kematian menyedarkan kita bahawa kehidupan yang hakiki sebenarnya bermula selepas nafas terhenti.

“Anakanda saya kembali ke rahmatullah pada jam 5.22 pagi. Jam 9.45 pagi beliau disolatkan. Jam 11.30 pagi beliau siap dikebumikan.

“Alhamdulillah, semuanya diuruskan dengan pantas sebagaimana sunah Nabi SAW,” coretnya.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah, Kota Seriemas, Nilai selepas selesai solat jenazah disempurnakan jam 9.45 pagi di Pusat Islam Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Baca Di Sini:

IKLAN

Selagi Ada Penyakit Ini, Semakin Banyak Berzikir, Semakin Syaitan Suka

Baca Berulang Kali Zikir Elak Diri Dari Maksiat, Manfaatnya Solat & Sedekah Confirm Tak Tinggal

Buat Ramai Tersentuh

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa itu sepanjang masa. Biarpun dipisahkan oleh alam yang berbeza, doa bapa sentiasa mengiringi. Dalam satu hantaran Dr Zulkifli berkongsi ungkapan yang memilukan.

“Hidup hakiki bermula selepas nafasmu terhenti, wahai anakku, aku tinggalkan dirimu dalam jagaan Allah SWT,” kongsinya.

Warga maya turut menitipkan doa dan mengucapkan takziah buat Dr Zulkifli atas pemergian anaknya itu.

– “Tidak tergambar perasaan seorang ayah yang kehilangan anak disayangi. ALLAH lebih menyayanginya.”

– “Perjalanan pulang seorang putera ayah bonda dalam doa seluruh warga manusia, tidak kira di mana. Bertuahnya walaupun pemergianmu meluruhkan perasaan sebak ayah bonda. Innalillah wainna ilaihirajiun.”

– “Sayu seorang ayah menghantar anaknya ke negeri abadi. Takziah buat Datuk sekeluarga. Moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.”

Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri terdahulu merupakan Mufti Wilayah Persekutuan dan kini bertugas sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Perkahwinan beliau dan isteri, Datin Dr Shereen Mohd Yunos dikurniakan lima cahaya mata. Pemergian Hammad meninggalkan empat adik beradik yang lain iaitu Mohammad Hasanain, 24, Sofia, 20, Abdul Syakur, 17 dan Istisyhad, 10.

Kashoorga : Salam takziah buat Dr Zulkifli sekeluarga.

Sumber : Sinar Plus, Facebook Dr Zulkifli

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI