Bergelar seorang ibu adalah saat paling membahagiakan. Lagi-lagi apabila usia perkahwinan baru setahun jagung.
Bersyukur kerana dilkurniakan rezeki yang cepat oleh Allah dan paling penting setiap pasangan itu sudah bersedia bergelar ibu dan ayah.
Namun begitu, bagi yang pertama kali melahirkan anak pasti terbayang sakit terpaksa ditanggung ketika proses mahu melahirkan.
Situasi ini adalah normal dan merupakan pengalaman terindah perjalanan bergelar seorang ibu.
Janganlah takut untuk merasainya kerana hanya yang bergelar ibu saja dapat merasai sakit sebenar mahu melahirkan khalifah Allah ini.
Namun begitu sebagai orang Islam, ada beberapa doa dan zikir dari surah terpilih yang boleh bantu kita kurangkan sakit bersalin atau kontraksi.
Perkongsian di laman sosial Facebook memberitahu petua boleh amalkan. Bukan saja oleh isteri tetapi juga suami. Sentiasalah berada di sisi dari awal hinggalah selesai proses melahirkan.
Cara Mudah Bersalin Yang Patut Mommies Amalkan Sekarang!
Berikut adalah antara petua yang boleh diamalkan:
Bersujud
Tahukah anda posisi sujud bagus untuk memudahkan bukaan bersalin? Selain itu, posisi ini juga bagus untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi.
Zikir nabi Yunus A.S
Surah Maryam
Salah satu surah yang sangat sesuai diamalkan bagi tujuan memudahkan proses bersalin.
Mencangkung
Banyakan pergerakan mencangkung. Perbuatan ini akan membantu memudahkan bukaan bersalin terbuka.
Banyak berjalan
Ini antara petua yang kita sering dengar bukan? Banyak berjalan juga merupakan salah satu cara memudahkan bukaan bersalin terbuka.
Bekalan tenaga
Proses bersalin merupakan satu proses yang sangat memenatkan dan memerlukan tenaga yang banyak. Minum air yang memberi tenaga seperti susu badam atau makan makanan yang banyak memberi tenaga seperti kurma.
Teknik pernafasan
Menguasai teknik pernafasan adalah sangat-sangat penting. Teknik pernafasan beritma boleh membantu anda bertenaga semasa proses melahirkan.
Meneran
Meneran semasa bersalin sangat memerlukan tenaga yang banyak. Cara meneran dengan betul akan membantu mengurangkan risiko terkoyak dan luka. Antar yang anda perlu ingat ialah jangan mengangkat punggung ketika meneran.
Kurangkan berehat
Anda mungkin pelik dengan petua ini. Sebenarnya, bukan tidak boleh berehat, cuma, semasa hamil elok perbanyakan senaman ringan bagi memudahkan proses melahirkan. Banyak berehat akan mengurangkan stamina anda untuk menghadapi proses bersalin.